Showing posts with label miszagent. Show all posts
Showing posts with label miszagent. Show all posts

Feb 14, 2011

MiszA : Cabaran 50 Novel (4) : Lafazkan Kalimah Cintamu

Tajuk : Lafazkan Kalimah Cintamu

Penulis : Siti Rosmizah

Yehaaa...selepas 2 buku beliau aku grab awal J akhirnya buku ketiga juga aku dapat grab...actually masa orang lain sibuk bershopping raya tahun lepas, sempat gak aku rembat, ingat time tue plan nak jumpa ngan my cousin, Ili and Hanum plan berbuka dan menuju ke rumah teman rapat untuk mengambil kuih raya dan seterusnya pulang ke rumah. Masa memula membaca buku ini, apa yang terfikir dalam kepala..oh ok! Mungkin kahwin kontrak lagi...ok fine tak per lah...mungkin gaya penceritaannya berbeza.

Setelah hamper 3 kali mebaca, dan baru-baru ini (semalam) habis membaca terus terfikir kali ini berbeza sikit. Watak Tengku Aqilah, yang dahagakan kasih seorang ayah membuatkan aku hiba sikit (hiba..cet ayat baru untuk aku) kasihan akan dirinya yang selalu disisih atas perkara yang telah ditentukan di atas sana. Apalah dosa yang di buatnya, semua kesalahan terpaksa di pikul dan di galas sejak kecil lagi. Bagi aku ianya tidak adil langsung. Mempunyai ayah seperti Tengku Hisham membuatkan aku rasa macam mahu menumbuk mukanya dan sepak sahaja. Ini bukan salah Aqilah, inikan ketentuan Ilahi untuk menguji sejauh mana kita mampu menghadapi ujiannya. Tapi, Tengku Hisham lemah!

Tengku Natasha sengaja membakar api kemarahan yang membara di antara Tengku Hisham dan Aqilah. Cemburu yang tidak bertempat. Bagi aku Natasha sengaja membangkitkan bibit kemarahan. Dasar anak manja, semua perilaku keburukan di pejam mata sahaja. Kesalahan yang dibuat, tapi adik yang menjadi mangsa.

Nasib ada jejaka kacak yang di ceritakan, Tengku Ryan Ameer, yang merupakan kekasih Natasha (kekasih ker? :p). Sejak Aqilah pulang dari luar Negara, setelah Berjaya menggulung ijazah, beliau bekerja di syarikat ayahnya. Di bawah pemerhatian Ryan. Huh? Bakal menantu dan abang ipar yang agak sombong bagi aku. Kesombongan ini lah yang menjerat kasih antara aqilah dan Ryan.

Sejak aqilah pulang dari luar Negara, pelbagai cara beliau buat untuk mengelak dari membuat pertembungan dua mata dengan ahli keluarganya. Gayanya yang bersahaja, dan sentiasa bersolek tebal membuatkan aku ketawa tidak henti-henti. Teringat kes di padang golf. Hehehe...rambut kerinting besar macam sarang tebuan terbang! Huh! Hehehe..

Tapi jika aqilah tidak bersolek, ada seseorang yang memerhati dari jauh, ooohh.. tahupun kasih. Tapi kenapa tidak mahu mengucapkannya? Mungkin inilah yang aqilah harapkan dari dulu, adakah sinar kebahagian buat dirinya. Setelah disisih hamper bertahun lamanya, mampukah beliau menagih kasih?

Sumber : Miszagent

Feb 8, 2011

MiszA : Cabaran 50 Novel (3) : Rosie Dunne / Love Rosie

Tajuk : Rosie Dunne / Love Rosie

Penulis : Cecelia Ahern

Buku Cecelia selalu menjadi teman aku dalam bas...susah nak berpisah dengan penulis nie bila start membaca buku P/S I LOVE YOU. Bila seorang teman mengoffer buku nie kat aku, terus apa lagi rembat lah. Dan semalam ketika menuju ke bank, aku mengambil peluang untuk mengulang baca buku ini. Telinga mestilah di sumbatkan awal-awal dengan lagu-lagu yang bakal menyusuri Negara Europe. Fuhh...halwa telinga dah ader sambil di temani lagu-lagu country music instrumental buku dah ada di tangan. Memang menarik buku nie, kisah persahabatan dan kekeluargaan di terapkan. Aku suka tengok persahabatan Alex and Rossie, yang bersahabat sejak kecil lagi. Dan selalunya Rossie yang sering muncul dengan idea-idea yang kuar biasa bagi kanak-kanak nakal di sekolah. Huh! Nakal! :p petikan-petikan note yang di sampaikan dalam buku ini memang CUTE~~ alex dengan trademarknya seringkali mengeja Know as NO what a cute young man~~ J

Namun semuanya berubah bila rossie meningkat usia remaja, dan macam yang kita semua tahu, remaja mana yang tak pernah lari dari usia “mahu mencuba segalanya” tapi rossie tersilap langkah. Kesian rossie, dia mengandung di usia muda. Namun nasib ada rakan-rakan dan family yang membantu. Walaupun susah untuk menyesuaikan diri pada mulanya, tapi alex tetap ada di sisi. Mulanya memang rossie nak berahsia, tapi akhirnya terbongkar juga. Alex yang jauh di perantauan menjadikan teknologi sebagai teman mereka. Betul kata orang sahabat gembira senang cari, tapi sahabat susah senang?

Katie lahir dalam sebuah keluarga bahagia. Family rossie and alex menerima Katie sebagai satu rahmat dalam family. Katie juga terikut dengan cara Alex! What a funny trademark~~ hehehe...alex? alex akhirnya kahwin dengan someone else. But Rossie? She just feel nothing at all~~ hehehe..

By the way, this is not the ending? Something happen between them after almost 25 years later? OMG! Sigh~~ sungguh tak sangka .. kenapa selama ini tiada seorang pun kemesraan mereka? Mereka sendiri pun tak pernah rasa seperti ini, namun semuanya hadir apabila usia masing-masing menginjak ke 50 tahun? Sigh~ sigh~

Quote from Rosie Dunne

"You deserve someone who loves you with every single beat of his heart, someone who thinks about you constantly, someone who spends every minute of every day just wondering what you're doing, where you are, who you're with, and if you're okay. You need someone who can help you reach your dreams and who can protect you from your fears. You need someone who will treat you with respect, love every part of you, especially your flaws. You should be with someone who can make you happy, really happy, dancing on air happy."

"If I could find the strength in me to leave him I would, but I'm stuck in this noncommittal limbo. I just want to make the right decision right now. I don't want to be a bitter old woman in forty years time, still making snide comments to Greg about what he's done. In order to make this marriage work I need to know in advance that I can if not forget, then at least forgive. I need to know that the little bit of love I feel for him right now will grow again, back to the way it was."


From ending “ finally it was him, the man who had written the final letter she had read that morning, begging her for an answer. .............................. and as the magical silence once again embraced them, almost fifty years, all the y could do was look each other. AND SMILE!” seriously bila baca part ending aku nangis dalam bas semalam..sigh! sigh after dari 7 tahun berkawan...age 50 tahun baru tahu..sedar akan perasaan itu..selama nie? Arrggh~~ ok cinta tidak mengira usia..betu lah tue..cinta hadir tanpa kita sedar akan perasaan itu...damm...

sumber : Misagentz

Feb 7, 2011

MiszA : Cabaran 50 Novel (2) : 3 Campur 1 = Satu



Title : 3 CAMPUR SATU = 1

Penulis : Ana Farhana

Muka Surat : 436

Dah lama hendak membaca buku ini, selalu juga menyelak laman web Jemari Seni mencari buku baru, akhirnya terjumpa juga buku nie, selalu gak jalan dan bertanya dengan pihak MPH mahupun Popular, mengenai buku ini, tapi selalu dapat jawapan, stok tidak sampai lagi, mungkin cik boleh hubungi MPH Online dan order online atau terus ke Jemari Seni sendiri...arrgghh MALAS! Kepuasan membeli tidak ada kalau membeli buku secara online (peerrggh ayat tak boleh blah, padahal memang selalu pun beli online)

Ok masa nak membeli buku ini ada gak sesi memujuk Hadi and Kiki, tapi hampeh! Mereka tak kan terpedaya~~ English novel yes you can..but malay novel? Hello~~

Ok-ok melalut sudah, actually cerita nie mudah and simple, elemen kekeluargaan di terapkan dalam novel ini. Masa memula membacanya aku ingatkan abang Khairina akan memaksa si Aidil berkahwin dengan adiknya secepat yang mungkin, tapi tidak, sangkaan aku meleset, rupanya ada banyak jalan yang harus aidil lakukan untuk memikat si anak gadis manis yang mempunyai bodyguard seramai 3 orang. Sigh! Along, angah dan acik memang abang yang paling tip-top!! Aku suka tengok peranan Along yang berusaha menjaga adik-adik di perantauan. Pesanan yang di titipkan oleh kedua ibu – bapa mereka, di semat dan di ingat sepanjang masa. Perangai angah yang agak blur aku rasa cam nak masuk and sepuk jer kepala dier..blur tak bleh blah! Tapi aku suka acik, mungkin karakter acik kena pada batang hidung sendiri walaupun aku bukan lah acik,.... :p perangai panas baran, and sukakan Hani ( mahu tapi malu ) :p memang kena .... sayang acik! Eceh...

Aidil? Mulanya aku ingatkan mamat nie GOPOH, POYO! Tapi tidak...ianya mungkin dorongan cinta pertama bila melihat gambar Khairina...ooh pandai eh simpan gambar anak dara orang~~ hubungan akrab antara aidil dan abang-abang khairina salah satu sebab mengapa mereka memilihnya.

Khairina? Mungkin kerana peristiwa silam membelungi dirinya dan membuatkan dirinya merasa tidak layak untuk mana-mana lelaki. Perempuan mana yang sanggup apabila ada peristiwa hitam yang menggangu hidupnya.

Adakah kerana simpati? Atau kasih sayang yang menjadi pendorong cinta aidil kepada khairina? Nak tahu sila beli eh..now dah cetakan kedua~~

Sumber : Miszagent

MiszA : Cabaran 50 Novel (1) : Untuk Awak Teja Aulia (Syud)



Tajuk: Untuk Awak Teja Aulia
Penulis: Syud
Muka surat:479

"selalunya..kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan 'tergelincir' - terlebih suka! "

errmm...ayat nie memang chessy..terus teringat dengan diri sendiri..cop aku tidak bersahabat aku cuma berkawan and secara umumnya kalau kawan tersuka sama kawan memang itu lumrah seorang lelaki dan perempuan berkawan..nak buat cam maner tanya sama hati..hehehe

Bila start membaca buku nie terus teringat seorang teman, tak sangka wataknya hampir
sama cuma katanya dia tiada Aidil mahupun Raif. Heheh abaikan itu wahai temanku,
kamu pasti akan ketemu Aidilmu.

Teja yang di gambarkan sebagai seorang gadis yang manja (mungkin iya), yang terlalu
sayangkan persahabatan antara dirinya dengan Aidil, tidak sanggup berpisah walaupun
hanya terpisah oleh 1 buah negeri (Terenganu - Johor) hanya kerana belajar.
Namun demi cita-cita dia terpaksa akur ngan kehendak dirinya, aidil dan jua keluarganya. Hadirnya Raif di sekitar kampus mengurangkan rasa rindu Teja terhadap kawannya
( normallah kan kalau kawan baik rindu dengan bestfrenznya ).

Namun hanya di sebabkan salah faham, persahabatan yang terjalin sejak dahulu menjadi goyah.
Ego memakan diri, tidak susah sebenarnya kalau ucapan maaf di lahirkan dari mulut,
janganlah terlalu mengaharapkan teknologi
(aiya..nie boleh ketuk diri sendiri sebab aku pun selalu mengharapkan teknologi :p)

Nasiblah ada rakan-rakan yang membantu Aidil, Pacai yang setia sejak dahulu lagi,
dan juga Tomie yang otaknya berliga dan nasib juga dia spy yang berjaya ;)
hehehehe..sekurang-kurangnya mereka memang menjadi pengantar yang terbaik...!

Dan yang paling penting membaca buku ini membuatkan aku teringat "pudu" tempat lepak makan Aidil, Tomie, Hussin dan Hisyam...memang hari-hari lepak makan di situ...

Sumber : Miszagent