Showing posts with label Ma Lee Chuswan. Show all posts
Showing posts with label Ma Lee Chuswan. Show all posts

Nov 23, 2011

R: Cabaran 50 Buku (76) Gelora by Ma Lee Chuswan


Gelora
Penulis: Ma Lee Chuswan
Terbitan Kaki Novel
(Terbitan semula)
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama Julai 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak RM20.00
338 muka surat


"Dia dilahirkan buta untuk menilai sebuah kejujuran"


Aku belum pernah baca versi asal kisah ini yang pernah diterbitkan Creative Enterprise suatu masa dulu. Bagi aku kisah ni isinya mudah dah ringkas. Tidak dilewakan penceritaan membuatkan kita dapat menghabiskannya dengan cepat. Sekadar kisah cinta yang penuh dengan prasangka dan Adam-Mila adalah watak klasik dalam novel melayu yang popular.


Adam menyangka Mila, anak bapa angkatnya, sudah mula sukar dikawal dan berani menulis surat cinta kepadanya sedangkan dia sepatutnya menumpukan perhatian dalam pelajaran. Demi mengelak Mila dari hanyut dengan perasaannya Adam menyarankan agar Mila dihantar belajar ke luar negara. Mila pergi bersama perasaan geram dan marah. Dia terasa dirinya dibuang dari keluarga sendiri oleh Adam yang hanya menumpang harta bapanya. Dia percaya Adam ada misi untuk merampas syarikat dari tangannya. Malah tuduhan yang dilemparkan Adam mengatakan Maya mengutuskan surat2 cinta kepadanya adalah keterlaluan!


Bilakah mereka akan sedar yang rupa-rupanya ada insan yang cemburukan mereka dan mahu mereka berdua terus berprasangka sesama sendiri. Namun kuasa cinta tak siapa dapat menolaknya. Dalam benci, perasaan cinta menguasai mereka sehingga mereka sendiri gagal mengawalnya. Mata tua Pak Mus tak pernah salah menafsir isi hati kedua-dua anak itu dan dia tidak mahu anaknya jatuh ke tangan orang lain. Adam adalah pilihan terbaik untuk Mila dan juga terbaik untuk meneruskan legasi perniagaannya.


Mila cuba menolak aturan jodoh oleh ayahnya namun akhirnya dia tetap menjadi isteri Adam. Salah faham antara mereka semakin meruncing dan kedua-duanya juga cepat cemburu. Memang geram dengan diorang berdua ni, dah tau dah dua-dua kaki cemburu, nak jugak keluar dengan org lain.


Bagi yang gemarkan kisah-kisah cinta novel karya orang lama, tentu karya ni pengubat rindu, tapi tulah, ada adegan-adegan yang tak sesuai dibaca remaja & anak-anak.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis


Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya... pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya.


Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian... itulah satu-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh... dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi...

Jul 18, 2011

DN - Cabaran 50 Buku : (13) Gelora : Ma Lee Chuswan


Akhirnya, setelah sekian lama menyepi, penulis ini kembali mewarnai dunia penulisan walaupun novel Gelora ini merupakan terbitan semula (dulu diterbitkan oleh Karangkraf/Alaf21, sekarang diterbitkan semula oleh Kaki Novel).

Apr 11, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (16) Permata Hati

Tajuk: Permata Hati
Penulis: Ma Lee Chuswan
Penerbit: Creative Enterprise (2000)
452 Mukasurat

Pertama kali diperkenalkan oleh seorang teman membaca dengan novel Ma Lee Chuswan bertajuk Pergilah Sayang. Manakala Permata Hati adalah novel kedua karya beliau yang saya baca. Mungkin kalau saya memulakan minat membaca novel ini lebih awal, mungkin dahulu lagi saya sudah membaca karya milik Ma Lee Chuswan. Jangan ada yang ketawa pula kerana dah lebih 10 tahun novel ini diterbitkan baru saya berpeluang membacanya.

Sejujurnya saya katakan, kalau 10 tahun yang lampau saya berkesempatan membaca novel ini, mungkin inilah novel yang saya senaraikan sebagai salah satu novel kesukaan saya. Namun tidak saya nafikan bahawa jalan cerita dalam Permata Hati ada sedikit kelainan daripada novel-novel yang pernah saya baca. Agak menarik dan tidak mengecewakan sehingga kekadang saya turut merasa tekanan yang setiap watak rasa.

Kalau biasanya saya sering kali membaca kisah kahwin paksa. Tetapi dalam novel ini Ariana dan Ikhmal Hisham dijodohkan oleh orang tua masing-masing namun belum sampai tahap berkahwin. Mereka hanya ditunangkan. Mereka saling tidak pernah mengenali, malah Ariana tidak pernah juga berkesempatan melihat photo Ikhmal yang ingin ditunangkan dengannya. Namun disebabkan sekeping gambar Ariana, beberapa hari sebelum majlis pertunangan berlangsung Ikhmal nekad untuk membatalkannya. Disebabkan ingin menjaga maruah keluarga, Ariana sanggup berbuat apa saja agar Ikhmal sanggup meneruskan pertunangan itu. Ikhmal yang begitu yakin tidak dapat menerima Ariana disebabkan sikap Ariana yang jauh terpesong dari gambaran wanita yang diidamkan, sopan santun, lemah lembut dan baik pekerti terus meminta Ariana membuat perjanjian agar Ariana tidak menuntut sebarang janji darinya selepas pertunangan mereka. Bagi Ikhmal, walau secantik mana pun Ariana, dia tetap tidak berkenan dengan perangai Ariana yang pernah disaksikan oleh dirinya sendiri.

Namun Ikhmal silap perhitungan apabila takdir sering menemukannya dengan Ariana. Ternyata Ariana bukanlah seperti yang Ikhmal pernah sangkakan. Bagi orang lain yang melihat dan mengenali Ariana, dia ibarat sebutir permata. Hati Ariana yang telah dilukai tidak memungkinkan Ariana menerima Ikhmal. Lalu bermulalah babak Ikhmal yang terpaksa memperkenalkan diri sebagai Hisham kepada Ariana semata-mata kerana dia tidak pernah sanggup jauh dari Ariana. Biarpun dia terpaksa berlakon, yang penting hati Ariana dapat ditawan. Mampukah Ariana menerima Hisham selepas mengetahui kebenarannya, sedang selama ini hatinya sudah begitu terluka dan terhina dengan penolakan Ikhmal?

sumber: Anita Sang