Showing posts with label Hani Fazuha. Show all posts
Showing posts with label Hani Fazuha. Show all posts

Dec 16, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (78) Hati Kala Cinta

Penulis: Hani Fahuza
Penerbit: Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd)
ISBN 978-983-124-717-4
Harga: RM22.00 / RM25.00
M/S: 546
Cetakan 1 – 2011

Lya…hidup tanpa kau umpama dunia tanpa udara, seperti jasad tanpa nyawa. - Zhafran
Blurb:

Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula dating bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Jun 1, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (16) Bebunga Kasih

Bebunga Kasih
Hani Fazuha

ISBN: 9789831244623
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009
Halaman: ~ 502
Harga: RM 19.90

~ Rasaku… ~

Ardyana [Dya] mengalami episod hitam yang pahit. Diperkosa oleh abang kandungnya sendiri; Abang Ari semenjak dia berusia 10 tahun. Mungkin kerana itu Dya kurang menyenangi kaum lelaki. Apatah lagi dalam keluarganya, dia dipandang umpama sampah. Ayah tidak pernah menganggapnya sebagai anak. Apa salahnya hingga sering saja disisihkan.

Sejak peristiwa itu Dya menjadi gadis yang pendiam dan suka menyendiri. Tetapi kehadiran Dya rupanya berjaya menarik perhatian Zarif, teman sekolahnya. Cuma cara Zarif saja yang tak berapa nak kena, sudahnya mereka berdua umpama musuh. Kemuncaknya Dya menampar Zarif, dan akibatnya ayah Dya mengamuk. Dya yang memang sering saja dianggap pembawa malang dihantar ke kampung.

Semasa di UPM, Dya bertemu kembali dengan Zarif. Jarak masa tidak dapat menghilangkan rasa sakit hatinya pada Zarif. Berkawan dengan Syamir semata-mata untuk mengelak dengan Zarid bukanlah satu perkara yang bijak. Episod seterusnya bagaimana kehidupan Dya sesudah bekerjaya. Diintai oleh Nasri; ketua di tempat kerjanya, begitu juga dengan kehadiran Syamir yang masih menyayangi Dya walaupun sudah beristeri. Ada masanya aku merasakan kesemua watak lelaki di dalam kisah ini digambarkan sebagai lelaki yang suka ambil kesempatan.

Mar 1, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (9) Mengukir Bahagia

Penulis: Hani Fazuha
Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM18.00 / RM21.00
M/S: 452

Sanggupkah aku menerima insan yang telah merobek hatiku?

Blurb:

Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan.

"Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja."

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.

Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta...walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya.

"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagian suaminya."


Review:

Walaupun ini novel pertama hasil karya Hani tp ia yang terakhir dibaca selepas HSC dan BK.

Kisah Tasya, anak yang menurut kehendak ayah untuk mengahwini anak kepada kawan org tuanya kerana wasiat. Mereka telah dtunangkan sejak kecil lagi. Kerana tidak mahu membuat ayahnya kecil hati atau bersedih Tasya merelakan pertunangan itu sehingga dia tamat belajar.

Namun, apabila tinggal 3 hari saja lagi sebelum majlis yang telah dirancang oleh ayah, papa dan umi, Zahim datang menemuinya dengan satu arahan: batalkan shj majlis tersebut. Tasya terngadah, dalam masa sesingkat ini apa yang boleh dia lakukan.

Akhirnya, Tasya tekad untuk meneruskan juga majlis akad nikah tersebut. Namun peristiwa pada hari persandingannya telah mengubah seluruh arah hidupnya. Dia kehilangan orang yang paling dia sayang dan ditinggalkan oleh Zahim tanpa belas kasihan.

Bertahun lama dia cuma mengubati hati dengan menjauh dr semua orang yang mengenalinya kecuali sahabat kecik kecil, Nani.

Kalau Allah sudah termaktub jodoh itu, itu juga. Maka perpindahan Tasya ke Kuala Lumpur telah menjadi penyebab luka lama bergores semula.

Di Mewah Holding, dia telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Projek dan telah menemukan dia dengan Haris. Kehadiran Tasya telah mengubah Haris menjadi seorang yang lebih baik. Namun kerana Haris jugalah Tasya bertentang mata semula dengan orang yang dia benci itu.

Walaupun benci, kehadiran Zahim tetap mengocak perasaan Tasya dan hanya Zahim saja yang boleh memberi rasa itu padanya. Dalam Tasya sudah mulai mahu menyayanginya, Zahim telah mengambil haknya sebagai suami dalam keadaan Tasya tidak sedarkan diri.

Namun konflik ini, tetap mampu Zahim tangani dan Tasya juga tidak mampu untuk terus membohongi dirinya. Dan kehilangan anak kecil yang tidak sempat ditatap itu mula menjadi penyebab kepada masalah hubungan mereka.

Kehadiran Amylia dan Haris makin membebankan. Kerana sikap tidak berkongsi rasa mereka sama-sama terluka....

Kesudahannya....sama2 derita.....nak tahu endingnya....sila la beli MB ni....

Walaupun plot cerita ni sedikit hambar tp masih seronok untuk dibaca. Bahasa yang digunakan bahasa yang biasa-biasa, mungkin kerana ia hasil karya yang pertama...

P/S: Kredit to Hani utk signature dan sudi tolong borong novel-novel untuk Kak Chik...please keep a good writing. Masih boleh diperbaiki...


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~ Kak Chik~

Feb 27, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (8) Bebunga Kasih

Penulis: Hani Fazuha
Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd
Harga: RM19.19 / RM22.90
M/S: 502

"Kehadiranmu mula kurasa menjelma di taman hatiku yang sunyi"

Blurb:

Dya dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah 'suami orang'. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu mengubat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?


Review:

Karya kedua Hani Fazuha masih mengekalkan tema kahwin paksa seperti novel pertama MB.

Dya bagaikan anak yatim piatu walaupun dia masih mempunyai ayah ibu, kakak dan abang. Namun kerana enggannya Dya menurut segala perintah ayah dia menjadi anak terbuang dan ayahnya juga seperti tidak pernah mengiktiraf dia sebagai anak sendiri.

Dya sentiasa tertanya-tanya sendiri, kenapa dia dilayan seperti anak tiri? Kenapa yang buruk itu semuanya dia? Kenapa ayah terlalu membencinya?

Peristiwa dinodai sejak kecil juga menjadikan dia seorang yang pendendam. Namun status diri pada keluarga membuatkan Dya takut untuk membongkar rahsia itu. Abang Ari terus menjadikan Dya tempat memuaskan nafsu walaupun Dya sudah bergelar isteri.

Kerana tersilap sedikit langkah, keluar lunch bersama Syamir telah menjadi isu apabila dia terserempak dengan Helmi, abang iparnya bersama perempuan lain. Lalu Dya dituduh sebagai perosak rumah tangga orang, sedangkan dia tidak tahu yang Syamir masih lagi 'suami orang'. Dan Dya telah dikurung di rumah kerana peristiwa itu.

Ayahnya telah membuat keputusan untuk menikahkan Dya dengan anak rakan niaganya setelah peristiwa itu. Dya terpaksa menerima setelah dipujuk ibu dan tidak mahu ibu menangis lagi kerananya.

Setelah mengetahui yang tunangnya itu, Zarif iaitu orang yang paling dia benci. Dya mengambil keputusan utk memutuskan pertunangan tersebut dan melarikan diri ke Australia. Namun peristiwa ibu jatuh tangga sekali lagi menjadi penyebab mengapa Dya terpaksa menerima Zarif walaupun lelaki itu amat dibencinya.

Kegilaan Abang Ari makin menyulitkan keadaan dan segala kebaikan Zarif juga membuatkan Dya makin tertekan. Zarif terlalu baik terhadapnya namun Dya menjadi takut apabila Zarif menuntut haknya sebagai suami.

Apabila Dya disahkan hamil tapi bukan anaknya, Zarif memang marah gila dan dia suspect Syamir ayah kepada anak yg dikandung Dya. Opppsss.....tp last2 macam senang la pulak dia terima Dya selepas tahu tentang hal yang sebenar tu....

Cara pengolahan plot dalam novel ini sungguh menarik walaupun macam ada sedikit yang mengganggu kerana terlalu banyak peristiwa kecelakaan yang melibatkan kemalangan jalan raya.

Penamat cerita juga menjadikan kita tertanya apa yang terjadi kepada watak2 lain dalam novel ini seperti Kak Reen, ayah Dya....pengolahan yang sedikit kurang terhadap peristiwa pembunuhan Abang Ari, apa yang terjadi kepada ayah Dya selepas anak lelaki kesayangan dibunuh dengan kejam sekali....

Namun ada kemajuan yang banyak dari Hani bagi karya yang kedua nie...

P/S: Kredit to Hani utk signature dan kata2 cinta di dlm buku ini untuk Kak Chik...hehehh...cam sudah terjatuh hati dgn karektor Dr Zarif yang cukup tenang dan sangat baik...tetapi masih wujudkah lelaki sebaiknya di muka bumi ini????????


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~

Aimie: Cabaran 50 Buku: (7) Harga Sebuah Cinta

Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Price: RM18.00 / RM21.00
M/S: 451
Cetakan 1 - 2011

"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"

Blurb:

Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata?

Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.

Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dai terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?

Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka.

Review:

Mula baca tentang Fea-Fir ni dari blog Hani. Jenuh juga la menunggu Hani masukkan entry terbaru...heheh..kredit untuk DLa yang perkenalkan Kak Chik pada rumah Hani tu...sayang DLa...dan hampir sebulan juga selepas Hani tempek cover HSC kat blog dia...baru Kak Chik dapat novel nie...exclusive terus dari Hani...:) ...Terima kasih Hani....

Percintaan antara dua darjat Fea-Arman tidak kesampaian kerana ditentang oleh mak Arman. Lalu Fea dan ibu yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Arman di halau keluar.

Bertahun Fea memendam rasa kerana kekecewaan itu. Namun tidak pernah sekali pun terlintas di hatinya mahu mencari pengganti Arman kerana Arman tetap utuh di hatinya.

Perkenalan dgn Zura sejak di universiti menjadi sebab Fea rapat dengan keluarga Zura. Dalam diam sepupu Zura, Ikmal meminati Fea dan melamar Fea sebagai surinya sedangkan ketika itu dia sudah mempunyai kekasih hati. Hampir saje Fea menerima lamaran tersebut...tapi nasib baik juga dia tak terima kerana Ikmal bukan cinta kat Fea pun sebenarnya...

Dan pertemuan kembali Fea-Arman di pejabat keluarga Zura, makin melukakan hati Fea. Rupanya Arman sudah mempunyai penggantinya iaitu sahabat baiknya sendiri. Namun Arman pula masih mencuba utk meneruskan perhubungan mereka yang tidak pernah ada kata putus. Namun selepas penolakan kali kedua mak Arman, menyebabkan Fea nekad tidak akan menerima Arman lagi. Namun keadaan yang terdesak kerana satu ofis telah menjadi penghalang.

Lalu muncullah Zhafir yang mengajak Fea berkahwin untuk memastikan Arman tetap milik Zura. Namun perkahwinan tersebut tidak seperti yang dipinta. Masih ada derita yang terpaksa ditempuhi.

Mengapa Zhafir tega jatuh miskin demi dia...Siapa Jessica di hati Zhafir... semuanya menjadikan Fea makin tertekan...

Sungguh seronok baca novel ketiga Hani ni tapi macam tak puas kerana Kak Chik jangkakan ceritanya panjang..Belek-belek punya belek dah sampai last page...huhuhuhu...Plot cerita seperti sedikit berkurangan berbanding dengan BK dan HSC seperti kurang sedikit skop-skop suspent...

Tapi apa pengakhiran bagi kisah Arman-Zura yea????

P/S: Hani..tahniah...menanti kehadiran Zhafran....:) & TQ for signature & lovely bookmark...


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~

Feb 17, 2011

R: Cabaran 50 Novel: (10) Harga Sebuah Cinta


Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha
Editor: Ruzita Awaludin
RM18.00
sbh /sarawak Rm21.00
451 mukasurat


"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"


Kalau nama Zhafir tidak disebut di awal cerita, mgkin watak itu tidak diberi perhatian sangat dari awal cerita. Fea gadis biasa tetapi menarik. Dia telah menarik hati Arman tetapi cinta mereka ditentang ibu Arman sehingga Fea dan ibunya yg bekerja sbg pembantu rumah dihalau keluar dari rumah Arman.


Persahabatan dgn Zura menemukan Fea dgn umi, Ikmal dan Zhafir. Ikmal tidak menyembunyikan rasa sukanya kpd Fea tetapi itu tidak disenangi bapa Zura kerana Ikmal sudah bersetuju utk menerima Nisha dan menggabungkan dua syarikat besar dalam urusniaga mereka. Zhafir juga sering meluahkan pendapatnya tentang kecantikan Fea yg sekali sekala terserlah membuatkan Fea sudah kurang senang berada di rumah Zura. Dunia pekerjaan menemukan dia semula dgn Arman yg masih menyintainya. Zura kelihatan akrab dgn Arman dan Zhafir sentiasa mengingatkan dia Arman lebih layak dgn Zura. Aku setuju dgn tindakan Fea tidak memilih Arman kerana mak Arman tu memang tak suka langsung kat dia. Tapi Fea tak dapat menolak perasaan cintanya yg masih mekar buat Arman.


Zhafir dijadikan jalan keluar utknya. Dia mengahwini Zhafir utk membuka mata Ikhmal menerima Nisha dan mahu Arman menerima Zura sbg ganti. Fea meletakkan berberapa syarat kepada Zhafir tetapi Zhafir menerimanya seadanya tanpa sebarang syarat. Fea takut dgn perasaannya sendiri yg semakin melepaskan Arman dari kenangan kerana Zhafir adalah seorg suami yg sangat penyayang dan bertimbang rasa.


Keyakinan Zhafir pada Fea teruji dgn hubungan kerja antara Arman dan Fea. Dia tak dapat menolak rasa cemburu yg melanda. Cinta yg mula berputik dilanda ujian yg menguji cinta mereka. Masa ni la Jesica pulak muncul kembali membuat Fea pulak dilanda cemburu dan syak wasangka.


Kisah Fea dalam membuat pilihan pasangan hidupnya memang menjadi teka teki menarik utk kita ikuti. Zhafir memang seorg yg caring dan tidak terlalu menonjol diri ketika Arman dan Ikmal sibuk mempromote kan diri pada Fea. Dalam keadaan low profile tu dia sempat juga memunculkan diri sbg penyelamat dan pelindung Fea. Kisah yg menarik tetapi penceritaan yg agak detail tentang perlakuan intim Fea-Zhafir aku rasakan tidak perlu. Tak sangka Zura seorg yg sangat bertimbang rasa dan berfikiran positif. Penerimaan positif Zura terhadap pengakuan Arman yg cintakan Fea membuat Zura terharu dgn pengorbanan Fea utknya.


Walaupun kisah ini lebih simple berbanding Bebunga Kasih, tapi aku lebih suka citer ni yg terasa lebih kemas walaupun mcm jalan ceritanya sangat control ayu :) Sapa penah tengok citer Betty La Fea? 'Fea' tu maksud dia ugly.


sumber: AlongSide

Feb 16, 2011

WA : Cabaran 50 Novel : (6) Harga Sebuah Cinta

Pengarang : Hani Fazuha
Halaman : 464
Tahun : Januari 2011
Terbitan : Alaf 21
Harga : RM18.00

Blurb:

KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

Kata Saya:

Harga Sebuah Cinta kisah tentang rentetan hidup Fea (Hanisofea) si gadis manis anak bekas orang gaji seringkali diduga. Cinta pertamanya dengan Arman ditentang hebat oleh Puan Syarifah Maznah ibu Arman. Padanya Fea tidak layak untuk bergandingan dengan anaknya Arman. Padanya Fea tidak setaraf dengan keluarga mereka yang 'berdarjat'. Sementelah pula ibu Fea merupakan orang gaji mereka.

Dalam kepayahan Fea berjuang untuk berjaya dalam pelajaran, kerana hanya dengan ilmu dia bisa merubah nasib mereka berdua. Bagi menampung perbelanjaan, Fea bekerja di kedai bunga bagi meringankan beban ibunya yang bekerja menoreh getah selepas diberhentikan kerja dan dihalau keluar daripada rumah sewaan milik keluarga Arman. Dalam masa yang sama Fea menyambung pelajarannya.

Persahabatannya dengan Zura menemukan dia dengan Ikhmal, sepupu Zura. Ikhmal yang periang dan happy-go-lucky. Juga Zharif, abang Zura yang pendiam, pemerhati dan ‘kerek’ di mata Fea. Lebih mengharukan lagi keadaan, mereka (Ikhmal & Zharif) bersahabat baik dengan Arman yang pernah membuatkan hati Fea luka berdarah. Tapi yang paling merumitkan keadaan, Arman adalah lelaki yang menjadi dambaan Zura, sahabat baiknya.

Di kala hidupnya penuh celaru, ibunya pergi meninggalkannya sebatang kara. Dia hilang tempat bernaung kasih. Dia hilang sumber kekuatannya. Dan yang lebih malang, dia dibuang kerja gara-gara cuti mengejut ekoran kematian ibunya. Peritnya takdir yang tertulis buatnya.

Hidupnya tambah ’kucar-kacir’ apabila Ikhmal pula mula menagih kasihnya padahal sebelum ini dia berkawan dengan Nisha. Arman yang masih sayangkannya berusaha untuk merebut kembali cintanya. Ketika hati Fea mula memilih Ikhmal, dia diduga lagi. Atas dasar persahabatannya dengan Zura, Fea menolak Arman dengan cara menerima lamaran Zhafir walaupun hatinya langsung tidak boleh melupakan Arman, cinta hatinya yang pertama.

Bagaimanakah kesudahan nasib Fea? Mampukah digapai bahagia yang didambanya? Jawapannya ada dalam naskhah ini.

* * *

Selepas Mengukir Bahagia dan Bebunga Kasih, Hani Fazuha kembali merancakkan dunia penulisan dengan karya terbaharunya Harga Sebuah Cinta (HSC).

HSC yang mengangkat tema cinta, persahabatan dan kekeluargaan ini memperlihatkan kematangan Hani Fazuha dalam berkarya. Dengan gaya bahasa yang mudah, tapi ada kalanya terselit rasa 'manis'nya ketika dibaca memudahkan saya menghadamnya. Di kala 'Fea' sedih, saya turut sama merasainya. Ditambah dengan plot cerita yang menarik membuatkan saya tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk menghabiskannya. Naskhah ini sememangnya berjaya membuatkan saya ingin baca dan terus baca hingga ke penamatnya untuk mengetahui kesudahan kisah Hanisofea ini.

Sumber : Wan Amalyn

Jan 27, 2011

DN - Cabaran 50 Novel : (2) Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha

* diambil dari blog hani fazuha *

` Novel ketiga Hani Fazuha ini berkisar tentang percintaan, persahabatan, kesetiaan, keegoan dan darjat keturunan...

` Harga Sebuah Cinta (HSC) ni macam mana cerita dia? Ceritanya macam ni....kasih Fea dan Arman terputus di tengah jalan lantaran kedudukan keluarga mereka yang jauh berbeza, bagai langit dan bumi...Fea merupakan anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai orang gaji manakala Arman pula adalah anak kepada seorang wanita yang berdarjat tinggi...atas sebab itu perhubungan mereka tidak direstui oleh emak Arman yang mementingkan darjat dan keturunan...Fea amat kecewa dengan sikap Arman yang langsung tidak mempertahankan perhubungan mereka...akhirnya mereka terpisah..jauh...Masa berlalu..perkenalan Fea dengan Zura telah menemukan Fea dengan Ikmal...Ikmal yang dianggap seperti abang kandung oleh Zura menyukai Fea dalam diam namun Fea hanya melayan Ikmal tidak lebih dari seorang kawan kerana dia masih terikat dengan janji yang dibuat bersama Arman satu ketika dulu...tanpa Fea atau Zura duga, persahabatan mereka diuji...kemunculan Arman sebagai kekasih Zura benar-benar membuat Fea tertekan dan dalam masa yang sama muncul Zhafir yang menjadikan kehidupan Fea bertambah rumit...apa yang telah Fea lakukan kepada lelaki-lelaki itu sehingga hidupnya jadi kucar-kacir? *kalau nak tau kena beli sendiri..kalau bagitau nanti tak best la kan hehehe*

` Aku suka HSC...cerita ni memang masuk dengan jiwa aku dan tak sia-sia lah aku jadi tak sabar-sabar nak dapatkan HSC sehingga sanggup ambil sendiri dari penulisnya (Hani Fazuha)...jalan cerita mudah difahami..takde part yang tunggang terbalik tetapi ada beberapa kesilapan ejaan *biasa la tu*...aku menyampah dengan Zhafir..macam bagus-bagus..rasa macam nak ketuk-ketuk je dia tu...aku kesian kat Ikmal , Arman dan Fea. *kenapa kesian? baca sendiri hehehe*...dalam masa yang sama, aku 'tabik spring' kat Fea sebab dia memang betul-betul pentingkan persahabatan walaupun dalam masa yang sama dia nak pertahankan kesetiaan dia...ada juga part 'air-mata'...walaupun air mata yang keluar tu takde la 'banjir' tapi aku tetap menangis membacanya...puas juga aku tahan supaya air mata tak mengalir tapi tak bole..aku 'meletakkan' diri aku dalam 'diri Fea' jadi aku sedih dengan apa yang berlaku..*kat mana yang aku menangis tu? cari sendiri hehehe tapi kalau korang ratu air mata sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata ye..aku tak sediakan apa-apa jadi aku biarkan je air mata mengalir*..

` Moral of the story...

(1) Jangan pandang rendah pada seseorang...tak semestinya kita lebih senang dari dia, maka kita boleh hina atau pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik macam kita...

(2) Berani menyuarakan atau mempertahankan hak kita terutamanya kalau kita berada di pihak yang benar

(3) Kalau kita suka atau sayang pada seseorang, jangan la berlagak atau egoi tinggi sangat...berterus-terang lebih mudah..takde sesiapa yang akan salah faham

(4) Siasat dulu tentang apa juga berita atau perkara yang kita dengar, jangan main 'terjah' tak tentu hala

(5) Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kemudian

(6) Belajar menerima hakikat sekiranya berlaku sesuatu kepada kita

(7) Berbincang dan bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berkekalan

` Tahniah kepada Hani Fazuha...saya suka novel ni..best...teruskan menulis...sorry kalau ada ayata-ayat di atas ni buat awak tersinggung atau terasa hati....

p/s: saya suka ending dia tu...puas hati...

sumber : dunia-novel (http://dunia-novel.blogspot.com/)

Oct 8, 2009

Alaf 21 ~ Oktober

Tajuk: Bebunga Kasih
Penulis: Hani Fazuha
Harga: RM19.90
Halaman: 512

Blurb:

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya.

Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?


Tajuk: SAKSI CINTA
Penulis: WANA AMANI
Harga: RM18.00
Halaman: 488

Blurb:

MENGENALI Juliana seakan satu anugerah yang ALLAH berikan kepada Iskandar. Kehadiran gadis itu telah menceriakan hidupnya dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga serta sahabatnya. Juliana begitu istimewa. Malah, Juliana juga telah mengajarnya menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab.

Di saat Iskandar masih berteka-teki tentang perasaannya terhadap Juliana, Maya hadir menghulur salam perkenalan. Ternyata wajah ayu, kesopanan dan kelembutan gadis itu telah mencuri hati lelakinya. Dia rela bersama Maya walaupun jalan yang dilalui tidak semudah dan seindah ketika berdampingan dengan Juliana.

Bagi Juliana, dia terpaksa akur... Iskandar bukan miliknya. Demi sayang, dia sanggup melihat Iskandar berbahagia walaupun hatinya merintih hiba. Namun, saat semua impian ingin dicapai, Iskandar hadir memberi segunung harapan. Dia keliru. Adakah Iskandar lelaki yang sama pernah bertapak dalam hatinya?

Kini, mimpinya yang bertahun lalu seakan berubah menjadi realiti...