Showing posts with label Gagasmedia. Show all posts
Showing posts with label Gagasmedia. Show all posts

May 7, 2011

SAL: Cabaran 50 Buku: (2) After Office Hour

Tajuk novel : After Office hour
Penulis : Dahlian & Gielda Lafita
Terbitan : Gagasmedia


Blurb:

Dan, suatu hari, kita bertemu lagi. Waktu berbeda, situasi yang berbeda juga. Kalau pun ada yang tak berubah hanyalah perasaanku kepadamu. Ak masih tak punya alasan untuk membalas perasaanmu.

Namun, kau terlalu keras keras kepada untuk mengakui ketidakcocokan kita. Kau berjudi dengan perasaan seolah tak khawatir sewaktu-waktu aku bias menyakitimu. Kau menjajikan cinta dan aku malah menertawakanmy,

Akhirnya, kau berhenti – menyerah atau balik membencikan, aku sendiri tak tahu. Aku mencoba menghibur diri, berpikir kalau tanpamu aku pasti baik-baik saja. Tetapi, kenapa dadaku sesak saat melihat punggungmu pelan-pelan menjauh?

Apakah ini artinya aku harus balik mengejarmu?


Ulasan:

Athea, janda anak satu yang kematian suami. Terpaksa bekerja kerana hasil peninggalan suami dan keluarganya sudah semakin berkurangan.

Roy Kerthajaya, presiden untuk sebuah syarikat properti ternama. Playboy, kata mereka. Tampan? Ya, tidak dinafikan. Baik? Ya, dia baik yang bukan suka menonjol-nonjol.

Athea? Roy Kerthajaya? Bagaimana ya mereka boleh bertemu.

Athea pekerja baru di syarikat yang ditadbir oleh Roy. Jawatannya adalah setiausaha kepada presiden, iaitu setiuasaha peribadi kepada Roy.

Apa hubungan mereka? Pernah bercinta ketika di SMA tetapi Athea yang selalu menjaga hatinya telah merana sehari selepas Roy melafazkan kata cinta. Dia dengan matanya sendiri melihat Roy bersama dengan pelajar lain. Ketika itu juga dia kata PUTUS.

Sekarang, kita berjumpa semula. Tipulah kalau perasaan itu tidak ada pada mereka berdua. Pada Roy, Athea perempuan berbeza yang tidak mengejar kemewahan dan ketampanan yang ada padanya, Athea adalah Athea yang akan bersikap bersahaja.

Hari demi hari mereka akhirnya sedar rasa cinta yang masih lagi ada dan kali ini Athea dengan berani bertindak melafazkan kata cinta. Rupa-rupanya Roy adalah lelaki yang takut pada perkahwinan. Dia takut dengan komitmen dan dia juga takut wanita yang dikahwininya itu terluka.

Tetapi cinta tetap memainkan peranan kan…

Nota: saya sentiasa tersenyum ketika membaca novel ini. Bukanlah kerana saya suka genre cerita sebegini tetapi ada sesuatu yang saya belajar di sini. Jangan pernah takut untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Kerana itu jugalah saya dengan muka tak malu telah mengatakan ‘I love you’ pada si dia. PEACE!!! Gurau je…

---
Salmah

SAL: Cabaran 50 Buku: (1) Let Go

Tajuk novel : Let Go
Penulis : Windhy Puspitadewi
Terbitan : Gagasmedia


Blurb:

Kau tahu apa artinya kehilangan? Yakinlah, kau tak akan pernah benar-benar tahu sampai kau sendiri mengalaminya.

Raka tidak pernah peduli pendapat orang lain, selama ia merasa benar, dia akan melakukannya. Hingga, suatu hari, mau tidak mau, ia harus berteman dengan Nathan, Nadya dan Sarah. Tiga orang dengan sifat yang berbeda, yang terpaksa bersama untuk mengurus mading sekolah.

Nathan, si pintar yang selalu bersikap sinis. Nadya, ketua kelas yang tak pernah meminta bantuan orang lain, dan Sarah, cewek pemalu yang membuat Raka selalu ingin membantunya.

Lagi-lagi Raka terjebak dalam urusan orang yang membuatnya belajar banyak tentang sesuatu yang selama ini ia takuti, kehilangan.


Ulasan:

Kisah anak SMA (Sekolah Menengah Atas) yang biasa-biasa. Tetapi garapan luar biasa menjadikan cerita biasa-biasa ini menjadi luar biasa.

Caraka seorang yang sentiasa tahu apa yang dia mahu dalam hidup ini dan dia sentiasa berusaha ke arah itu. Satu-satunya kelemahan Caraka adalah dia takut pada kehilangan. Dalam proses kehidupannya di SMA dia bertemu dan berkawan dengan Nathan yang hatinya dingin seperti ais. Dinginnya kerana dia takut untuk meninggalkan orang-orang yang dia sayangi kerana dia penghidap barah otak.

Nadya pula menjadi intim dengan Caraka kerana berkongsi minat yang sama. Mereka sukakan filem dan sukakan muzik klasik. Dari situ tanpa mereka sedari hadirnya satu rasa, rasa Cinta. Sarah pula adalah gadis pemalu yang sentiasa di buli oleh senior. Dia bijak, dia cerdas dan dia kreatif. Tetapi sering menjadi mangsa kepada manusia pemangsa yang lain. Nadya dan Sarah punya dua perangai berbeza. Kerana Nadya cenderung lebih berdikari dan tidak suka meminta pertolongan.

Mereka ini adalah anak-anak yang punya 4 identiti berbeza dalam kelas yang sama tetapi tidak pernah bersapa pada mulanya. Tetapi melalui Veritas (majalah sekolah) mereka mula menjalinkan ikatan persahabatan walau pun ada ketikanya terselit juga pergaduhan kecil. Atas rasa tanggungjawab yang diberikan oleh guru, bermula dari pergaduhan kecil, bermula dari suasana yang penuh ketegangan dan dingin, mereka akhirnya menjadi sangat akrab.


Akhir sekali marilah kita baca coretan Sarah yang sempat dicuri baca oleh Caraka.

Ketika wanita menangis,
Itu bukan berarti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya,
Melainkan justru berarti dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.

Ketika wanita menangis,
Itu bukan berarti dia tidak berusaha menahannya,
Melainkan karena pertahannya sudah tidak mampu lagi membendung air matanya.

Ketika wanita menangis,
Itu bukan karena dia ingin terlihat lemah,
Melainkan karena dia sudah tidak sanggup berpura-pura kuat.

Nota: Pada awalnya adalah sedikit bosan sebab saya sudah cetak di kepala, cerita ini sangat biasa. Tetapi apabila saya bertahan untuk membacanya dan kemudian baru saya sedari cerita ini memang sangat biasa tetapi kebiasaannya itu menjadi luar biasa apabila kita mengenali setiap wataknya.

---
Salmah