Showing posts with label Pelancaran Novel. Show all posts
Showing posts with label Pelancaran Novel. Show all posts

Jul 21, 2008

Santai Bersama Kaki Novel

Salam semua,


Sebagaimana yang telah diwar-warkan, semalam 20 Julai 2008 telah berlangsung satu majlis yang sederhana tetapi meriah bersama Kaki Novel. Majlis 'soft launch' novel bulan Julai - Cupid Love karya Rafizah Nordin dan novel bulan Ogos - Asmara Seribu Cinta karya Anwar Razali, telah diadakan bertempat di Burger King K Avenue KLCC.

Jutaan terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang telah sanggup meluangkan waktu hujung minggu semata-mata untuk memeriahkan majlis ini.

Untuk c
erita lanjut anda boleh lawati sini http://amalynaysha.blogdrive.com


~ gang UB bersama penulis Rafizah Nordin & Anwar Razali ~

Untuk gambar-gambar sekitar majlis tersebut pula anda boleh lawati sini: http://wanamalyn.multiply.com

salam sayang
~wan

Jul 10, 2008

Majlis Bersama Kaki Novel & Novel Bulan Julai-nya

Salam semua,

Sekali lagi wan/kakWan diamanatkan untuk menjemput kawan-kawan semua bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel.

Bagi mereka yang sudah maklum ataupun masih lagi tak pasti di mana majlis ini akan berlangsung, majlis ini akan diadakan di...

  • Lokasi : Burger King K-Avenue KLCC (bersebelahan dengan stesen LRT KLCC)
  • Tarikh : 20 July 2008 (Ahad)
  • Masa : 10.00 pagi

Bagi kawan-kawan yang berminat nak menghadirkan diri, sila email pada wan/kakWan di amalynputri@gmail.com selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Julai 2008 untuk tempahan tempat. Memandangkan tempat adalah terhad, Offer ini terbuka kepada 30 orang yang pertama menghantar email pada wan/kakWan.

Sekian, terima kasih.

~wan

Jun 25, 2008

Pemberitahuan

Salam semua...

Harap maklum, bahawasanya pendaftaran untuk menyertai majlis Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku yang dijadualkan akan berlangsung di Restoran Ayamas KL Sentral telahpun PENUH.


Ribuan terima kasih diucapkan atas sambutan dan sokongan anda.

Jun 23, 2008

Bicara Buku Jemari Seni

Assalamualaikum,

Saudara/ Saudari adalah dijemput ke:

Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku
Bersama Jemari Seni Publishing


Pada:
Ahad bersamaan 13 Julai 2008

Tempat:
Restoran A&W (sebelah Stesen LRT Taman Jaya)

Masa:
9.15-11.00 pagi


Buku Pilihan Kali Ini:

Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Karya Aidil Khalid
Pembicara: Puan Ina Marjana Ulfah - Pensyarah Undang-Undang/Pengarang

Lili Buat Najah
Karya Nazurah Aishah
Pembicara: Shaidah Shafie - Penulis

Tentang... Dhiya
Karya Syud
Pembicara: Puan Samsiah Mohd. Nor- Pengarang
(Novelis Tangisan Bulan Madu)


Tempat terhad – Sila maklumkan kehadiran saudara/saudari pada

Saudari Syuhada (kazukimahiru@gmail.com)

Selewat-lewatnya 29 Jun 2008

Wassalam, Terima Kasih


Harap maklum, bahawasanya pendaftaran untuk menyertai majlis Sarapan Pagi Minggu Sambil Bicara Buku yang dijadualkan akan berlangsung di Restoran Ayamas KL Sentral telahpun PENUH.

Jun 5, 2008

PENGUMUMAN PENTING

Salam Semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel - Bahang Selatan karya Aimy Najwa terpaksa ditunda tarikhnya ke minggu hadapan - 15 Jun 2008 - bagi menghormati kehilangan ibunda Ryzal.


Sekian harap maklum

May 19, 2008

Terima Kasih...

Salam semua,

Alhamdulillah selesai sudah majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel yang telah berlangsung di Burger King K-Avenue semalam. Novel keluaran ke-16 ini adalah hasil karya penulis yang menggunakan nama pena Antasya Balkis berjudul Suatu Penantian.

Majlis berlangsung dalam suasana yang santai seumpama satu keluarga besar berkumpul untuk meraikan hari bersejarah salah seorang ahli keluarga mereka.

Ribuan terima kasih wan ucapkan terutamanya pada Ryzal (orang kuat KN) kerana sudi jemput kami untuk memeriahkan majlis pelancaran novel kali ini. Juga buat Izzul yang sudi memanjangkan senarai nama kawan-kawan yang akan datang memeriahkan majlis pada Ryzal.

Buat kawan-kawan UB... terutamanya pada kaknOOr, kak uda, Ruby, mamaerra, kakija, kaklena, kak anim, mar, wabbit, kakyah, kaksu, Nicky, Ramlah, Rohaya, Fauziah, Nacha, Iejay, Zuraini.... thank you so much gurls for your support... *wink*

Juga buat penulis kak ila (Ramlah Rashid) & kawan, terima kasih kerana sudi datang. Juga buat bakal penulis alaf -> Hani Fazura...

Pendek kata... Ribuan terima kasih diucapkan pada kawan-kawan yang telah datang untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Untuk menatap photo-photo yang sempat wan rakamkan sebagai bukti... (hehehe...) bahawasanya kami datang sebagai tanda sokongan kepada penulis yang sudi memeriahkan lagi dunia penulisan di Malaysia ini. Juga sebagai tanda sokongan kepada syarikat penerbitan yang... tidak berapa baru... (hehehe... sorry Ryzal... gurau..!!) kerana sudi memperbanyakkan lagi senarai panjang novel yang akan/boleh dibaca oleh kami para pembaca semua. Kawan-kawan boleh --> klik di sini <-- kerana wan tidak berjaya meletakkan slide di sini... huhuhu line kat rumah ni asyik tendang aje... anyway enjoy watching ya..!!

salam sayang
~wan~

May 7, 2008

Pelancaran Novel Terbaru KAKI NOVEL

Salam semua,

Wan sekadar nak sampaikan amanat orang untuk menjemput kawan-kawan semua untuk memeriahkan majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel. Untuk makluman semua, majlis ini adalah di...
  • Tarikh : 18 Mei 2008 (Ahad)
  • Lokasi : Burger King K-Avenue KLCC
  • Masa : 10.00 pagi

Bagi kawan-kawan yang berminat nak menghadirkan diri, sila email pada wan di amalynputri@gmail.com selewat-lewatnya sebelum atau pada 15 Mei 2008 untuk tempahan tempat.

~wan

Mar 17, 2008

The Rain da story..

Salam semua,



Acara: Pelancaran Novel Persis Sebutir Pasir & Garis-Garis Dejavu
Lokasi: The Rain ~ Bandar Baru Bangi

Tema Acara: Bebas & Santai
Tarikh Berlangsung : 15 Mac 2008
Masa yang diambil : 3 - 6 Petang

**~**~**~**~**

Ya, sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, majlis pelancaran novel terbaru terbitan Jemari Seni yang ke 10 & 11 ini telah berlangsung pada hari sabtu 15 Mac 2008. Kali ini novel hasil karya sulung ManjLara iaitu Persis Sebutir Pasir dan buah tangan ke-4 John Norafizan dan pertama bersama Jemari Seni iaitu Garis-Garis Dejavu akan mengambil tempat.

Saya agak terkilan kerana tiba sedikit lewat dari masa yang dijanjikan (sedikit saja tau.!) tatkala para jemputan telah mengambil tempat masing-masing. Terkilan juga rasa hati apabila tidak sempat untuk bersama-sama menyambut kedatangan para tetamu... ops, bukankah tugasku hanya sebagai jurukamera yang tak bertauliah..??? hehehe. Walaubagaimanapun saya pasti setiap tetamu yang hadir lebih awal dari saya punyai rasa teruja untuk sama-sama memeriahkan majlis sebagaimana yang saya alami kala itu.

Majlis dimulakan dengan alu-aluan oleh pengacara majlis hari itu iaitu Cik Ahada - yang menjadi bidan terjun saya agak... kerana sepatutnya tugas itu disandang oleh kak Anim yang diserang demam dan hilang suara- walaubagaimanapun syabas buat adik kita ni kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Harris dan sekaligus merasmikan majlis 'soft launch' kita pada petang itu.

Usai bacaan doa di 'amin' kan oleh para jemputan yang hadir, tetamu dijemput untuk menjamu selera dengan juadah istimewa yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Jemari Seni. Sementara tetamu menjamu selera, majlis diteruskan dengan pengacara majlis menjemput penulis Garis-Garis Dejavu iaitu sdr John Norafizan untuk memberi sepatah dua kata... diikuti dengan acara kupasan novel Garis-Garis DejaVu oleh Putri Nur Iman dan Persis Sebutir Pasir oleh Pn Noor Suraya.

Usai upacara 'bercakap', bermula pula upacara menandatangani buku. Ya... saya jadi orang pertama yang minta buku saya ditandatangani oleh kedua-dua penulis berbakat besar ini. Memandangkan kali ini tempat yang lebih luas dengan suasana yang lebih santai, saya seakan tidak mampu untuk berkenalan dan beramah mesra dengan semua jemputan yang hadir. Ampunkan saya andai ada tetamu yang tidak sempat saya ber'hai' - 'hai' cuma sekadar melemparkan senyuman yang sungguh ikhlas dari hati saya.

Sedang saya leka bersembang, upacara 'lucky draw' telah berjaya menarik perhatian saya. Untuk acara ini kedua-dua penulis JS diberi penghormatan untuk mencabut nombor yang bertuah pada hari itu... dan yang paling tidak tersangka-sangka... no saya, no#1 (hehehe hari itu no. cabutan saya ialah no#1 sama dengan nama saya, wan=one... agaknya sebab itu bertuah... ahaks) telah dicabut oleh John.... horayy!! seronoknya rasa hati kerana saya jarang bertuah.!!

Oh ya, bulan Mac ini salah seorang 'ahli keluarga' JS menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-? pihak penganjur merasakan apasalahnya jika sambutan ulangtahun Anis disambut sama... maka jadilah 'surprise party' untuk Anis pada hari itu. Untuk Anis, "Selamat ulangtahun kelahiran moga terus suksess dalam apa jua bidang yang diusahakan"

Sebagaimana yang kita 'sedar', apabila kita benar-benar menikmati masa gembira 'happy hour' dengan teman-teman samada yang sudah mesra mahupun baru nak berkenal mesra... waktu bergerak amat pantas. Sedar tak sedar sudah lebih 3 jam kita bersantai bersama... tiba waktu harus berundur diri... *masa yang pada saya amat-amat menyedihkan, kerana terpaksa berpisah dengan kawan2-padahal banyak lagi benda yang nak diborakkan* walaubagaimanapun saya berharap agar kita akan diberi peluang untuk kembali berkumpul 'anak beranak' di masa akan datang.

Saya bagi pihak penganjur majlis -Jemari Seni- ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat:- anda -para jemputan- yang bersama-sama menjayakan majlis The Rain ini hingga menjadi satu majlis yang pada saya sungguh indah dan tidak mungkin akan dapat saya lupakan seumur hidup saya. Harapan saya, moga anda juga punyai memori yang indah sebagaimana yang saya rasai ini.

Tak lupa juga buat Liyana & Iejay merangkap ajk pendaftaran, syud & Lia-si gadis & muffin kita, kaknOOr yang bertanggungjawab terhadap 'goodie bag' iaitu trademark bagi setiap pelancaran novel yang kita buat sehingga ke takat ini (akan datang belum dapat dijanjikan lagi). Juga buat kaknOtie, penyelaras makanan yang disajikan hari itu... Mar, Nacha & Jid yang menjadi penyambut tetamu kita, Pn MC tak jadi kita -kak anim- moga cepat sembuh & terima kasih atas 'hadiah' kemenangan ciptaan Logo UB, juga cik MC gantian kita iaitu Ahada yang telah menjalankan kerjanya dengan cemerlang, gemilang & terbilang itu. Juga si wabbit shomel yang telah kembali dengan cameranya... serta tak lupa buat Liyana & Fatahiyyah yang setia menjaga 'kaunter' buku kita. Pendek kata ucapan penghargaan ini ditujukan buat semua yang telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini sehingga menjadi sebegini indah.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat John & keluarga yang sanggup 'turun padang' menempuh perjalanan yang jauh semata-mata untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis The Rain ini. Juga buat ManjLara dan 'kroni'nya hehehe yang sudi menghadirkan diri. Harapan saya agar majlis yang tidak seberapa ini memenuhi 'piawaian' yang anda harapkan... kerana INILAH dia majlis yang kami -anak-beranak- buat bagi 'menyambut' setiap 'kelahiran baru'. cumanya kali ini pada saya agak istimewa sedikit.!!

Saya juga menyusun sepuluh jari andai ada kelemahan dan ketidakpuasan hati anda terhadap layanan terutamanya dari diri saya pada hari itu, sebenarnya terselit juga perasaan ralat disudut hati, kerana saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra dengan semua kawan-kawan yang hadir... ampunkan saya.!! harap anda tidak serik untuk berjumpa dengan saya di lain masa dan ketika nanti.


Sehingga kita berjumpa di Pesta Buku nanti...

salam sayang,
~wan~


PS: untuk gambar sekitar majlis The Rain anda boleh lawat sini ->wabbit<- atau ->syud<- atau ->wan<-

Seteguh Kasih Aina Najihah di MPH Alamanda

Salam semua,


Sebagaimana yang telah diwar-warkan dalam n3 sebelum ini, saya telah berkesempatan untuk menjenguk Dina Najat di MPH Alamanda pada petang 15 Mac 2008 yang lalu.

Saya yang dalam perjalanan ke BB Bangi kerana ada satu lagi 'acara' (akan diceritakan dalam n3 yang lain) sempat singgah walaupun sebentar cuma.

Saya tiba lebih awal dari yang dijadualkan (acara jam 2 - 4 petang) tapi saya tiba disana lebih kurang jam 1.45 petang. Saya disapa dengan senyuman manis milik si penulis yang cantik manis ini. Alhamdulillah Dina masih ingat akan diri ini.!! maklumlah jarang dapat bertentang mata bersua muka.

Di sini juga buat pertama kali saya dapat berkenalan dan beramah mesra dengan kak Udaidza yang peramah dan awet muda ini..!! seronok sungguh rasa hati... bertambah lagi kenalan maya yang menjadi sahabat saya... alhamdulillah.

Saya juga sempat jumpa dengan kak Puteri Andalas, yang datang ditemani anakandanya. Huhuhu rindu sungguh dengan kak Puteri yang baik hati ini. Kami sempat berkongsi 'rahsia' dengan kak Puteri dan bagi peminat setia kak Puteri, jangan lupa nantikan kak Puteri di TV3 jam 12.00 tengahari dalam slot WHI pada hari Khamis 27 Mac 2008. Nak tahu kak Puteri akan bercerita tentang apa..?? itu anda kena nantikannya.

Tak lupa juga khabar gembira buat peminat kak Puteri yang ternanti-nantikan buah tangan terbaru selepas Tanpamu Disisi (juga terbitan Kaki Novel), kerana kak Puteri ada 'hasilnya' sempena BF nanti. Cinta Seindah Madah adalah judulnya yang akan dilancarkan pada 5 April 2008 pada jam 12.00 tengah hari bersama Awang Vampiro novel karya sulung Nizam Zakaria. Jadi beramai-ramailah kita memeriahkan masjlis pelancaran DWI-Novel terbitan Kaki Novel ini.

Saya tidak dapat menunggu hingga acara tamat kerana saya dihambat waktu untuk Majlis di The Rain pula. Setelah mendapatkan novel Dina serta tandatangan beliau, saya terpaksa minta diri untuk beredar. Dan harapan saya semoga Seteguh Kasih Aina Najihah ini akan memenuhi selera pembaca sekelian.

Salam sayang,
~wan~

Note: tidak banyak gambar yang sempat saya rakamkan... walaubagaimanapun untuk tatapan anda... anda boleh lihat disini.