Aug 19, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (14) Nuansa Kota Merah : Khairyn Othman
Jul 18, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (13) Gelora : Ma Lee Chuswan
DN - Cabaran 50 Buku : (12) Cinta Pandang Ke-2 : Laila Kamilia
Jun 9, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (11) Kasih Benar Kasih - Aleya Anessa
Akhirnya selesai juga aku membaca Kasih Benar Kasih (KBK)..buah tangan terbaru Aleya Anessa...cover KBK punyalah comel sampai aku terfikir,betul ke novel AA ni hehehe..dah macam cover buku cerita kanak-kanak je :DMay 2, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (10) Langsir Biji Remia - Noor Suraya

` Langsir Biji Remia ni pasal apa? LBR ni kisah antara Duha Hafa dan Umair..mereka ni berjiran sejak kecil dan selalu berbicara melalui jendela langsir biji remia *sejak satu kes tu ..nak tau kena baca* sejak kecil juga Umair dah 'serah' hati dia pada Duha walaupun masa tu umur dia baru 13 tahun dan umur Duha baru 10 tahun..tapi mereka ni terpisah bila ayah Umair bertukar ke Singapura...
` 10 tahun kemudian, mereka bertemu semula di jendela yang sama...jendela yang mempunyai langsir biji remia dan perangau angin..semua tak berubah termasuklah perasaan Umair kerana dia sudah berikan hatinya buat Duha dan tak pernah terpikat dengan mana-mana perempuan lain tetapi Duha sudah berubah...perubahan yang betul-betul tak disangka..siap berpurdah..ada sebab kenapa Duha berubah dan berpurdah serta terlalu merendah diri *sungguh sedih tatkala tau kenapa Duha berubah dan berpurdah*
` Umair yang memang mencintai Duha meminta Kak Hada & Kak Ain membantu dia meluahkan isi hatinya pada Duha *ala-ala merisik la ni* dan Duha menyatakan bahawa Umair perlu melihat wajahnya sebelum membuat apa-apa keputusan dan apabila Umair telah melihat wajah Duha, terus dia terkedu dan melarikan diri dari Duha *kesian Duha dan aku benci Umair..tak sangka begitu sekali perangai Umair walaupun memang tau dia seorang yang mementingkan kesempurnaan termasuklah wajah yang sempurna tapi tak sangka dia buat gitu ke Duha* Ok..stop cite pasal LBR..kesudahannya kena KIV la nanti tak best la kan..nak tau korang kena dapatkan Langsir Biji Remia *promote hehehe*
` Macam novel-novel yang terdahulu, kak su masih kekal menggunakan bait-bait ayat yang cukup sedap...tersusun je...
` ops..lupa lak..aku suka ayat ni... "Apa yang saya hendak kata ini, tak perlu tulis. Sudah ada dalam hati, lama sudah." *siapakah yang menuturkan ayat ini? hehehe sila lah cari dalam LBR* juga doa yang dititipkan oleh seseorang kepada Duha Hafa..ini doanya...
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu duha ini, waktu duha-Mu,
Cahayanya cahaya-Mu,
Kecantikan itu ialah kecantikan-Mu
Keindahan itu ialah keindahan-Mu
Kekuatan itu ialah kekuatan-Mu
Kekuasaan itu ialah kekuasaan-Mu
dan perlindungan itu perlindungan-Mu
Ya Allah,
Sekiranya rezekiku ada dilangit maka turunkannya
Jika ada di bumi maka keluarkannya
Jika adanya jauh maka dekatkannya
Jika haram sucikanlah
dan jika adanya hampir maka mudahkannya
dengan kebenaran
Duha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu
Berikanlah kepadaku sebagaimana engkau
berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.
Dan cucuri rahmat ke atas penghulu kami
nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan
para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.
Mar 23, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (9) Yang Mana Satu? - Emma Maizura
YMS cerita pasal Indah yang dibenci oleh maklong sendiri sebab dia ditinggalkan mak ayah dia...disebabkan tak tahan dengan perangai maklong dia, dia lari pergi bandar..masa kat bandar, terjumpa dengan seorang perempuan yang secara tak sengaja membawa Indah bekerja di kelab malam..namun, nasib baik menyebelahi indah, dia dapat lari dari kelab malam tersebut akibat dari satu insiden yang tak disengajakan...kebetulan pulak *kebetulan lagi hehehe* dia terjumpa dengan ryian masa sedang melarikan diri tu...*macam suspen je*
itu serba sedikit...nak tau lebih-lebih kena beli n baca sendiri..mungkin 'rasa' kita sama dan mungkin tak sama langsung...novel ni santai la juga tapi berdebar la jugak..berdebar sebab dalam tak disangka banyak benda jadi kat Indah...lain yang diharapkan, lain yang jadi...tapi secara keseluruhan aku suka cerita ni...ending pun ok la boleh diterima...ending yang realistic...
tahniah buat penulis...teruskan menulis...
kategori : boleh letak kejap je...
DN - Cabaran 50 Buku : (8) Hati Bergetar Rindu - Dhiya Zafira
Dalam HBR, aku jumpa Sid atau ASP Ziyad Sidqi *macam dah terjatuh cinta kat dia hehehe*..aduhai..nama dia..mengancam...'orangnya' pun mengancam juga..suka la watak Sid *ada ke lelaki betul macam ni..ada kot hehehe* dia seorang yang tegas time kerja, pastu caring juga orangnya...digambarkan seorang yang tenang je menghadapi apa-apa termasuklah menghadapi situasi yang betul-betul buat dia macam nak mati *apa tu? hehehe* kemudian, aku jumpa Arisa atau nama glamer Ari hehehe Ari ni macam ada konflik jiwa *bukan macam tapi memang ada* sebab apa? *baca sendiri* pastu jumpa la 'orang' lain macam Fauzan, Zarin, Esya, Angel, Mahadi dan lain...untuk kesudahan sila la beli n baca...
Semua ok cuma part flashback tak berapa suka sebab aku tak suka baca flashback-flashback ni...tapi bagus juga untuk orang yang suka baca lompat-lompat sebab dia tak boleh lompat masa baca HBR..kalau lompat juga pasti tak faham...
Tahniah DZ..teruskan menulis..kita jumpa pesta buku nanti ye...saya tunggu next novel awak...mungkin kisah Jimmy pulak? :)
kategori : tak boleh letak
Feb 22, 2011
DN - Cabaran 50 Buku : (7) Aku Yang Kau Tinggalkan - Alina Haizar
` Aku suka cerita ni..suka sangat..walaupun tebal dan berat nak tampung..hahahaha...banyak moral of the story tapi aku bagi sikit-sikit je la sebab takde ayat la nak 'karang' hehehe..antara moral of the story tu ..
- kalau nak berkorban pun biarlah berbaloi *hehehe jahat aku*
- seboleh-bolehnya terima dengan sabar dan redha apa yang jadi kat kita
- kalau kita boleh berubah maka kita berusaha la untuk berubah
- dengar dulu apa jua penjelasan sebelum membuat sebarang keputusan...jangan hanya buat keputusan berdasarkan andaian atau pemerhatian yang belum tentu sahih
- berterus-teranglah dalam apa juga perkara...
` Tahniah Alina *kalau tak silap aku dia orang perak ni..*
kategori : tak boleh letak..*dah mula baca kena habiskan*
sumber : dunia novel
Feb 14, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (6) Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi
` Mula baca masa tengah tunggu waiter hantar makanan...punya la kelaparan sampai tak sabar nak tunggu sampai rumah hahahaha..dan nasib baik la cite ni tak menghampakan..memang HJ cuba lari dari genre thriller yang dia tulis sebelum ni...cite ni memang kelakar...ada macam-macam..romantik, suspens dan macam-macam la...pendek kata *pendek yang kata* cite dia memang best dan tak menghampakan..so bagi peminat HJ sila beli..*aku 1st time baca buku HJ*
` moral of the story : jangan ego sangat ek..
tahniah buat Hasrudi Jawawi..ternyata hasrat anda untuk lari dari genre thriller kepada cinta komedi romantik berjaya...teruskan menulis..
Sumber : dunia-novel
DN - Cabaran 50 Novel : (5) Jendela Kaca Ainnur - Diya Nordin
Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik
Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!
Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.
Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.
Kata Zhafran, “Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?”
Apa yang Zhafran tahu?
Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?
` moral of the story banyak tapi satu je aku nak tekankan...apa pun terjadi, redhalah dengan ketentuan Ilahi dan jangan kita menadikan hak seseorang itu...
` tahniah untuk Diya Nordin..teruskan menulis..
Sumber : dunia-novel
Feb 10, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (4) Juara Carta Cinta - Lynn Dayana
Aku + Kamu = Cinta Atas Kawan : Haiqal"Mari Raikan Cinta!" : Haqiem
Kembali sayangi aku : Adnan
` tengok iklan kat fb alaf21..excited je..pasal apa excited? ada 2 je sebab..(1) aku memang suka baca novel (2) cover dia cute *pada aku la* so buat aku nak tau isi dalam dia macam mana...dan kebetulan masa pergi ke karnival alaf, buku ni dah ada...takde fikir panjang..terus je capai n bayar...balik rumah tak boleh baca lagi sebab kena layan adriana sofia dulu..kalau baca nanti nak layan dia so tak boleh nak menjiwai sangat...
` ok, cite dia macam ni...Maya Hanum *watak utama* seorang penulis novel dan juga 'owner' My Lovely Lane yang menjual barang-barang cenderahati, aksesori wanita dan novel ...single lagi sebab lepas putus tunang dan putus cinta, dia tak bercinta dengan sesapa pun kecuali hero-hero dalam novel dai *of course la kan sebab nak menjiwai hehehe*...satu hari tanpa disangka, ex-boyfriend dia duduk sebelah rumah dia atau dalam erti kata lain, dia n Haqiem *ex-bf* berjiran...punyalah dia tension sebab Haqiem ni macam nak 'beli' jiwa dia balik..tapi Maya malas nak layan *walaupun kadang-kadang rasa macam-macam perasaan ada* sebab dia tau Haqiem dah ada Mimi *minah salleh celup hehehe*..Haqiem ni buat macam-macam *dibantu oleh adiknya Ima* nak pikat Maya semula dan Maya pulak cari macam-macam cara untuk mengelak....kiranya hidup dia memang kelam-kabut la...kesian kat Maya ni sebab dah la hidup dia porak-peranda dengan kerenah Haqiem, muncul pulak jiran baru yang memang dia tak sangka langsung....sungguh dia tak sangka Adnan *bekas tunang* pun jadi jiran juga...mula-mula just jumpa Intan *wife Adnan* kemudian ternampak kakak & mak Adnan..alahai Maya..makin haru-biru hidupnya...Intan pulak bila dia tau Maya tu ex-tunang suami dia, dia pun mula la buat hal dengan Maya sedangkan sebelum ni baik je dengan Maya..yang kesian Maya la...dia for sure tak ingin kat Haqiem ngan Adnan tapi dua-dua lelaki ini sibuk je nak pikat dia semula..sudahnya Maya jadi mangsa kekejaman Mimi dan Intan...tapi mungkin la nasib Maya ni baik la juga sebab secara tak sengaja dia berkenalan dengan Haiqal..macam mana kesudahan Juara Carta Cinta? Siapa yang jadi juara untuk carta cinta Maya? *sila beli dan baca ye hehehe*
` antara 5 novel LD, saya suka Jika Benar Cinta dan Juara Carta Cinta...antara dua tu pulak JCC paling best....selain kisah hidup Maya yang haru-biru tu, diselitkan juga cerita tentang pembunuh misteri...actually tak tau apa rasional LD selitkan cerita tu..untuk penambah 'perisa' atau apa..kisah tu bermula lepas Maya disambar petir..masa baca tu aku tertanya-tanya, kalau orang kena sambar petir memang nanti dia akan dapat bayangan macam yang Maya dapat ke *sorry LD, keliru sikit kalau boleh tolong bg penjelasan..*
` suka...
~ m/s 23 : ...hatinya terasa berwarna biru, tanda sayu. Jiwanya berwarna kuning, dirinya pening!
~ m/s 30 : perkhidmatan arkib yang disediakan oleh kedai maya..best... *sapa wat bisnes leh ambik idea ni*
~ part Maya bagi hamper barang-barang untuk masak bihun goreng pada Haqiem *napa? kena baca sendiri*
~ part Maya siram air panas kat pokok bunga Haqiem *napa? baca la sendiri hehe*
~ m/s 173 : "...Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya."
` moral of the story :
1. Kalau hujan lebat, kilat sabung menyabung, petir berdentam-dentum jangan la keluar rumah..duduk aje diam-diam dalam rumah atau bangunan tu...
2. Kalau kita dah berkahwin dan kebetulan pasangan kita terjumpa semula dengan 'ex' dia, kita ni jangan la melulu je fikir 'ex' dia nak rampas pasangan kita tu dari kita...
3. Jangan suka-suka nak menyindir/bertanya pada seseorang yang belum berkahwin..jodoh tu bukan urusan kita *walaupun kita kena berusaha untuk mendapatkannya* tapi urusan Allah s.w.t..bukan semua orang suka bila memperkatakan tentang jodoh yang belum sampai-sampai tu...
4. Hati-hati dalam apa juga perkara kita buat...nak berurusan dengan orang kena selidik dulu...
5. Kalau nak bersedekah/bagi makanan pada jiran biarlah dengan hati yang ikhlas bukan sebab nak mengenakan dia...
` Tahniah untuk Lynn Dayana..saya suka sangat Juara Carta Cinta...teruskan menulis...
kategori : tak boleh letak...
Sumber : dunia novel
Feb 9, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (3) Dari Kerana Mata - Norhayati Berahim
` Mula baca Dari Kerana Mata (DKM) kat blog Jom Baca Novel NB Kara (bab 1 - 7)..masa tu dah teruja, tak sabar nak dapatkan novel ni versi cetak.. *sentiasa teruja bila tau Kak Yati ada novel baru* dan bila tau buku dah keluar ‘panas-panas dari oven’ terus ajak adik ipar untuk pergi ke stor NB Kara kat Saujana Impian..jumpa kak su..rasa macam orang pertama yang beli DKM tu hehehe *credit to my BIL sbb sudi bawa gi SI untuk ambil DKM .dua kali pusing baru jumpa stor NB Kara hehehe* ` DKM ni cerita pasal apa? DKM ni cerita pasal macam-macam la hehehe *jangan marah ye…nak cari ayat ni bukan senang hehehe* Jaliha (gadis kecil bermata bundar,anak pensyarah maktab) bersama abangnya Johari dan kakaknya Juriah terpaksa mengikut maknya berpindah ke Melaka bila maknya ditukarkan ke sana…Jaliha tak suka situasi tu sebab dia akan kehilangan teman dan sahabat bila bertukar tempat tinggal dan sekolah…Pn. Ramona (mak Jaliha) bencikan Jaliha sampaikan apa je yang Jaliha buat semua salah, naik basikal pun salah siap kena pukul (menangis jugaklah aku dibuatnya..napa la seorg ibu sanggup buat kat anak gitu..bukan salah besar, naik basikal je..) tapi Jaliha bernasib baik sebab nenek dia selalu bela dia dan abangnya, Johari pun selalu mempertahankan Jaliha bila mak mereka marah-marah pada Jaliha..kiranya Johari ni abang dan best-friend forever Jaliha la….masa kat Melaka ni la Jaliha dan Johari kenal dengan Atan, seorang anak yatim yang tinggal dengan nenek yang miskin. Walaupun miskin tapi Atan ni budak baik..tolong nenek dia jual kuih, buat lastik dan apa-apa je la untuk dapatkan duit..Jalihan dan Johari memang suka la berkawan dengan Atan dan Atan pun suka berkawan dengan diaorang berdua sebab pada Atan, dua beradik tu tak sombong walaupun anak orang berduit..yang jadi pengikat kepada persahabatan mereka adalah basikal…namun kegembiraan mereka tak lama…Atan diambil oleh sebuah keluarga angkat bila nenek yang dia saying meninggal dunia…sedih memang sedih tapi apa boleh buat…Atan tak ada waris lain jadi dia terpaksa ikut keluarga angkat dia…so, macam mana kesudahannya? Dapat ke Jaliha dan Johari bertemu semula dengan Atan? Kalau nak tau ‘ending’ sila dapatkan DKM di kedai berhampiran anda *hehehe sempat wat iklan promosi ;) *
` Aku suka sangat dengan DKM…jalan cerita dia detail..mula dari kecil (umur Jaliha 8 tahun) sehinggalah mereka dewas (30++ rasanya)..dalam DKM juga bukan setakat cerita tentang Jaliha (yang dibenci oleh emak sendiri dan selalu kena marah) dan Johari serta Atan tapi juga ada cerita tentang Zaitun (best friend forever Jaliha juga), Nik Azri (yang bercita-cita nak jadi businessman yang berjaya), Deraman (lelaki, suami & ayah yang tak bertanggungjawab ni), Pn. Salmah (menderita sebab hidup bermadu tapi bukan sebab tak redha sebab kena…*baca sendiri hehe*) dan ramai lagi la…pendek kata *pendek yang kata* ada ‘ramai orang’ kat dalam DKM dan macam-macam kisah yang boleh dijadikan teladan...banyak juga kisah-kisah para Nabi dan para sahabat yang diceritakan dalam DKM..secara tak langsung kita tau tentang sirah Nabi dan sahabat…juga sedikit pedoman dari Al-Quran hadis…secara keseluruhan memang cite dia best cuma tak best sebab tebal sangat,870 mukasurat (standard la untuk novel kak yati) penat nak pegang..nasib la aku jenis membaca sambil duduk, kalau yang membaca sambil baring harus ‘terpeleot’ tangan hehehe *jangan marah kak yati*
` Beberapa ayat yang buat aku ‘sentap’ dan menusuk jiwa, beri ilmu serta boleh dijadikan pengajaran:
~ m/s 2 : “Kata orang, rahsia seseorang itu dapat kita lihat daripada matanya.”
~ m/s 6 : “Semua manusia hidup di muka bumi ni, perlu berkayuh. Berkayuh dengan cara mereka. Siapa mahu hidup yang lebih pantas, akan kayuh dengan lebih laju. Siapa yang mahu hidup sambil lewa dan seperti orang bersiar, kayuhlah dengan perlahan macam orang makan angin.”
~ m/s 6 & 7 : “Kayuh dengan sederhana……..Kayuh yang tak cepat dan tak perlahan. Kamu sampai dengan cara yang cukup selamat.”
~ m/s 77 : “Bawaklah Jaliha tinggal dengan nenek. Jaliha tahu mak bencikan Jaliha.” *menitik air mata masa ni*
~ m/s 136 : “….Bahasa Arab adalah bahasa yang paling istimewa daripada semua sisinya. Baik daripada jumlah kosa katanya, sampai kepada nahunya.”
~ m/s 207 : “Berdoa” *ayah tiri Jaliha suruh berdoa kalau nak jumpa Atan lagi…*
~ m/s 233 : “….Namun cintailah seseorang seperti sungai. Sungai yang tidak pernah berhenti mengalir. Sungai yang tidak pernah menghiraukan batu-batu dan kayu yang terbawa ketika ianya sedang mengalir. Walau kadangkala terpedaya dengan tarikan gravity dan sungai jarang mengalir lurus, tetapi sungai tetap juga bergerak maju.”
~ m/s 307 : Bab 67 – berkaitan muflis *panjang sgt so leh baca nanti ye..*
~ m/s 341 : “Rindu itu tidak pernah surut. Bahkan rindu itu yang sering menyentap hati dan seluruh perasaannya.”
~ m/s 454 : Bab 97 – pasal MLM *baca nanti..*
~ m/s 760 : Surah Al-Baqarah ayat 1hingga 5, 255 hingga 257 dan 284 hingga 286 *untuk hindarkan gangguan syaitan atau ilmu hitam - kalau tak silap*
` Moral of the story..
. Tak elok benci-membenci terutamanya ahli keluarga sendiri…apa pun kesalahan/kesilapan/keburukan dia, kita terima seadanya.2. 2. Jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam apa juga keadaan.
3. 3. Jadilah sahabat yang baik..sahabat di kala susah dan senang…bukan ketika senang je bila susah kita hilang..
4. 4. Berkawan atau bersahabat lah dengan sesiapa tanpa mementingkan darjat..miskin atau kaya sama je, yang membezakannya hati budi kita…
5. 5. Jangan sesekali kita bermain dengan ilmu hitam..boleh makan diri…
6. 6. Kalau dia ditakdirkan untuk kita, walau sejauh mana kita pergi pun, dia tetap untuk kita…
Tahniah untuk Kak Norhayati Berahim..maaf kalau ada ayat-ayat di atas menyinggung hati dan perasaan akak..ops lupa pulak…pencuk tu macam mana? Tak pernah dengar…pertama kali tau bila baca DKM…
Kategori : Tak boleh letak *tapi letak juga bila tangan tak larat nak tampung buku hehhee*
Sumber : dunia novel
Jan 27, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (2) Harga Sebuah Cinta - Hani Fazuha
` Novel ketiga Hani Fazuha ini berkisar tentang percintaan, persahabatan, kesetiaan, keegoan dan darjat keturunan...
` Harga Sebuah Cinta (HSC) ni macam mana cerita dia? Ceritanya macam ni....kasih Fea dan Arman terputus di tengah jalan lantaran kedudukan keluarga mereka yang jauh berbeza, bagai langit dan bumi...Fea merupakan anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai orang gaji manakala Arman pula adalah anak kepada seorang wanita yang berdarjat tinggi...atas sebab itu perhubungan mereka tidak direstui oleh emak Arman yang mementingkan darjat dan keturunan...Fea amat kecewa dengan sikap Arman yang langsung tidak mempertahankan perhubungan mereka...akhirnya mereka terpisah..jauh...Masa berlalu..perkenalan Fea dengan Zura telah menemukan Fea dengan Ikmal...Ikmal yang dianggap seperti abang kandung oleh Zura menyukai Fea dalam diam namun Fea hanya melayan Ikmal tidak lebih dari seorang kawan kerana dia masih terikat dengan janji yang dibuat bersama Arman satu ketika dulu...tanpa Fea atau Zura duga, persahabatan mereka diuji...kemunculan Arman sebagai kekasih Zura benar-benar membuat Fea tertekan dan dalam masa yang sama muncul Zhafir yang menjadikan kehidupan Fea bertambah rumit...apa yang telah Fea lakukan kepada lelaki-lelaki itu sehingga hidupnya jadi kucar-kacir? *kalau nak tau kena beli sendiri..kalau bagitau nanti tak best la kan hehehe*
` Aku suka HSC...cerita ni memang masuk dengan jiwa aku dan tak sia-sia lah aku jadi tak sabar-sabar nak dapatkan HSC sehingga sanggup ambil sendiri dari penulisnya (Hani Fazuha)...jalan cerita mudah difahami..takde part yang tunggang terbalik tetapi ada beberapa kesilapan ejaan *biasa la tu*...aku menyampah dengan Zhafir..macam bagus-bagus..rasa macam nak ketuk-ketuk je dia tu...aku kesian kat Ikmal , Arman dan Fea. *kenapa kesian? baca sendiri hehehe*...dalam masa yang sama, aku 'tabik spring' kat Fea sebab dia memang betul-betul pentingkan persahabatan walaupun dalam masa yang sama dia nak pertahankan kesetiaan dia...ada juga part 'air-mata'...walaupun air mata yang keluar tu takde la 'banjir' tapi aku tetap menangis membacanya...puas juga aku tahan supaya air mata tak mengalir tapi tak bole..aku 'meletakkan' diri aku dalam 'diri Fea' jadi aku sedih dengan apa yang berlaku..*kat mana yang aku menangis tu? cari sendiri hehehe tapi kalau korang ratu air mata sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata ye..aku tak sediakan apa-apa jadi aku biarkan je air mata mengalir*..
` Moral of the story...
(1) Jangan pandang rendah pada seseorang...tak semestinya kita lebih senang dari dia, maka kita boleh hina atau pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik macam kita...
(2) Berani menyuarakan atau mempertahankan hak kita terutamanya kalau kita berada di pihak yang benar
(3) Kalau kita suka atau sayang pada seseorang, jangan la berlagak atau egoi tinggi sangat...berterus-terang lebih mudah..takde sesiapa yang akan salah faham
(4) Siasat dulu tentang apa juga berita atau perkara yang kita dengar, jangan main 'terjah' tak tentu hala
(5) Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kemudian
(6) Belajar menerima hakikat sekiranya berlaku sesuatu kepada kita
(7) Berbincang dan bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berkekalan
` Tahniah kepada Hani Fazuha...saya suka novel ni..best...teruskan menulis...sorry kalau ada ayata-ayat di atas ni buat awak tersinggung atau terasa hati....
p/s: saya suka ending dia tu...puas hati...
sumber : dunia-novel (http://dunia-novel.blogspot.com/)
Jan 25, 2011
DN - Cabaran 50 Novel : (1) Rindu di Awan Biru - Meen Zulaikha

` Novel yang bertemakan keluarga dan poligami *opss orang perempuan sensitif pasal poligami ni hehhee tapi jangan risau RDAB memang best walaupun ada pasal poligami*
` Suka sangat...tersusun je jalan cerita...bermula di alam persekolahan, masuk ke alam pekerjaan seterusnya alam rumahtangga...dari awal lagi cerita ni dah mengundang airmata dan membuatkan aku geram...bila dah makin lama makin geram dan makin geram...tapi dalam geram tu ada juga yang buat aku tersenyum dan bahagia tapi sedang aku berbahagia aku kecewa... [kak meen, akak telah membuat saya kecewa dengan Akmal....saya benci Akmal...kesian kat Hanan....sampai hati Akmal buat macam tu kat Hanan *menangis*] tapi walaupun bersedih aku tetap terima sebab itu adalah hakikat....dan sesungguhnya aku suka dengan ending yang kak meen buat untuk RDAB
` Ops..lupa lak..aku cite sikit pasal RDAB ni...RDAB kisah Hanan..dia ni sejak kecil lagi dah mengharungi kepayahan hidup disebabkan ayah dia dan disebabkan ayah dia juga, dia jadi terluka dan FOBIA nak bercinta dan berkahwin...pada dia semua lelaki sama macam ayah dia kecuali adik lelaki dia, Adi..masa dia bekerja dia terjumpa Kapten Akmal secara tak sengaja...dua kali terjumpa secara tak sengaja dan mungkin juga itu jodoh mereka....tapi dengan tak disangka-sangka, jodoh mereka tak panjang...sekali lagi dia terluka dengan perbuatan lelaki...tapi kita merancang Allah yang menentukan, dia bertemu jodoh lagi sekali dengan Ridz...erm..agak-agak panjang tak jodoh Hanan dan Ridz kali ni? *beli n baca sendiri la hehehe*
` Moral of the story:
(1) Sentiasa ingat pada keluarga kita...
(2) Berterus-teranglah tentang sesuatu especially bila ia melibatkan keluarga dan insan yang kita sayang sebab kalau kita tak berterus-terang, andai kata perkara tu terbongkar, pastinya insan yang kita sayang tu akan terluka sangat-sangat..
(3) Fikir masak-masak sebelum mengambil satu-satu keputusan atau tindakan...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...
` Cuma ada sedikit persoalan:
(1) kenapa adik-adik Hanan panggil dia 'angah'? Dalam RDAB ni takde pulak diceritakan tentang anak sulung keluarga ni..takde pulak masuk watak abang/kakak kepada Hanan..sampai hujung cerita tak jumpa tapi dalam page 44 ada tulis ni [Tiba di giliran Hanan, wajah anak sulungnya itu dipandang lama........"Dah, semua pergi belajar, mak nak rehat sekejap di bilik. Angah, ajar apa yang patut," pesan Sabariah sebelum berlalu ke bilik]<-- sori ye kawan-kawan..tak perasan..kak meen bagitau dah katne penerangan mana anak sulung Sabariah...kat page 380...terlepas pandang sebab baca had laju 180 km/j hehehe
(2) napa kejap sangat kisah cinta Hanan dan Ridz :( *tapi suka la Hanan n Ridz*
` Tahniah Kak Meen Zulaikha...sorry ek kalau ada terkasar bahasa dalam ayat-ayat di atas ;)
p/s: lupa plak...suka sangat kat satu part yang Hanan pegi makan dengan Kak Alia tu....memang patut pun sound macam tu kat bebudak tu hehehe *nak tau apa kena baca ek..*

