
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
ISBN978-967-5822-01-8
Harga: RM 32.90 / RM 35.90
M/S: 1048
Cetakan 1 – 2011
Silap aku juga, kerana jatuh cinta
Insan sepertimu, seanggun bidadari
Seharusnya aku, cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
Untuk mengintaimu…
Blurb:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampong yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

