
ENTAH BILA BERSEMI
Penulis : Auni Amauni
Halaman : 454
Harga : RM20.00
Terbitan : Fajar Pakeer
Cetakan 1- 2011
Secara ringkas :
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nazifa yang memiliki kehidupan yang cukup sempurna baginya. Sebuah keluarga yang bahagia, sahabat yang setia dan buah hati yang sangat dicintainya. Tetapi segala-galanya berubah dengan kedatangan Faris. Lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa. Setiap apa yang dia mahu akan dia dapatkan. Termasuklah Nazifa. Dia tercabar dengan Nazifa yang seolah-olah tidak menyedari kewujudannya.
Rencana diatur dan Nazifa akan menjadi miliknya. Faris akan berbuat apa sahaja demi mendapatkan Nazifa walaupun melalui cara yang keji sekalipun. Seperti yang dirancang, Nazifa akhirnya jatuh ke tangan Faris. Faris bahagia walaupun Nazifa menderita. Kerana tidak mahu angkara busuk Faris akan mengaibkan keluarganya Nazifa terpaksa menuruti kemahuan Faris dengan berkahwin dengannya. Apabila Nazifa mengambil keputusan untuk mengahwini Faris, dia dibuang keluarga, sahabatnya marah akan tindakan Nazifa yang meninggalkan Saiful kekasih hatinya dahulu begitu sahaja dan Nazifa turut kehilangan Saiful. Lelaki yang sangat dia sayangi. Sekelip mata Nazifa kehilangan segala-galanya. Semuanya angkara Faris! Faris adalah penyebab Nazifa kehilangan segala-galanya dan kerana itu Nazifa sangat membenci Faris walaupun lelaki itu telah bergelar suaminya.