Showing posts with label Dyadila. Show all posts
Showing posts with label Dyadila. Show all posts

Dec 29, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (50) DOKTOR CINTA

DOKTOR CINTA
Penulis : Dyadila
Halaman : 833
Harga : RM 26.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 15 - 2012


Secara ringkas :

Hidup Mazliana Haji Nordin seorang gadis yang happy go lucky berdasarkan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana tapi disebabkan seorang lelaki yang bernama Tengku Iskandar Tengku Mazlan, 3P pula yang muncul dalam hidupnya iaitu pening, pelik dan porak-peranda! Semuanya gara-gara lelaki itu mengupahnya untuk menjadi tuning olok-oloknya di hadapan Tengku Mariam. Perancangan itu dilakukan bagi mengelak dirinya dari dijodohkan dengan Natasha a.k.a minah lintah.

Masalah bertambah rumit bila Tengku Mariam betul-betul jatuh sayang dengan Mazliana dan mahu mereka bertunang. Mazliana terpaksa bertunang dengan Tengku Iskandar disebabkan surat perjanjian yang telah ditandatangan olehnya jika dia melanggar dia terpaksa membayar tiga kali ganda upah yang Tengku Iskandar bayar kepadanya.

Gelaran sebagai tunang Tengku Iskandar bukanlah sesuatu yang mudah. Tengku Iskandar selalu menyusahkan hidupnya, tapi dirinya sendiri pun tak kurang juga selalu menyusahkan hidup Tengku Iskandar jugak ada saja yang hendak digaduhkan. Mujur ada Zikri sebagai orang tengah antara mereka. Dalam pada masa yang sama, Zikri menaruh hati pada Mazliana tapi tak berani meluahkannya kerana dia tahu Tengku Iskandar pun sukakan Mazliana sebenarnya.

Julia Hana, kekasih lama Tengku Iskandar muncul semula menagih kasih lelaki itu. Mazliana dianggap saingan dalam memenangi hati Tengku Iskandar, menyebabkan dia merangka sesuatu yang jahat untuk menjatuhkan Mazliana. Akhirnya Julia berjaya juga menjatuhkan Mazliana sehingga satu tahap Mazliana seolah-olah terbuang dari orang yang sayangkannya selama nie, ibubapanya meninggal dunia dan dia membawa diri ke luar negara. Ketika Mazliana sedih muncul Doktor Cinta yang sering menghantar kad-kad comel beserta kata-kata cinta untuknya. Hati Mazliana terpaut pada Doktor Cinta tanpa mengetahui siapa gerangan lelaki misteri itu.

Tengku Iskandar yang dapat menghidu kerja jahat Julia mula sedar permata yang dia cari selama ini adalah Mazliana… tapi hati Mazliana dah berubah! Dia tak akan terpedaya lagi dengan Tengku Iskandar. Hadi Ridzwan yang selama nie meminati Mazliana menawar diri menjadi pelindung Mazliana dan dia menerima lelaki itu. Tengku Iskandar kecewa dengan berita perkahwinan Mazliana.

Tapi! Ada yang tak senang dengan kebahagiaan Mazliana. Siapa lagi kalau bukan Julia. Pada hari perkahwinan Mazliana dia telah merancang sesuatu untuk MELENYAPKAN terus Mazliana. Berjayakah Julia melaksana niat terkutuknya itu? Tiada ruangkah untuk Mazliana bergembira seperti dulu lagi? Dan siap doktor cinta tu sebenarnya?


Komen saya :

Memang super awesome novel nie! bukan saya sorang ja yang cakap macam nie ya. Rata-rata orang yang review novel nie pun akan cakap benda yang sama sebabnya satu ja… novel nie memang best. Memang berbaloi bayar harga RM 26 untuk novel nie. =)

Cerita dia memang sempoi habis… dari muka surat pertama kita baca pun dah boleh buat kita tersenyum sebab penuh dengan ayat-ayat sarkastik yang gila-gila sampailah ke muka surat terakhir cerita nie, lawaknya tetap ada… tapi ada juga bahagian sedih. Masa ayah dengan Mazliana meninggal… Fuh! Mengalir jugaklah air mata nie dibuatnya. Sedih ja rasa, macam kita ada dekat sebelah Mazliana tu. Nampak? Kat sini ja kita boleh tengok penulis pandai main dengan emosi pembaca.

Watak dalam novel nie pun bagi saya diolah dengan menarik walaupun Cuma watak sampingan. Dan yang paling saya suka penulis buat ending untuk setiap watak! Saya kurang berminat sikit kalau novel tu ending dia macam tergantung. Tapi dalam Doktor Cinta nie boleh dikatakan setiap watak ada penamatnya dan penamatnya semua best-best.

Part yang tak boleh saya lupa masa Mazliana cakap dengan Kamal (Si Skema)…

"Awak suka makan apa?"

"Nasi," jawab Mazliana sepatah

"Baguslah saya pun sama."

"Emmm... awak pandai baca Al-Quran?" Mazliana menjeling. Soalan jenis apa tu? Skim akhirat kut.

"Bolehlah setakat untuk diri sendiri." Hesy... mamat ni tak tahu ke aku ni bekas Qariah sekolah. Lagi mau tanya!!!

"Awak kerja apa?"

"Tak kerjalah, duduk rumah. Makan tidur lepas tu makan lagi sekali-sekala pergi tandas."

"Saya suka dengar lagu nasyid, mesti awak pun suka, kan?" Si skema bertanya lagi membuatkan dia mencebik. Matanya dapat menangkap aksi mak dan ayahnya yang membisik antara satu sama lain.

"Emmm... taklah. Saya suka lagu rock Metalica, Wings, Jinbara. Lepas tu, lagu Mulan. Akulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi... ah ah." Tiba-tiba Mazliana berlagu kuat siap dengan gaya. Kamal tersedak. Tersembur sedikit air dari mulutnya.


Adoi, memang gelak tak ingat dunia masa baca part tu sebab saya terbayang Maz menari macam Mulan Jameela tu siap bunyi “Ah… ah…” Memang Doktor Cinta ‘ubat’ stress yang sangat sesuai. Berani jamin lepas baca mesti stress tu hilang. Dari 5 saya bagi 4.5! Pastikan masa baca cerita nie duduk sorang-sorang. Bukan apa takut kena label otak mereng sebab tiba-tiba ja gelak sorang-sorang. Hehe.

p/s : e-novel dekat blog penulis (teratakdyadila) pun semua best-best. Paling saya suka Gila Kau, penulis cakap GK tu pun nanti dah nak di publishkan… kita tunggu…


XX Quotes : Memang highly recommended bagi siapa-siapa yang tak baca lagi. =)

Jul 12, 2011

SS: Cabaran 50 Buku : (1) Doktor Cinta


Tajuk buku : DOKTOR CINTA
Penulis : DYADILA
Penerbit : KAKI NOVEL ENTERPRISE
Harga : RM26
Halaman : 823

Jalan Cerita :

Kerana aku doktor cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…

Di dalam novel ini pembaca akan dipertemukan dengan watak-watak utamanya iaitu Mazliana Haji Nordin, anak bongsu dari tiga adik beradik dan Tengku Iskandar a.k.a bos besar, seorang anak tunggal. Selain itu, ada watak Syamin (rakan baik Maz yang bekerja di syarikat Tengku Iskandar) dan juga Zikri Alif a.k.a bos (rakan baik merangkap adik beradik angkat Tengku Iskandar).

Maz diupah oleh Tengku Iskandar untuk menjadi calon isterinya. Idea ini diusulkan oleh Zikri setelah mereka beberapa kali terserempak dengan Maz dalam beberapa insiden apabila Maz menyamar menjadi seorang doktor dan makcik. Penyamaran Maz sebagai calon isteri bermula dengan pertemuan dengan ibubapa Tengku Iskandar. Pertemuan pertama itu berjaya memikat hati mereka untuk menghantar rombongan meminang dan seterusnya diikat dengan tali pertunangan. Dalam tempoh ini, mereka terpaksa berlakon seperti seorang pasangan bahagia sehingga akhirnya membuahkan rasa cinta Maz pada Tengku Iskandar. Zikri juga menyintai Maz dalam diam.

Pergolakan bermula apabila kemunculan cinta pertama Tengku Iskandar iaitu Juliana Hana yang ingin merebut kembali cintanya. Pelbagai rancangan dilakukan oleh Juliana untuk memisahkan mereka sehinggalah penyamaran terbongkar dan menyebabkan ahli keluarga Maz hilang kepercayaan kepadanya. Ibu bapa Maz meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa hari selepas itu.

Maz pergi membawa diri dan berjumpa dengan Hadi. Dalam masa yang sama, Maz sering dititipkan dengan kata-kata semangat pada kad dari Doktor Cinta.

Siapakah gerangan Doktor Cinta? Tengku Iskandar @ Zikri @ Hadi?

Ulasan :

Dalam novel ini, saya suka watak Maz yang gila-gila, suka menyakat dan manja dengan keluarganya. Saya juga ada rasa sedih sedih bila sampai bahagian dugaan yang menimpa-nimpa berlaku pada Maz ketika dibuang keluarga sehinggalah kehilangan ibu bapa.

Novel ini menggambar hubungan kekeluargaan yang baik dan hubungan kawan-kawan yang sangat akrab. Timbul rasa syukur, saya juga ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sangat best. I love you ALL!

Petikan ayat yang saya suka:

“Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.”

Saranan:

Pada yang berminat membaca novel yang panjang, novel ini antara pilihan yang ada.

---
Syena Sharuddin

Aimie: Cabaran 50 Buku: (53) Doktor Cinta

Penulis: Dyadilla
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN978-967-5067-67-9
Harga: RM26.00 / RM29.00
M/S: 833
Cetakan 3 – April 2011

Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…


Blurb:

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepad 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda….

Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana: Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii… tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?


Sudut pandang Kak Chik:

Ramai kenalan yang mencadangkan Doktor Cinta kepada Kak Chik apabila Kak Chik bertanya novel apa yang menarik untuk dibaca. Namun selepas hampir tiga bulan Doktor Cinta dalam simpanan, baru Kak Chik ada kesempatan untuk membacanya. Mungkin pada sesetengah orang karya ini mempunyai magikanya sendiri tetapi maaf, pada Kak Chik yang terlalu tipikal didedahkan dengan kisah cinta yang serius, jadi kisah romantic komedi bukanlah satu genre yang mampu mengikat kemahuan Kak Chik. Kak Chik kadangkala sedikit terleka dari landasan ketika membaca karya ini kerana penggunaan perkataan yang terlalu sempoi untuk menggambarkan kisah komedi itu sendiri yang kadangkala sukar otak Kak Chik untuk mencernanya.

Namun begitu pada Kak Chik, penulis telah menulis dengan plot yang menarik dari satu kisah kepada kisah yang seterusnya sehingga kita tidak terduga begitu kisah yang bakal terjadi. Selain itu, cara penulis menggarap watak Mazliana juga cukup teliti walaupun kadangkala Kak Chik rasa sakit hati dengan keselambaan Mazliana dalam menghadapi sesuatu kejadiaan dalam hidupnya. Kadangkala watak Mazliana itu sendiri bagaikan terlalu ‘suci’ dengan watak luaran yang kasar sehingga menipu mereka yang tidak melihatnya dengan mata hati. Selain itu jalan yang dipilih Mazliana selepas kejadian aib juga digarap penulis sebagai sesuatu yang memberi ruang kepada mereka yang terlibat untuk melihat kebaikannya .

Watak Tengku Iskandar adalah watak tipikal yang selalu dijelmakan dalam novel-novel cinta. Kaya, kacak, berkerjaya dan menjadi buruan wanita-wanita cantik. Namun begitu diabukanlah watak hero yang sentiasa gagah pada mata Kak Chik kerana penulis tidak mengkisahkan kenapa Tengku Iskandar dengan senang lenang menerima semula kekasih hati yang bertahun meninggalkannya? Bagi Kak Chik Tengku Iskandar bagaikan terkepung dengan ego sendiri apabila dia memilih Julia Hana dan menidakkan kehadiran Mazliana. Namun begitu, Tengku Iskandar telah berubah kepada lelaki matang selepas kehilangan Mazliana dengan tindakan-tindakan yang boleh diterima akal.

Selain itu, watak-watak sampingan juga tidak kurang hebatnya. Antara yang menarik minat Kak Chik adalah Hadi Ridzwan kerana dia bagaikan mempunyai aura untuk dijelajahi. Watak Syamin juga memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan perjalanan karya ini.

Kak Chik mula jatuh hati untuk mengetahui penghabisan kisah ini setelah ¾ mukasurat dibaca kerana kisah selepas itu lebih serius dan sudah kurang unsur komedi dan penggunaan bahasa yang lebih teratur.

Tahniah kepada penulis untuk karya ini, moga karya yang akan datang lebih mantap.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

Jul 1, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (25) Doktor Cinta

Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Penerbit: Kaki Novel
Terbitan/Cetakan ke Tiga April 2011

Doktor Cinta hasil coretan Dyadila mengisahkan kehidupan seorang gadis yang bernama Mazliana Haji Nordin. Gadis yang agak comel yang mempunyai perwatakan yang sempoi dan selamba. Dia juga mempunyai aura periang dan sentiasa rajin bersuara untuk menegakkan kebenaran atau untuk menyakat orang yang rapat dengannya. Kelebihannya bersuara dalam semua hal membuatkan orang-orang disekelilingnya sentiasa mempercayai apa sahaja yang dilakukannya.

Pertemuaan pertama Mazliana Haji Nordin dengan Iskandan dan Zikri bermula ketika Iskandar cedera di kaki semasa bermain bola sepak dan Zikri telah membawa Iskandar ke klinik kepunyaan kakak Mazliana. Ketika itu, hanya tinggal Mazliana di klinik tersebut dan Mazliana terpaksa berpura-pura menjadi doktor. Tetapi, Zikri berasa cukup pelik kerana, seorang doktor hanya mengurut kaki pesakit yang cedera, tidak pula doktor tersebut memberi ubat kepada Iskandar.

Mazliana juga mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Syamim atau panggilan manjanya Mimi. Mimi bekerja di syarikat milik keluarga Iskandar. Pada suatu hari, Mazliana muncul di pejabat Mimi untuk menyakat sahabatnya itu. Mazliana datang dengan membawa watak lakonannya sebagai ibu kepada Mimi. Disebabkan oleh lakonan Mazliana untuk menggenakan Mimi itu, Iskandar mendapat idea untuk menggunakan khidmat lakonan Mazliana untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

Mar 14, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (21) Doktor Cinta


Doktor Cinta
Penulis: dyadila
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
823 mukasurat
9789675067679




"Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata"


Mazliana Haji Nordin memang ada aura periang dan sentiasa ada saja idea utk bersuara. Dia ada kebolehan utk membuat org percaya. Kelebihan ni membuat aku teringat pada heroin cerita 'My Girl'. :)


Bagi yg suka baca buku tebal-tebal, memang elok lah baca buku ni. Kejadian-kejadian yg diceritakan dalam novel ini membuat kita turut sama tersenyum-senyum dan ketawa lepas.


Pertemuan pertama Iskandar (dan zikri) dengan Mazliana adalah ketika Iskandar cedera semasa bermain bola sepak. Zikri bawa Iskandar ke sebuah klinik dan bertemulah mereka dengan seorg doktor yang pelik. Masa tu Mazliana tengah mencuba pakaian kakaknya yg merupakan doktor kat situ, sekali ada pesakit datang, jadi dia 'rawatlah' mana yang patut. haha. Mau tak pelik, pegi klinik tapi kena urut.


Kehadiran Mazliana ke Pejabat mereka untuk mengenakan sahabat baiknya Syamin membuatkan Iskandar bersetuju utk menggajikan Mazliana sbg kekasih olok-olok supaya dia tidak dipaksa berkahwin dgn Natasha yang merimaskan.


Masalah timbul apabila mak bapak Iskandar berkenan sangat2 dengan Mazliana dan berhajat menjadikannya menantu. Iskandar meminta Mazliana utk meneruskan lakonannya dan upah yang menantinya sangat lumayan. Mazliana ni guna duit tu utk bantu adik angkatnya berniaga. Dia ni jenis main2 tapi baik hati.


Jadi bertunanglah mereka. Iskandar masih menemui kekasih lamanya Julia Hana. Dia tak berani nak berterus terang dengan ibunya sbb Julia Hana ni pernah meninggalkan dia utk lelaki lain dan kejadian itu membuat ibu Iskandar membenci Julia Hana.


Ibu dan bapa Iskandar memang sudah jatuh hati dgn tunangan Iskandar malah Zikri turut terpikat dgn keletah Mazliana walaupun dia tahu Mazliana dibayar utk berlakon sbg tunangan Iskandar. Bukan mudah untuk Julia Hana menjatuhkan Mazliana tetapi akhirnya dia berjaya dan kejadian itu melontar Mazliana ke lembah yang paling duka tetapi bagi gadis yg sekuat Mazliana, dia mencari ruang untuk bangkit.


Iskandar lebih cintakan kecantikan di mata berbanding keindahan hati. Tapi agak tersentuh juga dengan pengakuannya yg dia cuba kurangkan perhatian kepada Mazliana kerana dia percaya Zikri turut berminat dengan Mazliana. Lembaran hari yang berlalu menjadikan Iskandar lebih dewasa dan matang. Tapi cukup ke utk menawan hati Mazliana Haji Nordin yg sudah terluka? Tak sangka Zikri pun dapat ending yg manis. :)


sure fine whatever
alongside








sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Mazliana Haji Nordin gadis yg hidup dgn 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yg sentiasa diamalkan dlm hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dala lakonan sbg tunang kpd mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...


Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?


Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?


Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik.


Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa.


Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta.


Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?