Showing posts with label Ana Farhana. Show all posts
Showing posts with label Ana Farhana. Show all posts

Apr 2, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (15) 3 Campur 1 = Satu

3 Campur 1 = Satu
Penulis: Ana Farhana
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan 2010

3 campur 1 = satu mengisahkan keakraban adik-beradik dan juga kisah cinta. 3 orang abang yang mempunyai seorang adik perempuan. Along, Angah dan Achik. Adik perempuan mereka bernama Khairina. Ketiga-tiga mereka sangat menyayangi Khairina dan ingin melihat Khairina sentisa berada dalam keadaan baik. Mereka berempat berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dan menyewa rumah bersama-sama di satu taman perumahan di tengah-tengah bandaraya besar itu. Manakala, ibubapa mereka berada di kampung halaman. Perhubungan keempat-empat adik beradik ini sangat rapat walaupun selalu bertekak apabila bercanggah pendapat dalam satu-satu hal.

Along, Angah dan Achik memang berusaha keras untuk mengumpul duit, siang, mereka bekerja di pejabat, malam, mereka bertiga berniaga burger di kawasan perumahan tempat tinggal mereka. Mereka juga mempunyai sahabat baik yang bernama Hakimi. Hakimi mempunyai masalah iaitu, di suruh mendirikan rumahtangga oleh ibunya. Hal perkahwinan itu telah menjadi satu masalah besar oleh Hakimi dan selalu meluahkan perasaan pada Along, Angah dan Achik. Akhirnya Along memberi buah fikiran dan ideal supaya Hakimi memikat hati adik perempuan mereka, Khairina.

Sebenarnya, Khairina ini mempunyai sifat ego yang tinggi, sedikit berlagak dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Khairina lebih suka buat hal sendiri dan tidak suka orang lain mencampuri urusan peribadinya. Banyak berlaku perkara-perkara lucu apabila Along, Angah, Achik berusaha membuat perancangan supaya pertemuan tidak sengaja berlaku antara Khairina dan Hakimi. Sememang Hakimi telah mula jatuh cinta pandang pertama pada Khairina setelah melihat gambar Khairina dan berusaha dengan sedaya upaya untuk memikat hati Khairina. Hakimi menggunakan semua perancangan yang dirancang oleh Along, Angah dan Achik untuk mendapatkan sekeping hati milik Khairina.

Khairina juga mempunyai peristiwa hitam yang tidak boleh dilupakan dalam hidupnya, disebabkan hal itu lah Khairina menjadi dingin dengan semua lelaki. Tetapi, kerana kesungguhan yang di tunjukan oleh Hakimi, akhirnya Khairina bersedia untuk menerima Hakimi dalam hidupnya.

Segala perancangan pakatan yang dirancang oleh Along, Angah dan Achik akhirnya dapat dihidu oleh Khairina. Bermula dari segala pakatan telah terbongkar, berlaku bermacam-macam konflik antara tiga abang, Khairina dan Hakimi.

Penulis bijak mengolah jalan cerita yang sempoi dan serius. Pada awal-awal penceritaan, terdapat banyak elemen lucu, manakala pada pengakhiran jalan cerita, hilang segala elemen lucu dan muncul elemen yang membawa pembaca untuk mengeluarkan air mata yang menyentuh perasaan.

Mar 6, 2011

Arirada Cabaran 50 Buku [9] : 3 Campur 1 = Satu

Tajuk : 3 Campur 1 = Satu
Penulis : Ana Farhana
Penerbit : Jemari Seni Sdn. Bhd.
Muka surat : 436

Sinopsis belakang buku :

“Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat.” ~ Hakimi


I
ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair tahi telinga aku,” rungut Along.
“Oit! Kau orang ingat benda senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah membuntang.

II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.

III
Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.


* * *

ANA FARHANA menulis untuk grup ‘muda’ yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan ‘sempoi’. Sekiranya grup ‘tua’ tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah ‘terawet’ dengan jayanya.

* * *

Buku ini mengisahkan tentang 3 orang abang yang amat menyayangi satu-satunya adik perempuan mereka dan ingin melihat adik mereka bahagia. Mereka tinggal bersama di Kuala Lumpur, sementara ibu bapa mereka tinggal di kampung. Perhubungan mereka sangat rapat walaupun selalu saja bergaduh (gaduh-gaduh manja, hehe).

Tiga saudara lelaki ini, iaitu Along, Angah dan Acik mempunyai seorang kawan, namanya Hakimi. Suatu hari, Hakimi telah meluahkan masalahnya, tak lain dan tak bukan – disuruh kahwin oleh orang tuanya. Hal tersebut menjadi satu masalah bagi Hakimi kerana dia tiada teman wanita. Lalu, Along, Angah dan Acik telah muncul dengan idea cemerlang mereka, iaitu meng’kenen’kan Hakimi dengan adik mereka, Khairina.

Insiden-insiden lucu mula berlaku apabila tiga bersaudara tersebut berusaha mengatur pertemuan antara Khairina dan Hakimi. Hakimi yang sudah jatuh cinta pandang pertama pada gambar Khairina telah berusaha memikat hati Khairina berbekalkan maklumat daripada Along, Angah dan Acik, tanpa pengetahuan Khairina. Aduh, lucunya telatah mereka ni, sampai Hakimi yang baik tu pun kena jadi ‘kerek’ jugak demi nak memenangi hati Khairina. Dan, Khairina yang ‘membekukan’ hatinya daripada cinta kerana satu ‘peristiwa’ itu akhirnya cair juga oleh usaha Hakimi yang tak pernah kenal putus asa itu, namun tidak pernah diakui sendiri oleh Khairina secara terus terang.

Konflik berlaku apabila rahsia pakatan Along-Angah-Acik-Hakimi diketahui oleh Khairina. Bermula dari situ, elemen-elemen lucu semakin berkurangan dan cerita mula menjadi agak tegang sedikit, dan ada juga bahagian-bahagian yang menyentuh perasaan dan mampu buat air mata bergenang. Kesudahannya? Baca sendiri ya…hehehe…

* * * *

Wah, sebuah buku yang amat ‘asyik’ dibaca! Sebuah kisah yang biasa-biasa, namun menjadi luar biasa manis dan menarik kerana telah disampaikan dalam gaya yang santai dan disulami dialog-dialog yang lucu. Sepanjang membaca buku ini, saya asyik ketawa saja (ketawa betul2 ya, bukan sekadar tersenyum atau tersengih-sengih tau!), nasib baiklah saya membaca di rumah, bukannya dalam plane atau di sekolah, kalau tak mesti orang sekeliling pandang saya semacam, hehehe.

Ada dua perkara yang tak henti menjadi bayangan dalam minda saya semasa membaca buku ini; pertama, saya terbayangkan drama Dania, watak 2 orang abang Dania yang selalu mengusik dan mengutuk Dania, begitulah watak abang-abang Khairina muncul dalam imaginasi saya. Kedua, rancangan Senario dan Raja Lawak, kerana dialog-dialog dalam cerita ni kebanyakannya ala-ala lawak Senario dan Raja Lawak, tu yang buat saya terlepas ketawa terus sepanjang pembacaan, hehehe… Ya lah, maunya tak ketawa kalau bergaduh pun pakai balas-balas pantun segala, comel sangat!

Saya kagumi Ana Farhana yang bijak menyelitkan pengajaran dalam gaya penyampaiannya yang santai. Perhubungan antara Hakimi dan Khairina dibentuk dengan baik, tanpa adegan-adegan yang terlalu mesra dan dalam batas pergaulan yang terjaga. Saya juga sangat suka dengan tema keakraban adik-beradik yang diangkat oleh penulis dalam cerita ini, terutamanya Along yang amat prihatin dan bertanggungjawab. Cuma satu perkara yang saya kurang selesa tentang buku ini iaitu penggunaan bahasa perbualan yang kasar antara Khairina dan abang-abangnya, sesuatu yang tidak selari dengan budaya masyarakat Melayu yang mementingkan kehalusan budi bahasa.

Secara keseluruhannya, saya sangat sukakan cerita ini, dan akan terus tertunggu-tunggu karya seterusnya daripada penulis ini. Untuk peminat novel yang belum membaca buku ini, dan kepada pembaca yang mencari bahan bacaan yang menghiburkan, dapatkanlah karya Ana Farhana ini, pasti akan ada tawa yang tercetus dan senyum yang terukir nanti, percayalah!

sumber: Arirada

Feb 7, 2011

MiszA : Cabaran 50 Novel (2) : 3 Campur 1 = Satu



Title : 3 CAMPUR SATU = 1

Penulis : Ana Farhana

Muka Surat : 436

Dah lama hendak membaca buku ini, selalu juga menyelak laman web Jemari Seni mencari buku baru, akhirnya terjumpa juga buku nie, selalu gak jalan dan bertanya dengan pihak MPH mahupun Popular, mengenai buku ini, tapi selalu dapat jawapan, stok tidak sampai lagi, mungkin cik boleh hubungi MPH Online dan order online atau terus ke Jemari Seni sendiri...arrgghh MALAS! Kepuasan membeli tidak ada kalau membeli buku secara online (peerrggh ayat tak boleh blah, padahal memang selalu pun beli online)

Ok masa nak membeli buku ini ada gak sesi memujuk Hadi and Kiki, tapi hampeh! Mereka tak kan terpedaya~~ English novel yes you can..but malay novel? Hello~~

Ok-ok melalut sudah, actually cerita nie mudah and simple, elemen kekeluargaan di terapkan dalam novel ini. Masa memula membacanya aku ingatkan abang Khairina akan memaksa si Aidil berkahwin dengan adiknya secepat yang mungkin, tapi tidak, sangkaan aku meleset, rupanya ada banyak jalan yang harus aidil lakukan untuk memikat si anak gadis manis yang mempunyai bodyguard seramai 3 orang. Sigh! Along, angah dan acik memang abang yang paling tip-top!! Aku suka tengok peranan Along yang berusaha menjaga adik-adik di perantauan. Pesanan yang di titipkan oleh kedua ibu – bapa mereka, di semat dan di ingat sepanjang masa. Perangai angah yang agak blur aku rasa cam nak masuk and sepuk jer kepala dier..blur tak bleh blah! Tapi aku suka acik, mungkin karakter acik kena pada batang hidung sendiri walaupun aku bukan lah acik,.... :p perangai panas baran, and sukakan Hani ( mahu tapi malu ) :p memang kena .... sayang acik! Eceh...

Aidil? Mulanya aku ingatkan mamat nie GOPOH, POYO! Tapi tidak...ianya mungkin dorongan cinta pertama bila melihat gambar Khairina...ooh pandai eh simpan gambar anak dara orang~~ hubungan akrab antara aidil dan abang-abang khairina salah satu sebab mengapa mereka memilihnya.

Khairina? Mungkin kerana peristiwa silam membelungi dirinya dan membuatkan dirinya merasa tidak layak untuk mana-mana lelaki. Perempuan mana yang sanggup apabila ada peristiwa hitam yang menggangu hidupnya.

Adakah kerana simpati? Atau kasih sayang yang menjadi pendorong cinta aidil kepada khairina? Nak tahu sila beli eh..now dah cetakan kedua~~

Sumber : Miszagent