Showing posts with label PTS One. Show all posts
Showing posts with label PTS One. Show all posts

Dec 28, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (46) DIA ISTIMEWA

DIA ISTIMEWA
Penulis : Ainin Naufal
Halaman : 213
Harga : RM 15.00
Terbitan : PTS One
Cetakan 1 - 2007


Secara ringkas :

Namanya biasa saja, Jamilah tetapi tuan punya diri tu sangat istimewa. Walaupun dia naïf tetapi dia tak mudah diperbodoh-bodohkan. Dia juga punya rasa hati, punya perasaan. Walaupun dia tak sebijak abang dan kakaknya, Zahid dan Yana tetapi dia tau menghormati orang tua dan disebabkan kekurangannya yang tak pandai seperti abang dan kakaknya dia dipandang rendah oleh ayahnya tetapi dia tak pernah kecil hati dengan ayahnya.

Disebabkan dia serba kekurangan orang memandangnya hanya sebelah mata tetapi tidak ibunya, Mak Jah tetap yakin dengan Jamilah walaupun dia tau anaknya tu tak bijak seperti abang dan kakaknya tetapi Jamilah ada kelebihan yang lain. Dan ternyata naluri seorang ibu sentiasa benar.

Jamilah mempunyai kelebihan dalam bidang menjahit. Setelah gagal dalam peperiksaan SRP, Jamilah belajar menjahit dari Usu Yati. Duit baju yang dijahitnya disimpan dengan cermat. Suatu hati Pak Sahar, ayah Jamilah mengalami masalah. Duit yang baru dikeluarkan dari bank untuk diberi kepada Zahid hilang dan ketika itu Zahid dan Yana sangat memerlukan wang. Siapa sangka Jamilah yang naïf dan tidak pandai ini lah yang membantu ayah dan ibunya menyelesaikan masalah itu.

Pak Sahar mula insaf dengan sikapnya yang memilih kasih antara anak-anaknya. Dia sedar Jamilah mungkin kurang dari segi akademik tetapi dari segi sahsiah diri. Jamilah yang paling terpuji akhlaknya.


Komen saya :

Ainin Naufal banyak menghasilkan novel remaja yang ringkas tetapi menarik. begitu jugak dengan Dia Istimewa. Penulis cuba sedarkan kita bahawa setiap manusia di dunia nie tidak sama. Tuhan cipta masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Watak Jamilah yang naïf pasti mencuit hati kita. Tidak pernah marah walaupun sering dibuli dan diperlekehkan abang dan kakaknya. Paling terharu semasa Jamilah membaca keluar tabung buluhnya semata-mata nak tolong mak dan ayahnya yang baru kehilangan duit kerana tercicir buatkan kita sedar walaupun dia lurus bendul tapi hatinya sangat mulia. Sampaikan ayah Jamilah sendiri pun turut insaf.

Ada jugak adegan yang boleh buat kita tersenyum contohnya semasa Jamilah lari dari rumah dan bersembunyi dalam reban ayam semata-mata tidak mahu kahwin dengan Ipin. Bila Jamilah cakap ‘Alhamdulillah’ sedangkan dia gagal peperiksaan SRPnya boleh buat kita tersenyum sambil geleng kepala.

Pendek kata sangat sesuai untuk remaja diluar sana sebabnya naskah Dia Istimewa walaupun nipis tetapi memang banyak pengajarannya.


XX Quotes : Sangat disyorkan ibubapa belikan untuk anak-anak mereka. =)

XX : Cabaran 50 Buku : (45) DEAR YAYAH

DEAR YAYAH
Penulis : Farihah Iskandar
Halaman : 146
Harga : RM 14.00
Terbitan : PTS One
Cetakan 1 & 2 - 2006
Cetakan 3 - 2007
Cetakan 4 - 2008
Cetakan 5 & 6 - 2009


Secara ringkas :

Menceritakan tentang kisah seorang remaja yang bernama Jihan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang remaja dan ditemani kawan-kawannya dan juga diarinya. Yayah! Setiap kali dia mencatit sesuatu di dalam diari tu, pasti dia akan mulakan dengan ayat DEAR YAYAH.

Jihan bukannya tak pernah ada kawan lelaki tetapi sekadar untuk bermain dan bergila-gila sekali tu adalah. Sebab tu dengan Hazman, Jihan rasa lain… rasa yang melibatkan hati dan perasaan. Hazman pula rajin menulis surat buat Jihan dan posmen tak berbayarnya sudah pastilah Suria bestfriend Jihan.

Setiap kali Hazman menulis surat padanya pasti Jihan akan membalasnya kembali dan mencatitkan dalam diarinya, terasa hidupnya indah saja dengan kehadirannya Hazman. Agaknya sebab itu ramai rakan sekolahnya ada ‘boyfriend’ sebab diri sentiasa rasa bahagia. Tetapi… terjadi satu peritiswa yang membuatkan Jihan menjauhkan diri dari Hazman.

Itu kisah Jihan, Suria juga ada meminati seorang lelaki yang bernama Khairi. Malangnya Khairi tidak tahu Suria sukakannya… tetapi muncul pula IK yang sentiasa mengirimkan kad yang cute-cute untuk Suria!

Siapa IK? Kenapa Jihan tiba-tiba hendak menyepi diri dari Hazman? Sama-sama kita salami kisah hidup Jihan dan kawan-kawannya melalui DEAR YAYAH.


Komen saya :

Cerita cinta remaja yang sangat-sangat sweet! Sangat sesuai untuk gadis-gadis remaja diluar sana ya. Dan yang paling penting memang tak rugi kalau beli DEAR YAYAH! Sebab memang best… =)

Penulis cuba ketengahkan cerita cinta remaja zaman sekarang di alam persekolahan dengan cara yang comel dan sweet sangat. Saya suka baca kisah Jihan dengan Hazman cara mereka berhubung sangat old style guna surat! Tetapi tak payah guna setem sebab ada posmen tak berbayar tolong poskan. Comel kan? Cerita Suria pun menarik bagi saya. Diam-diam menyukai Khairi tetapi tak berani nak beritahu kepada tuan punya badan, hari-hari hanya berani tengok dari jauh saja. Cute sangat… hehe. Kemudian bila IK, lelaki misteri menghantar kad-kad cute untuk Suria buat saya kagum la jugak. Wa, budak sekolah pun pandai berkata-kata… senang cakap romantik! Hehe.

Seronok-seronok jugak nilai pengajaran tetap tidak dilupakan. Walaupun Jihan dan Hazman ‘berkawan’ tetapi mereka tak mengabaikan pelajaran masing-masing! Ini yang penulis cuba sampaikan. Berkasih boleh tetapi kena ada batasan dan jangan lalai.

Dear Yayah nie bersiri kalau nak tahu kisah Jihan dan Hazman kenalah beli siri yang lain. Jangan risau memang tak rugi beli buku cerita nie sebab memang menarik. Saya berani jamin. =)

XX Quotes : Rugi tak baca Dear Yayah… sangat-sangat menghiburkan. =)

Dec 19, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (37) AKU MAHU POPULAR

AKU MAHU POPULAR
Penulis : Ain Maisarah
Halaman : 222
Harga : RM 14.50
Terbitan : PTS One
Cetakan 1 - 2007
Cetakan 2 - 2007
Cetakan 3 - 2008

Secara ringkas :

Ina dan Farah sudah bosan menjadi pelajar biasa di sekolah mereka. Mereka ada atau tidak, tak membawa kesan langsung dekat sekolah tu. Farah dah bosan asyik makan di kerusi panjang tanpa meja berlatar belakangkan longkang besar! Tekaknya dah muak dah kembang. Tidak seperti The Wannababes, meja VVIP bermeja dan terletak strategik bawah kipas dah tersedia untuk mereka walaupun semua orang tahu mereka ke kantin bukan untuk makan almaklumlah jaga badan. Tapi apakan daya Ina dan Farah tak popular seperti The Wannababes mereka tiada pilihan.

Bagi mahu menduduki kelas 1 mereka perlu melakukan sesuatu dan akhirnya ‘Aku Mahu Popular!’ Tu misi baru Farah dan Ina. Bertungkus-lumus mereka merangka strategi bagi melonjakkan populariti mereka di sekolah. The Wannababes perlu diatasi. Tapi bagaimana?

Nov 29, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (32) 40 LUKISAN HATI

40 LUKISAN HATI
Penulis : Armie Zafran
Halaman : 168
Harga : RM 13.00
Terbitan : PTS One
Cetakan 1, 2 - 2006
Cetakan 3 - 2008

Secara ringkas :

Azam, Rozana, Syakila, Rizal. Mereka membawa seribu satu cerita yang tersendiri di sebalik kehidupan mereka di kampus. Azam digelar Badak, Rozana aka Tupai Tanah dan Syakila sebagai Comot berkawan rapat kemana sahaja pasti bertiga. Tetapi dalam diam Azam menaruh minat pada Syakila. Seorang gadis ayu yang pendiam dan bertudung labuh.

Tetapi kemunculan Rizal mengubah segala-galanya. Syakila tiba-tiba sahaja menghilangkan diri dari kampus. Hanya Rozana yang tahu Syakila berhenti belajar tetapi tiada siapa pun yang tahu penyebab Syakila tiba-tiba berhenti belajar termasuklah Rozana. Azam mula hilang arah tuju hidup sepertimana Syakila menghilangkan dirinya. Daripada badak yang ceria kepada kancil yang uzur perumpamaannya.

Rizal mula berkawan rapat dengan Rozana dan Azam tak senang dengan perkara ini. Rizal bukan lelaki yang baik! Itu kata Azam, tapi bagi Rozana sebaliknya. Semuanya kerana cinta. Hubungan Azam dan Rozana mula renggang.

Midhamuna atau Muna pula muncul! Wajahnya mirip sekali Syakila dan Azam mula ceria semula. Kemunculannya juga bukan saja mengacau bilaukan hubungan Rizal dan Rozana tapi membongkar satu rahsia yang tak pernah mereka semua tahu mengenai Syakila dan Rizal!

Syakila yang tiba-tiba muncul semula mengejutkan Rozana dan Azam. Lakon layar apa yang dimainkan Muna dan Syakila ni? Siapa pula bayi kecil yang bersama Syakila? Kenapa Rizal ditangkap polis? 40 lukisan hati yang penuh lukisan kehidupan cinta pelajar bakal menjawabnya.


Komen saya :

Sangat-sangat best kuasa empat! Novel cinta remaja yang paling saya suka. =) Tahniah Aimie Zafran 40 Lukisan Hati memang terbaik.

Setiap kali baca setiap kali tu jugak lah saya gelak. Ayat yang digunakan ringkas saja tak terlalu berbunga dan tak terlalu baku. Tapi boleh buatkan kita gelak dengan ayat sarkastiknya. Badak, Tupai Tanah dengan Comot memang uniklah. Tu belum saya sebut lagi pasal H.E.L.L.S… apa benda tu? Ha, kenalah baca dalam 40 Lukisan Hati nie. Memang tak pernah tau pasal gelaran H.E.L.L.S tu tapi yang pasti memang gempak. Unik gila bunyinya.

Kemudian jalan ceritanya memang penuh suspen! Penulis berjaya buat kita tertanya kenapa Syakila hilang, kemunculan Muna, siapa Rizal yang sebenarnya. Cerita nie bersangkut paut antara setiap watak. Jadi perlu dibagi perhatian setiap watak walaupun watak sampingan.

Walaupun terhibur tetapi penulis tak lupa selitkan nilai pengajaran untuk kita jugak. Macam mana Azam menegur Rozana supaya memakai tudung dan nilai persahabatan juga ditunjukkan.

Penamat cerita nie pulak sangat menarik bagi saya. Sesuai dengan tajuk cerita nie. 40 Lukisan Hati. Sangat-sangat sweet. =)

XX Quotes : Bagi saya naskah nie patut dimiliki! Sesuai bagi remaja-remaja diluar sana menghiburkan dan ada pengajaran di sebalik cerita yang disampaikan.

---
Xana

Oct 25, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (28) ZARA MISI MUSTAHIL?

Penulis : Kusyi Hirdan
Halaman : 281
Harga : RM 16
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2010

Secara ringkas :

Zara yang dulunya seorang gadis yang penuh masalah sudah berubah. Termasuklah penampilannya. Dari gaya yang ala-ala samseng kepada bertudung! Setelah tamat SPM, tak seperti rakan-rakannya yang lain yang pergi ke luar negara bagi mengambil ‘short courses’. Zara memilih untuk tinggal di Kolej Elita. Katanya dia diperlukan di situ.

Dalam Zara membantu Kolej Elita rupa-rupanya Zara ada misi lain. Misi untuk menjodohkan Izaz Noraini dengan Ali. Dia terpaksa bersetongkol dengan Mak Cik Rohana bagi menjayakan misi ini. Tapi tak semudah yang dibayangkannya.

Ali pemalu, Izaz pendiam… macam mana kalau dua-dua orang diam tak berkata? Ibu Izaz berkenankan Ustaz Peter menjadi menantunya. Kemudian Normawar pula mahukan Izaz menjadi ibu tirinya. Wah, banyak betul pesaing Zara! Tapi Zara kan bekas taiko mana mungkin kenal erti putus asa. Mungkinkah Zara berjaya menjalankan misinya ini? Misi menjodohkan Izaz Noraini dengan Ali.


Komen saya :

Oct 22, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (27) Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua?


MENGAPA AKU RELA JADI PENGETUA?
Penulis : Kusyi Hirdan
Halaman : 355
Harga : RM 17.90
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2010


Secara ringkas :

Kesinambungan Mengapa Aku Jadi Pengetua? dan Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua? Izaz Noraini masih di Kolej Elita. Dan tugasnya kian mencabar dari sehari ke sehari. Tetapi semua itu tidak mengahalangnya dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.

Pelbagai masalah seperti isu disiplin pelajar, khabar angin, sabotaj mahupun ugutan semakin berleluasa di Kolej Elita. Izaz kadang-kadang mati akal untuk menguruskan semua ini tetapi mujur ada Ali yang sentiasa memantau dan membantu Izaz ketika Izaz memerlukannya. Bagi Izaz, Ali adalah penyelamatnya tetapi apa yang Izaz tak tahu adalah rahsia hati Ali kepadanya.

Dalam menyelesaikan masalah-masalah nie, Izaz tidak pernah mengabaikan kebajikan murid-murid dan pekerja-pekerjanya. Kerana itu, Koleh Elita ada kolej swasta yang berbeza dari kolej swasta yang lain. Kolej Elita umpama satu keluarga besar.

XX : Cabaran 50 Buku : (24) Yong Tau Foo

YONG TAU FOO
Penulis : Faizal Dzasrik
Halaman : 396
Harga : RM 21.90
Terbitan : PTS ONE
Cetakan 1 - 2007


Secara ringkas :

Disebabkan angkara jahat orang yang dianggapnya sebagai sahabat, hidup Adibah telah musnah. Dia diperangkap sehari sebelum hari peperiksaan pentingnya. Natijahnya, dia gagal dalam matapelajaran bahasa inggerisnya. Perkatan ‘GAGAL’ yang tertulis di sijil keputusan peperiksaannya membuatkan dirinya seringkali gagal dalam temuduga untuk mendapatkan kerja dan dia terpaksa menjadi penganggur walaupun hakikatnya Adibah seorang yang bijak.

Adibah atau Yong hanya membuat kuih dan dijual digerai-gerai berhampiran bagi mendapatkan duitnya. Sedih bukan? Tetapi mujur ada abang Salleh sebagai pengubat hati. Dialah racun dialah madu bagi Adibah. Tapi malangnya hubungan yang dijalin sejak mereka sekolah lagi mendapat tentangan dari ibu Salleh. Mereka terpaksa berpisah.

Adibah cuba bangkit dari jatuh. Mujurlah ada Taufik dan emaknya dibelakang yang sentiasa membantunya. Mereka satu keluarga sangat suka memakan Yong Tau Foo… siapa sangka bermula dari suka akhirnya menjadi punca pendapatan mereka! Tapi perjalanan sebagai usahawan muda yang berjaya tak semudah yang disangka Adibah. Ada saja orang yang berdengki.

Oct 17, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (33) Suria vs Kaca Mata

Judul: Suria Vs Kaca Mata
Pengarang: Farihah Iskandar
Penerbit: PTS ONE Sdn Bhd
Muka surat: 229 halaman
ISBN: 078-967-5406-90-4
Harga: RM 13.50 (Sem. M’sia) / RM 15.50 (S&S)

Kata kulit buku:

Cik nerd! Cik nerd!
Suria mengalami masalah rabun jauh yang semakin serius. Banyak kemalangan kecil yang suria alami akibat masalah rabun. Jihan selalu mengusik dia ‘Cik nerd’ apabila membayangkan Suria berkaca mata. Ini menambahkan lagi ketidakinginannya pakai kaca mata.
Power mata kiri: 200
Power mata kanan: 275
Tidak cukup dengan itu, suria juga mengalami masalah silau! Oh! Tidak!

Kata KK:

Karya Farihah Iskandar buat saya senang dan tidak teragak-agak untuk mendapatkannya.

Suria kawan Jihan. Suria tinggal di asrama. Suria ada masalah. Masalah baginya adalah sesuatu yang cacat bagi dirinya iaitu masalah rabun. Kerana rabun, Suria juga mengalami kemalangan. Atas pertolongan kawan-kawannya, Suria menerima keadaan dirinya dan harus memakai cermin mata.

Feb 2, 2011

MA : Cabaran 50 Novel (1) : Sayalah Puteri Raja

Hari Isnin malam, ketika suami bekerja syift dan saya menyambar peluang yang ada untuk membaca sebuah novel. Bukanlah tiada masa ketika suami ada di rumah untuk membaca. Soalnya, saya akan rasa bersalah apabila membaca atau menulis ketika suami ada. Jadinya, membaca hanya ketika suami bekerja syift malam dan di dalam tren. Buku ini saya beli ketika Book Sale BNM di MPH. Borong sakanlah sambil suami menjeling-jeling!

Satu malam sahaja, saya berjaya menghabiskan membaca ‘Sayalah Puteri Raja!’

Hahahaha. Saya memang tergelak ketika membaca novel dari penulis Aizam Aiman ini. Hari ini terus saya ‘add’ beliau di laman FB nya.

Sambil mata melihat televisyen, mengunyah kek coklat yang yummy! Novel ini berjaya dilunasi dan cabaran membaca 50 buah buku sedang saya kejari. *Insya-Allah. Sejujurnya saya merasakan tidak mampu kerana kegiatan menulis juga sedang berjalan seiringan sekarang ini. Namun perlu diingat, jika mahu menulis maka hendaklah membaca, membaca dan membaca.
Ceritanya lebih kurang begini :

Kisah ini bermula di negara kecil yang terletak antara Malaysia dan Brunei. Armani nama diberi.
Watak utamanya adalah Zara Bin Muhammad, memang berangan menjadi puteri raja. Kemudian dia amat memusuhi jirannya, Munir Bin Musa. Plot berkembang dengan sungguh menghiburkan hati dan gelak ketawa. Zara juga seorang yang adakala sombong dan adakala membikin saya ketawa!

Ajaibnya, Mak Da (pembantu rumah) dan mamanya juga turut sama melayan angan-angan Zara menjadi nyata. * Isk, kalaulah saya juga dipanggil Puteri Mardihah, alangkah bagusnya. Berbeta dan berpatik-patik di rumah. Mahu saya meloncat keliling dunia. Haaa..perasan-perasan!

Okey, dijadikan cerita jiran baru Zara berpindah berhampiran rumah mereka. Secara kebetulan nama jiran baru mereka adalah Adam bin Muhammad. Berkongsi tarikh lahir yang sama dan bersekolah dan sekelas dengannya. Rupa-rupanya, mama dan papa Adam mahu Zara dan Adam berkawan rapat. Semestinya ada rahsia di sebalik semua ini. Adam menjadi pesaing dalam pelajaran Zara di dalam kelas. Semestinya membuatkan Zara amat cemburukan Adam.

Ada rahsia yang tersimpan di antara mama Zara dan papa Adam. Dipendekkan cerita, mereka sebenarnya adalah adik beradik kembar yang terpisah semenjak 15 tahun dahulu. Melalui perdana menteri Negara Armani, Adam memaklumkan kepada Zara bahawa Zara adalah kakak kandungnya!

Wah, sudah semestinya Zara akan menjadi puteri raja! Namun mereka harus merahsiakan pengetahuan pertama mereka mengenai status adik beradik dari mama dan papa mereka.
Mereka menyamar menjadi sepasang kekasih dan membuatkan mama dan papanya sampai pitam kerana mereka menjadi ‘kekasih’ walhal sebenarnya mereka adalah adik beradik.

Pengakhir cerita, pastinya mereka disahkan status oleh mama dan papa mereka. Rahsia akhirnya dibongkarkan kepada mereka dan Zara menjadi puteri raja seperti angan-angannya. Munir bin Isa yang menjadi musuh Zara pula rupa-rupanya adalah 'bodyguard' Adam dan pemerhati Adam. Pstt : macam ada bau-bau cinta antara Zara dan Munir!

Zara? Lantas dibawa ke Istana Mawarni. Jeng jeng jeng. Jangan ingat mudah menjadi puteri raja ya!
* saya tidak sabar membaca sambungan, 'Sayalah Putera Mahkota!'

sumber : Mardihah Adam