Cinta Dua JiwaPenulis : Rania Firdaus
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 18 Februari 2009
Kepekaan saya:
Cinta Dua Jiwa hasil garapan indah dari Rania Firdaus ini mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang bernama Aisya Humayra sejak bergelar pelajar di universiti sehinggalah bergelar ibu kepada sepasang anak kembar.
Pada awalnya, banyak menceritakan kehidupan Aisya Humayra atau lebih dikenali sebagai Ira di dalam kampus Uitm Shah Alam. Ira mempunyai sahabat baik bernama Dania Batrisha. Juga mempunyai seorang abang kandung bernama Adli Hisham. Aisya Humayra berasal dari sebuah perkampungan di negeri Terengganu.
Humayra mempunyai hobi bersembang di laman sosial iaitu ‘Yahoo Messeger’ dan ‘Friendster’. Humayra mempunyai ramai kenalan di alam siber. Hanya sebagai kawan di alam siber dan tidak pernah bersua muka. Salah seorang rakan sibernya yang sangat rapat adalah yang menggunakan nama ‘Archyhis’. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa di alam realiti, Humayra telah banyak berkongsi cerita tentang dirinya dan suka duka perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar kepada ‘Archyhis’.