Tajuk Buku : Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah
Penulis : Zurida Halid
Terbitan : Goal Intelligent Publishing Sdn. Bhd
Muka Surat : 59
Ulasan Buku
Buku ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ ini mengandungi 99 nama-nama Allah atau lebih dikenali dengan nama ‘asma-ul husna’ beserta kelebihan-kelebihan bagi setiap nama Allah tersebut. Nama-nama Allah ini banyak kelebihannya bagi siapa sahaja yang mengamalkannya. Selain 99 nama Allah, penulis ini juga menyediakan doa-doa lain yang boleh diamalkan oleh pembaca untuk merawati penyakit dan ketenangan diri. Buku ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ dapat menambahkan ilmu dan amalan harian bagi pembaca.
Buku terbitan Goal Intelligent Publishing Sdn Bhd ini sangat berguna dan mudah dibaca di mana sahaja memandangkan saiznya yang sederhana dan nipis. Selain itu, susunannya sangat tersusun, serta pembahagian setiap nama-nama Allah itu memudahkan pembaca untuk membaca. Nama-Nama Allah yang dipaparkan dalam ‘Merawati Diri Dengan 99 Nama Allah’ di tulis dalam tulisan arab dan rumi beserta maksudnya bagi memudahkan pembaca untuk memahaminya dan diikuti dengan kelebihan nama-nama Allah tersebut.