Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts

Jun 10, 2010

Read Malaysia 2010

Malaysia International Exhibition & Convention Centre
4 - 13 June 2010
11am - 10pm
MIECC, Mines Resort City


for more details, visit here

May 26, 2010

Popular Sale

May 11, 2010

Bengkel Penulisan Skrip Drama 30 Mei 2010

Salam semua,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel penulisan skrip drama pada 30 Mei bersama Maizurah Mohd Ederis (penulis skrip drama Nur Kasih), sila baca di bawah :

Tentatif Bengkel Penulisan Skrip Drama 30 Mei 2010

Pembimbing : Maizurah Mohd Ederis (salah seorang penulis skrip drama popular Nur Kasih)
Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)
Tempat : Bilik Merak, IYC Cheras (peta ke IYC - sila klik sini)
Masa : 9 pg - 4 ptg
Yuran : RM 150.00 (daftar dan terus bayar sekarang!)
(Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum bengkel)

Bagi mereka yang berminat, sila emel nama penuh, kontek nombor, alamat rumah di ejenmanuskrip@yahooo.com

(a) Sijil disediakan.
(b) Makan minum pagi dan tengahari disediakan.
(c) Kemudahan surau.
(d) Perserta hanya 20 orang sahaja.

Tentatif Bengkel :
9 pg - 10.30 pg
Dokumentasi Yang Perlu Disediakan oleh Penulis Skrip

10.30 pg - 11.00
Rehat

11.00 pg - 12.45 tgh
Mengenali Pasaran & Pasukan Kerja

12.45 tgh - 1.45 ptg
Makan Tengahari dan Solat

1.45 ptg - 4.00 ptg
Pembelajaran Melalui Visual
(Tayangan Beberapa Segmen Drama)

Bengkel lepas : 25 April 2010 (klik sini)
Untuk mengetahui selanjutnya, sila klik sini -> http://ejenmanuskrip.blogspot.com


Butiran lanjut boleh juga jenguk sini: Serunai Faqir

Sila lawati blog SF di :
http://serunaifaqir72.blogspot.com/
Blog kump gendang SF :
http://gemalakasturie.blogspot.com/

Apr 17, 2010

Pesta Buku Pulau Pinang

Salam semua



Buat warga Pulau Pinang dan jiran tetangga yang tidak ada sebarang rencana hujung bulan nanti... pi la ghamai-ghamai noo...

Jan 12, 2010

Bengkel Penulisan Skrip Drama (25 April 2010)

Pembimbing : Maizurah Mohd Ederis (salah seorang penulis skrip drama popular Nur Kasih)
Tarikh : 25 April 2010 (Ahad)
Tempat : IYC Cheras (peta ke IYC - sila klik sini)
Masa : 9 pg - 5 ptg
Yuran : RM 150.00 (Bayar 3 minggu sebelum bengkel). Sila rujuk lanjut di sini tentang terma bayaran di sini. (sila baca dengan teliti).

Bagi mereka yang berminat, sila emel nama penuh, kontek nombor, alamat rumah di ejenmanuskrip@yahooo.com

(a) Sijil disediakan.
(b) Makan minum pagi dan tengahari disediakan.
(c) Kemudahan surau.
(d) Perserta hanya 20 orang sahaja.

Tempahan untuk pembelian DVD Nur Kasih - sila klik sini

SILA BACA PERATURAN BAYARAN YURAN DENGAN TELITI SEBELUM MENDAFTAR. SILA KLIK PERATURAN BAYARAN YURAN.

________________________________________

SF

Sila lawati blog SF di :
http://serunaifaqir72.blogspot.com/
Blog kump gendang SF :
http://gemalakasturie.blogspot.com/
Mandala Resensi :
http://ketikamembaca.blogspot.com/

Jan 8, 2010

Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio (Bahasa Malaysia)

Salam semua,

1)Kategori dipertandingkan

- Panggung Drama (30 minit)
- Drama Khas (30 minit)
- Drama Bersiri (12 episod)
- Sketsa (5 minit)

2) Syarat-syarat pertandingan

- Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang menuntut di IPTA/IPTS sahaja.

- Peserta dibenarkan menyertai kesemua kategori atau mana-mana yang difikirkan sesuai.

- Kakitangan RTM sama ada pegawai tetap atau sementara tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

- Skrip mestilah asli dan belum pernah digunakan untuk apa-apa tujuan sebelum ini.

- Skrip yang dihantar akan menjadi hak milik RTM secara mutlak dan RTM berhak menggunakanya untuk tujuan penerbitan drama RTM.

-Pihak Penganjur atau wakilnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku ketika dalam proses penghantaran penyertaan.

- Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 28 Februari 2010.

- Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan Nama Peserta, Nama IPTA/IPTS, Nombor Telefon dan Nombor Pelajar. Pihak Penganjur adalah berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak lengkap.

- Keputusan pengadil adalah muktamad.

- Hantarkan Penyertaan anda ke alamat berikut:

Pertandingan Menulis Skrip Drama Radio
Unit Drama Radio
Tingkat 1 Utara, Wisma Radio
Angkasapuri
50740 Kuala Lumpur
atau emelkan ke dramaradio_rtm@yahoo.com

- Hubungi 03-2288 7591 / 03-2288 7292 juga layari www.kpkk.gov.my untuk melihat contoh penulisan skrip dan keterangan lanjut.


3) Hadiah Untuk Pemenang

- Kategori Panggung Drama
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

- Kategori Drama Khas
Pertama : RM 2,000.00
Kedua : RM 1,500.00
Ketiga : RM 1,000.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

- Kategori Drama Bersiri
Pertama : RM 3,500.00
Kedua : RM 3,000.00
Ketiga : RM 2,500.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 1,000.00 seorang

- Kategori Sketsa
Pertama : RM 1,500.00
Kedua : RM 1,000.00
Ketiga : RM 750.00
3 hadiah sagu hati bernilai RM 500.00 seorang

4) Panduan Menyediakan Skrip Drama Radio

- Skrip Panggung Drama dan Drama Khas perlulah sebanyak 23 muka surat melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema Panggung Drama adalah bebas manakala bagi Drama Khas pula temanya berkaitan dengan perayaan (Maulidur Rasul, Hari Pekerja, Hari Keputeraan SPB YDP Agong, Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Malaysia & Maal Hijrah).

- Skrip Drama Bersiri perlulah lengkap sebanyak 12 episod dengan 7 muka surat bagi setiap episod dan melibatkan 4 hingga 5 orang pelakon. Tema adalah berkaitan golongan remaja.

- Skrip sketsa perlu disediakan dalam 3 muka surat yang melibatkan 2 orang pelakon. Setiap penyertaan mestilah menghantar sekurang-kurangnya 12 skrip sketsa. Tema sketsa adalah berkaitan isu-isu semasa seperti wabak denggi, mat rempit, kes ragut, keselamatan jalanraya, cara hidup sihat dan sebagainya.

- Skrip mestilah menggunakan Kertas saiz A4, Font Arial saiz 12 dan ditaip 1.5 spacing.

JOM RAMAI-RAMAI SERTAI PERTANDINGAN INI!!!

(disalin daripada ->sini<-)

Jan 7, 2010

Pesta Buku Alaf 21 @ Karangkraf

Dec 17, 2009

Hebahan...

Salam.

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Belum ditetapkan - kemungkinan Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini) [Tertakluk pada perubahan]

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran bengkel : RM 100.00


p/s : Sebelum pertanyaan Setiakasih, sudah ada beberapa pertanyaan dari rakan-rakan AVA di FB.

sila klik : http://ejenmanuskrip.blogspot.com/2009/12/bengkel-penulisan-puisi-atas-permintaan.html


KHAR
013-6963826 (9 pagi - 5 petang sahaja)
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com

Nov 5, 2009

Salam... Hello... Holla... Heyya... buat para penulis

Salam semua,

=) Sebenarnya kakwan mohon kerjasama semua, terutamanya para penulis tak kiralah jika kamu penulis buku kanak-kanak, dewasa, komik, majalah atau apa sahaja) adalah dialu-alukan untuk meninggalkan link blog kamu di ruangan KOMEN di bawah. Ini sebagai memudahkan kakwan update dan memudahkan para peminat kamu untuk menjenguk dan membaca berita/perkembangan tentang kamu.

Kakwan mohon kerjasama kamu semua, memandangkan kakwan sudah terdelete link yang kakwan ada (lupa nak buat back-up -> my bad!!). Dan kakwan punya waktu yang agak terbatas untuk menjejak kesemua rumah kamu (para penulis) sekalian. Juga kelemahan kakwan untuk mengingati kesemua 'link' ke rumah kamu. MAAFKAN kakwan!!.

Atau, jika kalian ada link yang menarik untuk dikongsi bersama, boleh juga ditinggalkan di ruangan KOMEN di bawah. Atau jika kalian ingin membuat hebahan tentang buku terbaharu kamu, boleh juga emailkan pada kakwan di :amalynputri@gmail.com: nanti kakwan uar-uarkan di sini. Sesungguhnya kakwan punya waktu dan informasi yang terhad.

Harap kakwan mendapat kerjasama yang positif daripada kalian semua!!

Salam sayang,
~kakwan~

Oct 28, 2009

Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010

Salam semua,
[ email daripada Serunai Faqir - Pengendali AVA]



Alhamdulillah, saya baru menghubungi rakan saya Shahrul Ezad Md Din, seorang pengarah dan penulis skrip yang terkenal dalam bidang beliau ini. Kalau sdr/sdri ingat drama Cinta Si Penggali Kubur, Enot, Sindarella, Antara Garisan dan sebagainya, terkini drama Tari Tirana yang masih ditayangkan di televisyen - itulah antara drama arahan dan skrip drama beliau. Sebenarnya banyak lagi.

Walaupun beliau amat sibuk dengan penggambaran di sana-sini, namun beliau akan turun padang juga apabila berkelapangan kelak (dijangkakan awal tahun hadapan). Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat harap dapat menempah awal. Sila emelkan nama, alamat rumah, no selfon ke - ejenmanuskrip@yahoo.com. Tarikh akan dimaklumkan kemudian melalui sdr/i kelak.

Bengkel yang diadakan nanti akan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan format dan teknikal. Sesi kedua pula akan lebih kepada perbincangan/kelas/pengalaman. Menurut beliau lagi, beliau sedang mencari bakat-bakat baru dalam bidang penulisan skrip drama ini. Malah beliau berkesanggupan untuk membimbing sesiapa kelak yang terpilih sebagai protege beliau. Banyak lagi yang beliau perkatakan, tapi itu RAHSIA, hanya mereka yang menghadiri bengkel ini kelak sahaja yang akan tahu. :)

Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian
Perserta : 15 orang sahaja (hanya 15 emel terawal sahaja)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
Masa : 9 pagi - 4 petang
Yuran : RM 150.00 (bayar semasa daftar bengkel)

* p/s : Sekiranya dapat sambutan, bengkel kedua akan menyusul kelak (bergantung pada kelapangan dan masa Shahrul Ezad).

Laman web Radius One - sila ke sini untuk melihat drama hasil penulisan dan terbitan beliau.

Sila ke blog Agensi Villa Aksara [untuk memastikan sama ada masih ada kekosongan ataupun tidak]

________________________________________

SF

Sila lawati blog SF di :
http://serunaifaqir72.blogspot.com/
Blog kump gendang SF :
http://gemalakasturie.blogspot.com/
Mandala Resensi :
http://ketikamembaca.blogspot.com/

Oct 23, 2009

Bengkel Penulisan Novel AVA 2009 - 12 Disember 2009

(Kiriman email daripada Sdr Khar)

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.

2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.


SILA KLIK DI SINI UNTUK LAMAN BLOG AVA

________________________________________

SF

Sila lawati blog SF di :
http://serunaifaqir72.blogspot.com/
Blog kump gendang SF :
http://gemalakasturie.blogspot.com/
Mandala Resensi :
http://ketikamembaca.blogspot.com/

Oct 10, 2009

Jemputan Beraya Bersama PTS

Salam buat semua,
Buat sahabat-sahabat geng UlatBuku...

Wan sekadar memanjangkan email yang dihantar oleh Saudara Roslan Isa (roslan@pts.com.my)

*****

Assalammualaikum.

Pihak kami menjemput rakan media ke Majlis Beraya Bersama PTS. Jemput hadir ya.

Tarikh; 15 Oktober 2009
Tempat: Pejabat Pentadbiran PTS, Batu Caves
Masa: 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang


Terima kasih.

--
MOHD ROSLAN MD ISA
PR Executive
Marketing Department

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No 12 & 12A, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Tel: +6 03 6188 0316
Fax: +6 03 6189 0316
H/P: +6 016 661 1847
E-mail: roslan@pts.com.my


*****

[ Buat sahabat yang berminat untuk menghadiri dan memeriahkan lagi jamuan ini... harap kamu dapat berhubung terus dengan Saudara Roslan (016-661 1847) untuk urusan konfirmasi ya.. =)]

Oct 8, 2009

Untuk anda bakal penulis tersohor...

Salam semua,

Jika anda berbakat dalam bidang penulisan, tapi tidak pasti di mana harus anda hantarkan manuskrip anda untuk dinilai dan diterbitkan... kini ada satu tempat yang boleh anda tuju bagi merealisasikan impian anda untuk bergelar penulis.

Sila lawat :: SINI ::<-.

Moga impian anda akan terlaksana!!

Pesta Buku & Penulisan 2009


Sukacita ingin kami hebahkan bahawa UIAM akan menganjurkan Pesta Buku dan Penulisan 2009 bersempena dengan Pesta Konvokesyen ke-25 UIAM pada 9-11 oktober 2009.

Butiran program adalah seperti berikut:

Program : Pesta Buku & Penulisan 2009
Tarikh : 9-11 Oktober 2009
Tempat : KAED Gallery, Kuliyah Arkitek dan Senibina UIAM


Dengan itu, kami mengalu-alukan seluruh warga Malaysia bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah disediakan. Untuk makluman semua, tiada bayaran masuk dikenakan untuk pesta buku. Pelbagai gerai jualan buku daripada pelbagai penerbit akan hadir dan juga pelbagai pertandingan bakal diadakan seperti deklamasi sajak, pertandingan bercerita dan sebagainya. Hadiah yang menarik bakal menanti pemenang yang bertuah.

Juga diadakan Seminar Sehari Penulisan Buku Popular bersama mentor penulis bestseller. Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009. Ia diadakan seiring dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2009.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

* Tarikh : 10 Oktober 2009
* Tempat : KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Akademi Penulis akan berkongsi maklumat bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya popular yang mampu menjadi karya terlaris dalam pasaran. Seminar ini akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih berpengalaman iaitu En. Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS merangkap jurulatih utama Akademi penulis dan saudara Zamri Mohamad, jurulatih kanan di Akademi Penulis.

Pengisian yang akan diberikan adalah :
* Motivasi Penulis : 5P : Formula Menjadi Penulis Bestseller
* Bagaimana Menjaga Hak Cipta dan Hak Penulis
* Teknik Penulisan Berkuasa Tinggi : KJ Metode
* Bagaimana Memasarkan Buku Cara Berkesan

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi yang berminat boleh langsung menghubungi saudara Abdul Qahhar di talian 013 628 8614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang!!

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009, semuanya dialu-alukan untuk menghubungi:

Saudara Mohd Helmi b. Md Suhaimi, H/P: 012-3052143
email : helmisuhaimi@gmail.com
Facebook : Helmi Suhaimi
Pesta Buku dan Penulisan 2009
Pengarah Program Pesta Buku dan Penulisan 2009

[Sumber Petikan daripada ->sini<-]

Jul 22, 2009

Buletin Khas Pesta-pesta Buku daripada Jemari Seni

Salam dari Bangi,

Hari ini Kak Nila hanya ingin menghebahkan yang Pesta Buku Selangor 2009 sudah di ambang pintu. Pesta ini bermula mulai Jumaat 24 Julai sehinggalah Isnin, 3 Ogos nanti.

Inilah penulis yang bakal singgah untuk sesi ramah-tamah dan tandatangan tu. Harap-harap mereka diberi afiat dan diberi waktu yang terluang untuk singgah ke Shah Alam.

Kak Nila letakkan jadual ‘singgahan’ penulis di sini ya...



Di Pesta Buku Selangor nanti jangan pula terkejut ya melihat ada banyak buku yang kita beri potongan yang menggiurkan J Memang harga durian runtuh habis.

Yalah semua buku diberi potongan daripada 20, 25 dan 30 peratus. Inilah masanya mengumpul koleksi buku-buku daripada penulis lain, yang selama ini adik-adik masih teragak-agak hendak beli. Bacalah Jemari Seni, itu slogan kita kali ini... ahaks. Seronoknya kalau adik-adik ada keberanian untuk membaca naskhah yang lebih berat yang sarat dengan informasi. Otak juga memerlukan ‘senaman’ dan membaca buku Jemari Seni bagaikan adik-adik memasuki gim untuk memperkasa minda insya-Allah.... ala-ala senaman otaklah. Yalah terbitan Jemari Seni ini, hanyalah jauhari sahaja yang dapat mengenal manikam kan. Wah, bukan main lagi Kak Nila kali ini...!

Bagi ibu-ibu dan abah-abah pula, bila lagi ya nak belikan siri Adiwarna yang hanya akan dijual dengan harga RM9 setiap sebuah. Oh ya, sekiranya dibeli tiga buah, akan diberi pula hadiah sehelai baju-T.

+Yang belum ada anak-anak sekitar 9 hingga 14 tahun, macam mana, Kak Nila?
- Boleh aja beli pada anak-anak buah, kan! Anak-anak sahabat, hadiah untuk hari jadi anak jiran tetangga.


Kenapa potongan JS kali ini, murah sakan?
Urus setia pesta buku memang menggalakkan penerbit dan pempamer memberi potongan istimewa sebagai galakan membaca. Untuk itu sewa gerainya lebih murah lagi berbanding tahun lalu, supaya pempamer tidak terbeban. Mereka juga mengharapkan pengunjung sekali ganda dari tahun lepas. Tahun lalu sahaja 220 000 telah berkunjung ke pesta buku yang kedua ramainya selepas Pesta Buku Antarabangsa KL.



Oh ya, Jemari Seni ada buku baharu khusus untuk Pesta Buku Selangor ini. Buku kompilasi daripada tiga penulis... Syud, Hlovate dan Noor Suraya. Buku untuk keluaran Ogos ini sengaja kami jual awal, untuk memeriahkan pesta buku kali ini. Untuk itu terimalah PELANGI.



Buku PELANGI boleh juga didapati di E-FEST UIA di Dewan CAC, mulai Khamis (23 Julai) ini... pada peminat Hlovate dan Syud... jangan lepaskan peluang untuk menikmati, harga runtuh... diskaun RM5 untuk buku panas-panas daripada kilang tu. Mereka yang sekitar Gombak boleh aja singgah membeli di situ. Selain buku, Kak Nila nampak ada juga baju-baju ala-ala butik di situ, Kak Ajah sudah membeli-belah baju hari raya untuk puterinya, hari Ahad yang lalu. Ewah, bukan main ya... belum mula menjual buku hari tu, dia sudah berbelanja ya!

No. gerai Jemari Seni di EFEST UIA: B15

Oh ya, di Shah Alam nanti, Jemari Seni mengambil dua gerai, sebuah untuk menjual buku, sebelahnya pula menjual lukisan, ala-ala galeri. Jadi pada sesiapa yang tidak tahu untuk membeli apa-apa hadiah untuk farewell, wedding, house warming dan lain-lain acara dan peristiwa boleh sahaja memilih di situ. Lukisannya asli dari Tanah Jawa. Galeri lukisan itulah tempat kami menempah sebahagian lukisan untuk dibuat kulit buku Jemari Seni selama ini!

No. gerai Jemari Seni di PKNS Shah Alam: C18 & C19

Okeylah adik-adik yang manis, Kak Nila dan Kak Ajah... serta konco-konco akan tunggu di sana ya...

Okey Kak Nila titipkan sebuah pantun ya...

Dari jauh ke permatang,
Tetak tangan papan kemudi;
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik budi.


p/s: macamlah jauh Bangi tu dengan Shah Alam kan?

- Kak NiLA -


* * * *

[Disalin daripada buletin Jemari Seni Publishing]

Apr 23, 2009

Temui Mereka... Sempena KLIBF 2009



Nota: Terima kasih pada Che Din yang sudi menguar-uarkan kedatangan tetamu dari seberang ini...!! So, kawan-kawan jom lah kita ke PWTC untuk menemui mereka!

Apr 19, 2009

Pesta Buku KL 2009 - Info Tambahan

Salam semua,

Kakwan harap hebahan ini masih lagi berguna untuk kawan-kawan. Sementelah Pesta Buku masih lagi berlangsung hingga ke hujung minggu depan (26 April).

Info yang kakwan terima lewat email daripada adik kakwan JiD. Thanks dear sebab berkongsi maklumat dengan kakwan dan rakan-rakan yang lain.

Booth PTS yang terletak di Gerai 72 - 79 (bersebelahan dengan Dewan Tun Hussien Onn) menawarkan potongan harga yang cukup istimewa. Apa yang perlu kawan-kawan buat hanya memuat-turun kupon potongan diskaun yang anda boleh dapati -> di sini <- dan klik ke 'Muat turun e-kupon' untuk mendapatkan kupon potongan harga tersebut.

Kakwan harap kawan-kawan akan datang beramai-ramai memeriahkan lagi Pesta Buku yang sedang berlangsung ini.

Mar 13, 2009

Jom beramai-ramai ke MPH One Utama


Apr 10, 2008

Buku Baru di BF 2008 - PWTC KL

Jemari Seni Publishing ~ Booth 3029











Kaki Novel ~ Booth 3109













PTS ~ Dewan Tun Razak 2 (Lot 2071-2075 & 2080-2084)













Karnadya ~ Booth 3064 & 3065













Alaf 21 ~ Gerai Alaf













NB Kara









Syarikat Fajar