Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts
Showing posts with label Lynn Dayana. Show all posts

Jul 12, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (52) Juara Carta Cinta

Penulis: Lynn Dayana
Penerbit: Alaf 21 @ Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN978-983-124-632-0
Harga: RM19.90 / RM22.00
M/S: 494
Cetakan 1,2 – 2011

Blurb:

Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai, kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama sandwich yang dihimpit rapat oleh roti yang panas.

Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang lagi. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kawan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?

Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.

Dunia Maya kacau-bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

Kak Chik menukil:

Perjalanan hidup Maya sedikit huru-hara dengan kehadiran bekas kekasih dan bekas tunang yang membeli rumah di kiri kanan rumah Maya. Keadaan jadi lebih bercelaru kerana status Maya yang masih menyendiri dan Maya kadang-kadang sedikit berlembut apabila berhadapan dengan mereka.

Haqiem kembali menagih kasih Maya setelah dua tahun dia meninggalkan Maya setelah mengetahui Maya tunangan lelaki lain. Dia tidak memberi peluang Maya untuk memberi penjelasan. Kehadiran sepupu Haqiem, Mimi juga selalu buat Maya tidak selesa dan terluka dengan kata-kata pedas Mimi yang takut Maya menakluk kembali Haqiem. Walaupun Maya berusaha untuk menolak Haqiem tetapi pada Kak Chik usahanya tidaklah terlalu kuat kerana Maya ada kala terbabas juga. Dia kadang-kala dengan mudah sahaja menerima bantuan Haqiem serta masih membuka peluang untuk Haqiem walaupun sering dikejar oleh Mimi yang tidak berapa betul tu.

Intan, jiran yang lemah lembut begitu baik dengan Maya tetapi apabila rahsia Adnan sudah pecah, Intan terus berubah sikap. Dia bukan lagi Intan yang lemah lembut. Dia makin terdesak apabila dia disahkan tidak dapat melahirkan zuriat untuk Adnan dan Adnan yang telah berubah sikap terhadapnya. Apatah lagi Adnan begitu berterus terang untuk memperisterikan Maya.

Kehadiran jambangan bunga ros putih juga turut mengganggu hari-hari yang dilalui Maya. Siapakah lelaki misteri itu? Apa yang dia mahu dari Maya, si penulis novel cinta dan pemilik kedai cenderahati ini?

Sudut pandang Kak Chik:

Comel betul patung beruang di kulit depan karya LD ni dengan langit membiru serta awan yang memutih tapi sedikit pelik terselit pelangi. Tajuk buku juga sedikit tenggelam, mungkin pihak penerbit menggunakan aksara nama LD yang besar dengan warna merah samar yang terang sebagai salah satu cara pemasaran.

Pada Kak Chik, isu utama yang dibangkit LD kali ini ialah perjalanan hidup Maya yang sepi dan sunyi kerana tiada teman istemewa dalam hidup. Apatah lagi dengan sejarah Maya yang pernah terpesong arah dalam membina perhubungan sesama insan. Namun begitu asbab utama Maya yang menjalin cinta dengan Haqiem ketika menjadi tunangan Adnan, sedangkan Adnan itu pilihan hati sendiri tidaklah dihurai dengan lebih lanjut. Cara Maya menghadapi masalah yang dihadapi juga kadang-kadang sedikit tidak matang selain dia selalu berkeluh kesah dengan perjalanan hidupnya. Dia jadi cemburu dengan kebahagiaan insan-insan di sekelilingnya tanpa dia sendiri memburu kebahagiaan itu.

Sesuatu yang selalu dijadikan isu dalam kebanyakan kisah-kisah yang ditulis juga iaitu isu jodoh dan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga yang dibina oleh masyarakat kita. Orang kita terlalu mendesak jika seseorang anak gadis lambat bertemu jodoh malah mereka juga turut dipandang sinis oleh kaum sejenis. Kehadiran anak juga sudah menjadi ‘wajib’ dalam rumah tangga yang dibina sehingga orang kita terlupa ketidakhadiran anak itu bukan pasangan yang menentukan. Jika diuji dengan ujian sebegitu, apakah kesalahan harus dijatuhkan kepada satu pihak sahaja seperti yang dilakukan Adnan? Adnan bertindak dengan tidak menggunakan akal sehingga dia tega membutakan mata untuk tidak melihat kebaikan isterinya semata-mata tidak mampu melahirkan zuriat untuknya.

Selain itu, kisah cinta yang digarap LD bagaikan berubah 90% kepada cerita thriller selepas perkahwinan Maya. Terus tenggelam watak-watak sampingan lain. Namun begitu LD bagaikan mematikan watak si pembunuh dengan terlalu ‘senang’ selepas kekejaman yang dilakukannya.

Sesuatu yang begitu Kak Chik ingat ialah, jauhlah sesuatu yang boleh menjadi asbab kepada fitnah kerana sesuatu pada kita tidak ada apa-apa itu bisa saja menjadi fitnah seperti terjadi kepada Maya.

Terus-terang dari awal sudah dapat meneka siapa juara carta cinta Maya ketika menatap kulit depan walaupun watak Haiqal muncul sedikit terlewat berbanding Haqiem dan Adnan.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

Feb 27, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (14) Juara Carta Cinta


Juara Carta Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
494 mukasurat
9789831246320


"Aku + Kamu = Cinta Atas Awan" - Haiqal


Kalau tengok kulit depan, kulit belakang, kita dah boleh teka siapa yg juaranya :) so, sedikit membunuh surprise cerita utk melihat penentuan juaranya.


Maya tu suka nyanyi lagu kanak2. sweet! tapi part dia nyanyi lagu injit2 semut tu buat aku terbayang2 muka 'hantu kak limah go back home'. huhu...


Kemunculan awal Haqiem dalam kisah ini cukup memikat, charming dan dia memang sangat pandai mengambil hati. Walau bagaimanapun, sikapnya terhadap Mimi yg over dan ngengada tu buat aku rasa Haqiem tu kelihatan seperti hero novel yg tipikal yang tak dapat menolak kehadiran wanita seperti Mimi dalam hidupnya. He let Mimi masuk control hidupnya/rumahnya at the same time he expect to tackle Maya's heart sedangkan semua tu berlaku depan mata Maya yg merupakan jiran sebelah rumahnya.


LD ada kelebihan menggarap watak antagonis yg cukup menjengkelkan. Memberi kita cukup rasa asam dan garam utk membenci watak2 seperti Mimi dan Nora. Malah Intan yg mulanya watak putih pun berjaya di twist menjadi watak agak antagonis yg menjengkelkan.


Maya Hanum adalah seorg novelis yg ada peminat2nya tersendiri. Dia membuka perniagaan cenderahati yg turut memasarkan novel2 tempatan. Maya ni kalau tengok taste dia, jenis suka lelaki hensem. Dari zaman sekolah, mudah saja dia tertarik dgn Reza yg hensem dan berkarisma. Semasa bertunang dgn Adnan, dia tidak dapat menolak rasa hatinya yg jatuh cinta kepada Haqiem. Maya bukanlah watak wanita sempurna yg sering kita jumpa dalam novel2. Dia adalah wanita biasa yg pernah tewas dgn perasaan. Pengalaman itu menjadikan dia lebih berhati-hati dalam memilih cinta. Dia tidak pernah mahu meniup semula bara cinta lama.


Adnan memang totally out of list la utk dijadikan pilihan. Dia tu sudah jadi suami orang dan apabila tahu isterinya, Intan tidak dapat mengandung, dia segera mengalihkan perhatian kepada bekas tunangnya, Maya. Haqiem juga turut menyesal kerana melepaskan gadis sebaik Maya. Dia berpisah dgn Maya kerana Maya tunangan orang dan menganggap dirinya tertipu sepanjang percintaan mereka. Apabila semua terlerai dan mereka bertemu semula sbg jiran tetangga, Adnan dan Haqiem cuba mengejar semula cinta Maya.


Kehadiran Haiqal menambahkan lagi peserta dalam perlumbaan itu. Kehadiran Haiqal menyebabkan kelebihan 'charming' Haqiem menjadi malap. Wataknya yg cute dan misteri menjadikan kita juga seperti Maya yang tertanya-tanya, siapa dia. Rasanya memang susah nak teka kerjaya Haiqal. Ada ke sesiapa yg dpt meneka dgn tepat? Saat kita mula merasakan manisnya cinta Maya-Haiqal, kilat datang menyambar. Ni bukan metafora, betul2 punya kilat sudah sambar itu heroin lah. Nasib baik la tak mati atau jadi hitam. Rentak cerita menambah debaran cinta bercampur debaran set2 seram tak seram sbb Maya tiba2 bleh nampak bayangan org yg mati tersiksa dlm keadaan yg kejam. ishhh Lynn Dayana, ko memang kejam. huhu...


Dalam Jika Benar Cinta, LD banyak menggaul unsur komedi dalam penyampaiannya dan aku sangat suka. Hak Cinta Terpelihara menonjolkan kelebihan LD mengendalikan banyak watak dalam ceritanya. TArikh Luput cinta dan Cinta Edisi Terhad menyerlahkan kelebihannya dalam mengalunkan kisah cinta-thriller. dan kehadiran Juara Carta Cinta menunjukkan bagaimana LD menggabungkan cinta-komedi-thriller sbg satu kisah yg sangat menarik :) Tahniah atas kelahiran novel ke5 ni. Lahirlah seorang lagi penulis prolifik Alaf 21. Semoga terus aktif berkarya.

sumber : AlongSide

Feb 10, 2011

DN - Cabaran 50 Novel : (4) Juara Carta Cinta - Lynn Dayana

Aku + Kamu = Cinta Atas Kawan : Haiqal
"Mari Raikan Cinta!" : Haqiem
Kembali sayangi aku : Adnan

` tengok iklan kat fb alaf21..excited je..pasal apa excited? ada 2 je sebab..(1) aku memang suka baca novel (2) cover dia cute *pada aku la* so buat aku nak tau isi dalam dia macam mana...dan kebetulan masa pergi ke karnival alaf, buku ni dah ada...takde fikir panjang..terus je capai n bayar...balik rumah tak boleh baca lagi sebab kena layan adriana sofia dulu..kalau baca nanti nak layan dia so tak boleh nak menjiwai sangat...

` ok, cite dia macam ni...Maya Hanum *watak utama* seorang penulis novel dan juga 'owner' My Lovely Lane yang menjual barang-barang cenderahati, aksesori wanita dan novel ...single lagi sebab lepas putus tunang dan putus cinta, dia tak bercinta dengan sesapa pun kecuali hero-hero dalam novel dai *of course la kan sebab nak menjiwai hehehe*...satu hari tanpa disangka, ex-boyfriend dia duduk sebelah rumah dia atau dalam erti kata lain, dia n Haqiem *ex-bf* berjiran...punyalah dia tension sebab Haqiem ni macam nak 'beli' jiwa dia balik..tapi Maya malas nak layan *walaupun kadang-kadang rasa macam-macam perasaan ada* sebab dia tau Haqiem dah ada Mimi *minah salleh celup hehehe*..Haqiem ni buat macam-macam *dibantu oleh adiknya Ima* nak pikat Maya semula dan Maya pulak cari macam-macam cara untuk mengelak....kiranya hidup dia memang kelam-kabut la...kesian kat Maya ni sebab dah la hidup dia porak-peranda dengan kerenah Haqiem, muncul pulak jiran baru yang memang dia tak sangka langsung....sungguh dia tak sangka Adnan *bekas tunang* pun jadi jiran juga...mula-mula just jumpa Intan *wife Adnan* kemudian ternampak kakak & mak Adnan..alahai Maya..makin haru-biru hidupnya...Intan pulak bila dia tau Maya tu ex-tunang suami dia, dia pun mula la buat hal dengan Maya sedangkan sebelum ni baik je dengan Maya..yang kesian Maya la...dia for sure tak ingin kat Haqiem ngan Adnan tapi dua-dua lelaki ini sibuk je nak pikat dia semula..sudahnya Maya jadi mangsa kekejaman Mimi dan Intan...tapi mungkin la nasib Maya ni baik la juga sebab secara tak sengaja dia berkenalan dengan Haiqal..macam mana kesudahan Juara Carta Cinta? Siapa yang jadi juara untuk carta cinta Maya? *sila beli dan baca ye hehehe*

` antara 5 novel LD, saya suka Jika Benar Cinta dan Juara Carta Cinta...antara dua tu pulak JCC paling best....selain kisah hidup Maya yang haru-biru tu, diselitkan juga cerita tentang pembunuh misteri...actually tak tau apa rasional LD selitkan cerita tu..untuk penambah 'perisa' atau apa..kisah tu bermula lepas Maya disambar petir..masa baca tu aku tertanya-tanya, kalau orang kena sambar petir memang nanti dia akan dapat bayangan macam yang Maya dapat ke *sorry LD, keliru sikit kalau boleh tolong bg penjelasan..*

` suka...

~ m/s 23 : ...hatinya terasa berwarna biru, tanda sayu. Jiwanya berwarna kuning, dirinya pening!

~ m/s 30 : perkhidmatan arkib yang disediakan oleh kedai maya..best... *sapa wat bisnes leh ambik idea ni*

~ part Maya bagi hamper barang-barang untuk masak bihun goreng pada Haqiem *napa? kena baca sendiri*

~ part Maya siram air panas kat pokok bunga Haqiem *napa? baca la sendiri hehe*

~ m/s 173 : "...Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya."


` moral of the story :

1. Kalau hujan lebat, kilat sabung menyabung, petir berdentam-dentum jangan la keluar rumah..duduk aje diam-diam dalam rumah atau bangunan tu...

2. Kalau kita dah berkahwin dan kebetulan pasangan kita terjumpa semula dengan 'ex' dia, kita ni jangan la melulu je fikir 'ex' dia nak rampas pasangan kita tu dari kita...

3. Jangan suka-suka nak menyindir/bertanya pada seseorang yang belum berkahwin..jodoh tu bukan urusan kita *walaupun kita kena berusaha untuk mendapatkannya* tapi urusan Allah s.w.t..bukan semua orang suka bila memperkatakan tentang jodoh yang belum sampai-sampai tu...

4. Hati-hati dalam apa juga perkara kita buat...nak berurusan dengan orang kena selidik dulu...

5. Kalau nak bersedekah/bagi makanan pada jiran biarlah dengan hati yang ikhlas bukan sebab nak mengenakan dia...

` Tahniah untuk Lynn Dayana..saya suka sangat Juara Carta Cinta...teruskan menulis...

kategori : tak boleh letak...


Sumber : dunia novel