Showing posts with label Nozi Danisya. Show all posts
Showing posts with label Nozi Danisya. Show all posts

Dec 21, 2011

R: Cabaran 50 Buku (87) Kerana Sebuah Janji


Kerana Sebuah Janji
Nozi Danisya
Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama disember 2011
RM18
sabah / sarawak: RM21
9789675067884


cepat jer sambar buku ni sebab saiznya yg nipis :)

al-kisahnya...
Datuk Hisyamudin berasa bersalah apabila satu kemalangan yang melibatkan dirinya dan ibu bapa Dahlia telah meragut nyawa dua insan yg dikasihi Dahlia. Dalam umur semuda 17thn Dahlia sudah yatim piatu. Wasiat bapa Dahlia digalas penuh ikhlas oleh Datuk Hisyamudin utk memelihara Dahlia sebaiknya.


Kehadiran Dahlia mengundang rasa benci Dani terhadap gadis itu. Dia yakin Dahlia datang bersama agenda untuk mengikis hati keluarganya. Datuk Hisyammudin meninggal dunia ketika Dahlia masih menuntuk di kolej. Wasiat Datuk Hisyammudin telah memerangkap Dahlia dan Dani. Untuk menjamin agar Dahlia tidak ditinggalkan Dani setelah dinikahi, Datuk Hisyammudin mewasiatkan 30% dari hartanya kepada anak yang bakal dilahirkan Dahlia setelah mereka berkahwin nanti. Rasanya Datuk Hisyamudin tahu Juliana bukan set2 yang sesuai dibuat menantu. Dia lebih senang dengan Dahlia yang baik dan bersopan santun.


Dani memang sygkan Juliana tetapi Juliana lebih sayangkan kerjayanya sebagai pramugari. Dia hanya mahu terikat sbg kekasih Dani dan bukannya sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Dani. Dia belum bersedia. Sikap Juliana itu mungkin mendorong Dani untuk menerima wasiat ayahnya. Dahlia pulak sudah terlajak kata berjanji dengan arwah Datuk Hisyamudin jadi dia sekadar mengotakan janjinya kepada orang yang telah berjasa kepadanya.


Ikatan mereka rasmi sebagai suami isteri setelah Dahlia sudi dan Dani menerima syarat Dahlia supaya berjanji agar tidak jatuh cinta padanya. Dahlia redha sekiranya Dani mahu memperisterikan kekasihnya yg sudah saling mengenali lebih 7 tahun. Setelah menjadi suami isteri Dani serta merta memungkiri janjinya untuk tidak jatuh cinta. Dahlia adalah isteri yang cukup sempurna untuknya tetapi hatinya tersiksa apabila tidak dapat melafazkannya pada Dahlia kerana sebuah janji...


Dani ni jenis lelaki yang sentiasa rasa apa yg difikirnya adalah betul saja. Dia tak der nak bagi peluang orang explain. Tau nak maaaaaaaaaaarah saja. Angkara fitnah Juliana, Dani mengasari Dahlia hingga keguguran. Tindakan itu melukakan hati Dahlia lalu melarikan diri dari hospital. Ketiadaan Dahlia membuat Dani rindu tetapi dia tak tahu mana nak cari.


watak-watak 2nd hero yg berpotensi untuk berpasangan dalam kisah ini dua2 tak bleh pakai. Dua2 gelojoh semacam dan sewenang2nya meluahkan perasaan cinta kepada isteri orang. Terus rasa kagum dan hormat pada Adam dan Azam hilang. Mereka membiarkan perasaan menguasai diri. Diorang sepatutnya menghormati keputusan Dahlia yang sah-sah masih isteri orang.


Aku suka watak Mursyid. Dia penenang terbaik buat pemarah seperti Dani. Dia sentiasa rasional dalam berkata-kata dan aku sangat suka cara dia membidas kata-kata fitnah dari Juliana. Namun kata-kata fitnah itu diterima Dani hingga membuat dia gagal mengawal rasa marah. Mursyid tu lebih percaya kepada Dahlia, dia yakin dahlia seorang wanita yang baik. Dahlia kecewa apabila Mursyid dan Adam yang datang mencarinya, bukan Dani. Sedangkan Dani menderita menanggung rindu dan tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Dahlia kerana terlanjur kata berjanji kepada dahlia sebelum mereka berkahwin dulu. walaupun Dani tu cepat marah, tapi dia seorang yang sangat slow dalam mengambil tindakan untuk mengambil hati Dahlia. Part marah jer cepat.


sejujurnya aku lebih suka kisah ini berbanding 'akulah cinderella'.


sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis


Dahlia:
Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembuhkannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan.


Dani:
Andainya aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangan. Sejujurnya aku sangat kesal.


Kerana budi dan janjinya kepada ayah Dani, Dahlia terperangkap. Kerana ekonomi syarikatnya yang meruncing dan juga wasiat ayahnya, Dani telah bersetuju dengan syarat Dahlia. Kedua-dua telah berjanji tanpa berfikir panjang. Dani dan Dahli berjahwin kerana sebuah janji. Namun, belum setahun jagung usia perkahwinan mereka, fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari isterinya. Dahlia pergi membawa rajuk di hati. Selama berjauhan mereka mengalami konflik jiwa akibat merindu. Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji, maka perasaan itu menjadi salah faham dan berlarutan. Apakah janji-janji yang telah dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih sayang?

Aug 16, 2011

SS: Cabaran 50 Buku : (5) Akulah Cinderella


Tajuk buku : Akulah Cinderella
Penulis : Nozi Danisya
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM18.00
Halaman : 376

Jalan cerita:

Bila terbaca tajuknya akulah Cinderella, terus terbayang cerita dongeng Cinderella; mak dan kakak tiri yang garang, ada labu dan tikus yang bertukar jadi kereta kuda, ada part acu-acu kasut dan akhirnya kahwin dengan putera raja. Tapi dalam novel ini tiada langsung semua perkara-perkara tersebut. Maka, apa kaitannya dengan Cinderella?

Perkara yang digambar oleh penulis sebagai Cinderella ialah apabila watak utamanya, Syah seorang anak yatim piatu yang mempunyai enam orang adik beradik, hidup dalam keadaan yang daif tiba-tiba berpeluang menjalani hidup mewah setelah di bantu oleh Datin Zulaikha yang telah mengambil mereka adik beradik sebagai anak angkat. Datin Zulaikha terhutang budi kerana Syah telah berjaya menyelamatkan nyawanya.

Mar 18, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (9) Akulah Cinderella

Pengarang : Nozi Danisya
Halaman : 376
Tahun : Cetakan kedua – Feb 2011
Terbitan : Kaki Novel
Harga : RM18 / RM21



Sinopsis

Akulah Cinderella ini berkisah tentang seorang anak yang kehilangan kedua orang tuanya dalam kecelakaan jalan raya. Kisah seorang kakak yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai ‘office boy’ di siang hari dan di restoran Mak Cik Senah di malam hari demi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang tuanya.

Syah - Nur Aisyah, kakak sulung harus bertanggungjawab penuh pada adik-adiknya yang seramai empat orang itu. Di usia 17 tahun dia harus ber`lagak’ macho dengan harapan dapat menghindarkan dirinya daripada ‘mata-mata jahat’ yang ada niat tak baik padanya ketika dia harus keluar bekerja (terutamanya di malam hari). Dia harus tegar demi membela nasib adik-adiknya.

Masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan masalah tempat tinggal hinggalah masalah hak penjagaan terhadap adik-adiknya yang semuanya masih kecil. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah dan keluar daripada tanah tempat mereka berteduh. Rumah yang didirikan atas tapak tanah Pak Haji Yahya yang baik hati. Namun kematian Pak Haji Yahya menyebabkan anak menantunya menghalau mereka keluar atas alasan tanah itu akan dijual. Tambah merumitkan keadaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertandang dan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk menjaga adik-adiknya kerana dia sendiri masih di bawah umur (17 tahun).

Namun segalanya mula berubah apabila Syah menyelamatkan Datin Zulaikha yang dalam kesulitan. Bagaikan sudah tersurat, takdir hidupnya mula berubah. Kehadiran Datin Zulaikha membuka jalan penyelesaian pada Syah dan adik-adiknya. Mereka dijadikan anak angkat oleh Datin Zulaikha.

Syafiq Daniel, perkenalannya dengan Syah dalam keadaan yang haru-biru. Syah yang disangkanya lelaki dipukul dan dilempang oleh Syafiq tanpa belas kasihan. Aduh! Bagaikan badi, mereka bertemu dan sering bertegang leher. Bermulalah ‘perang saudara’ antara mereka. Namun yang lebih merumitkan keadaan, Syafiq adalah anak lelaki Datin Zulaikha dan sekaligus abang angkat Syah dan adik-adiknya - Alia, Ain, Azah & Aiman.

Amankah hidup Syah apabila harus hidup dibawah satu bumbung dengan 'musuh'nya? Bagaimana kesudahan kisah Syah-Syafiq ini? Bacalah Akulah Cinderella ini dan dapatkan jawapannya!


Rasa Saya:

Membaca judulnya, saya terbayangkan kisah seorang anak malang yang didera fizikal dan mental oleh ibu dan saudara-saudara tirinya. Kisah anak malang yang kehilangan ibu kandung, kemudian dibawa oleh bapa kandung tinggal bersama isteri barunya bersama anak-anak tirinya. Malang menimpa, apabila bapa kesayangannya juga meninggal dunia. Dan hiduplah dia bersama ibu tiri dan kakak-kakak tirinya. Itu kisah dongeng Cinderella yang pernah saya tonton dan baca.

Secara peribadinya saya memang tidak dapat membuang ‘imej’ Cinderalla yang berakar umbi dalam minda saya. Jadi bila naskhah ini menggunakan Akulah Cinderella sebagai judulnya, sedikit sebanyak saya cuba memadankan setiap watak dan perwatakkan dalam Akulah Cinderella ini dengan watak-watak yang ada dalam kisah Cinderella yang saya tahu.

Jangan salahkan saya apabila saya cuba mencari di mana signifikannya judul dengan plot sesebuah cerita, kerana itulah yang saya buat ketika membaca sesebuah karya kreatif. Judul dan plot cerita seharusnya ada hubung-jalinnya. Itu pendapat sayalah. Mungkin saya salah.

Dalam naskhah ini, saya merasakan bahawa Datin Zulaikha itu adalah ‘Fairy Godmother’ yang menjadi penyelamat ‘Cinderella’ apabila dia dirundung malang dan ditimpa kesusahan dan Syafiq Daniel adalah 'Prince Charming'. Cuma yang berbeza, Syah bukan anak tiri dan dia tiada adik beradik tiri. Kisahnya juga berbeza, Syafiq Daniel bukan ‘Prince Charming’ yang menjadi pujaan ramai walaupun dibayangkan dia lelaki yang cukup kacak dan menarik kerana dalam cerita ini tiada watak antagonis yang akan merampas ‘Prince Charming’ daripada tangan ‘Cinderella’. Yang ada cuma watak Intan, yang terlalu obsess pada Zailan yang sukakan Syah. Itupun tidak cukup kuat untuk buatkan saya bencikan ‘Intan’. Ada sesuatu yang ‘kosong’, tapi saya tidak tahu di mana puncanya.

Satu lagi kelemahan saya ketika membaca sesebuah karya, saya suka meletakkan diri saya ‘dalam’ satu-satu watak agar setiap ‘roh’ dapat saya rasai jiwanya. Malangnya saya tidak berjaya meletakkan diri saya dalam ‘kasut’ Syah. Saya tidak boleh menjadi Syah.

Apa-apapun Akulah Cinderella masih mampu menarik tumpuan saya yang adakalanya tersasar, dengan tindak-tanduk Syah dan Syafiq yang menjadi tonggak utama dalam karya ini. Walaupun ada kalanya ia agak keanak-anakkan pada saya yang sudah berusia ini.

Selamat membaca.

Feb 7, 2011

R: Cabaran 50 Novel: (4) Akulah Cinderella


Akulah Cinderella
Penulis: Nozi Danisya
Editor: Jabatan Editorial KNE
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
376 mukasurat
9789675067662
Cetakan kedua Feb 2011


"Bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara"

Aku suka kisah Syah bersama adik2nya yg mengharung kesusahan hidup, lalu sifat baik syah membawanya bersama adik2nya ke mahligai datin Zulaikha. Watak Shafiq di awal cerita juga memberi rencah cerita menarik dlm hidup Syah tetapi selepas Syah tinggal di rumah Datin Zulaikha cerita Shafiq yg berusaha memikat Syah dan mula dah jiwang2 dgn budak yg baru nak amik SPM aku rasa agak rimas lah. Apa2pun kisah Syah memang menyentuh hati terutamanya bagaimana selepas PMR ibu dan ayahnya meninggal dunia. dia mengambil alih tugas sbg teraju utama keluarga menyara mereka 6 beradik yg masih perlukan pelajaran. Siang malam dia bekerja sebaik mungkin. Dia sanggup mengubah penampilannya supaya kelihatan lebih lelaki kerana mahu dilihat sbg seorg yg kental dan berani. Tetapi pergaduhan dgn Shafiq sehingga dia dibelasah teruk membuat Syah sedar mengenai kudratnya sbg seorg gadis.

Shafiq hanya tau yg Syah tu perempuan apabila rambut syah terurai selepas dibelasahnya. Dia dihurung rasa bersalah tetapi sikap Syah yg sering mencari gaduh dgnnya membuat Shafiq tu pun asyik bara terbakar saja.

Syah membantu Datin Zulaikha yg diserang sakit jantung. Dan kerana terhutang nyawa, Datin Zulaikha membawa Syah dan adik-beradiknya tinggal di rumahnya sebagai adik angkat. Ingat ka hubungan mereka makin panas dgn pergaduhan, tapi sebaliknya pulak. Shafiq makin berani meluahkan perasaan malah menggunakan ibunya utk memastikan Syah bertunang dgnnya sebelum melanjutkan pelajaran.