Showing posts with label Hlovate. Show all posts
Showing posts with label Hlovate. Show all posts

Dec 31, 2011

Ain: Cabaran 50 Buku : (50) Contengan Jalanan


Tajuk buku : Contengan Jalanan
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni


Ulasan Ain Sabrina :

Ada dua kisah dalam novel ini. Kisah pencarian makna hidup dalam diri Fend dan K². Bermula dengan kisah Fend. Dia lelaki biasa , ada kawan yang mempunyai sama minat juga ada keluarga dan saudara. Dalam erti kata mudah , seperti tiada yang kurang dalam kisah hidup Fend. Namun , Fend masih tidak puas , seakan ada benda yang hilang dalam hidupnya. Rasa itu makin selepas dia dipertemukan dengan Lia dan Dvd 11th hour. Benda itu dia luahkan pada Chad , sepupunya. Perbincangan mengenai kehidupan dan matlamat hidup semakin banyak dibahaskan. Namun tiada perubahan , rasa hilang itu masih ada.

Chad memulakan langkah pencarian yang ‘hilang’ itu dengan mengajak Fend ke Australia. ‘Percutian’ ke Australia itu ternyata berbeza. Masjid-hopping itu cara Chad untuk mencari erti hidup dan Fend hanya mengikut tanpa bantahan. Mula-mula kekok namun semua seakan kena. Iktikaf , itu yang mereka buat.

Amalan-amalan ibadah yang sebelum ini susah nak dibuat atau tidak pernah dijadikan ritual , seakan menjadi amalan wajib di sana. Dan Chad mahupun Fend tidak mahu ketinggalan dalam mengejar menaiki tangga ke syurga ALLAH. Dan dengan itu , ibadah jadi ringan dan mereka seakan-akan berlumba-lumba ke arah yang sama , iaitu mencari reda ALLAH.

Dan akhirnya mereka jumpa benda yang ‘hilang’ itu , mereka jumpa erti hidup mereka. Pelik , di negara yang bukan agama rasminya Islam , namun Islamnya lebih terasa.

Dan pengakhirannya kisah Fend , ada kisah sedih yang mendatang. Fend seakan hilang bahu untuk bergantung dan belakang untuk bersandar. Dan dia seakan merasa tanggungjawab untuk membawa K² ke arah jalan dan pemikiran yang sama seperti mana dia dan Chad.

Kisah K² bermula selepas itu. Dvd 11th hour selamat dia tonton , namun rasa yang dia rasa tak sama sepertimana Fend rasa. Namun Fend tidak kenal erti putus asa walaupun pada awalnya dia turut kecewa dengan respon K². Lalu sekali lagi Fend membuat ‘percutiannya’ ke Australia namun kali ini ditemani K². Tiada lagi Chad di sisi. Hati K² masih tidak disapa rasa yang sama dengan Fend. Pulangnya K² ke Malaysia , tiada perubahan. Namun serba sedikit dia seakan faham apa yang ingin disampaikan Fend.

Walaupun itu , dia terasa itu bukan dunia dia , dia terasa seperti seorang hipokrit.

Kerana pertemuan dengan Bapa Tono di Autralia , dia terasa seakan terpanggil-panggil untuk ke Jakarta. Negara jiran serumpun sebahasa namun ternyata banyak bezanya. Dunia Indonesia mengajar dia tentang kehidupan , susah dan senang. Dan dunia Indonesia juga menemukan dia dengan erti hidup sepertimana yang dirasa Chad dan juga Fend.


Komen Ain Sabrina :

Bagi saya , novel ini adalah novel yang paling berat yang pernah saya baca buat masa ini. Berat dalam definisi kamus saya adalah kerana terlalu banyak falsafah hidup juga ajaran agama cuba diterapkan Hlovate buat pembaca. Berat bagi saya adalah apabila saya mengambil masa berminggu untuk habiskan setiap helaian dalam novel ini.

Kisah Fend , Chad dan kisah K² adalah kisah kita , kisah manusia yang mencari erti hidup , itu fitrah manusia. Dalam masa kita manusia yang kebanyakkan bencikan peraturan hidup namun fitrah kita juga yang memerlukannya.

Fend , wataknya adalah watak remaja kebanyakkan. Pelajar yang hidupnya berlatarkan buku , belajar , assignment , kawan-kawan dan muzik. Remaja kebanyakkan yang hidupnya banyak mengenai dunia dan diselitkan amalan untuk akhirat yang tidak begitu terjaga. Fend bukan remaja atau manusia jahat yang berbuat onar di dunia , namun dia juga bukan manusia baik yang amalan ibadahnya terjaga. Dia seperti remaja kebanyakkan namun dia masih tidak tenang , masih mencari yang ‘hilang’. Dan pastinya yang ‘hilang’ itu adalah fitrah manusia yang perlukan DIA dan inginkan DIA dalam hidup sentiasa.

Kisah pencarian Fend , Chad dan K² membuatkan pembaca turut sama mencari erti hidup. Perubahan mereka sedikit demi sedikit turut sama memberi motivasi kepada pembaca untuk turut sama berubah. Manusia ini mudah alpa , perlukan pengerak dan kawan ternyata salah satu pengerak yang baik. Itu yang cuba dijalankan Fend buat K². Walaupun lambat prosesnya , namun akhirnya berjaya. Semangat Fend ini perlu kita ‘curi’ untuk diri kita sendiri dan juga buat saudara semuslim kita.

Kisah 11th hour : “ The man who decided to change his life on the 12th hour dies on the 11th .” Saya tidak pernah tengok tetapi namun daripada ayat di atas , kita dapat memahami sekilas apa yang ingin disampaikan dalam kisah 11th hour itu. jadi , mari berubah !!! ^^

Yang menarik lagi , mengenai buku ini , setiap pengakhirannya bab itu ada falsafah yang ingin disampaikan Hlovate. Ayatnya pendek namun ada kalanya ‘terkena’ sendiri. ^^


Beberapa kata-kata di akhir bab yang saya suka :

“ Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tidak kisahlah dalam bentuk apaatau daripada siapa “

“ Cukupkah sekadar harta , kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau hajat itu yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia? “

“ Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana”

“ Peluang yang ada dalam hidup ini sama juga macam kereta api , perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat , makan asap “

“ Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat , hanya dibuat alat.”

“ kalau ada kemahuan dan usaha , ‘halangan’ adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa”

“ masalah takkan hanya selesai dengan main falsafah “ – ini yang paling terkena (= =’)

“ hidup takda cita-cita tu namanya hidup sia-sia”

Dan banyak lagi, dah tak sanggup nak menaip . (>_<)

Lagi satu muka depan ( ada muka depan ke? ^^) novel ini sangat menarik. Memang lain dari yang lain. Tidak tahu dimana satu muka depan buku ini sepatutnya.

---
Ain Sabrina

Dec 28, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (47) ROOFTOP RANT

ROOFTOP RANT
Penulis : Hlovate
Halaman : 538
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1, 2, 3 & 4 - 2009


Secara ringkas :

Kisah bermula di menara Topaz… ‘The unwanted Trisy’ dan ‘Jaded the Jade’ bertemu dan berkongsi masalah mereka di atas menara itu. Mereka orang asing, tiada hubungan persaudaraan tetapi mereka saling memberi semangat dan lebih memahami antara satu sama lain lebih dari saudara sendiri. Di hadapan orang lain Trisy seorang gadis liar dan pendiam tapi bila dengan Jade, Trisy seolah-olah tak tahu istilah berhenti cakap tu apa?

“Betul la kau ni bising.”

“Sebab sebelum ni tak pernah ada orang nak dengar aku bercakap pun.”


Jade dengan konflik sebagai anak tengah dalam keluarganya dan Trisy yang kurang kasih sayang dan perhatian dari keluarga. Berbeza konflik tetapi berkongsi rasa. Disebabkan Trisy kecewa dengan keluarganya dia overdose sehingga nyaris-nyaris meragut nyawanya ketika itulah Jade yang menjadi penemannya. Trisy rasa dia tak boleh hidup tanpa Jade dan Jade pun rasa benda yang sama.

Tapi ayah dan mak Trisy dah buat keputusan. Trisy dihantar pulang ke kampung. Di sana ada datuk dan nenek yang boleh jaganya da nada Pak Su, ustaz versi rock yang akan memantaunya dan menjadi pengganti Jade walaupun tak sama macam Jade sepenuhnya. Tapi keputusan tu memang tepat, Trisy berubah menjadi lebih baik… lebih baik dari sebelumnya. Jade pula berusaha keras membuktikan kepada mak dan ayahnya kerjaya kartunis yang dia idamkan ada masa depan yang cerah juga dan dia berjaya lakukannya.

Mereka berjumpa semula selepas beberapa tahun. Walaupun sebelum berpisah mereka tidak pernah mengungkap kata-kata janji tapi mereka seolah-olah faham dengan hati masing-masing. Cinta tak perlu diungkapkan dengan kata-kata berbunga cukup dengan kata-kata yang bermakna untuk mengikat hati. Itu yang Jade ucapkan kepada Trisy.

“Aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"


Komen saya :

Rooftop Rant adalah salah satu karya Hlovate yang paling saya suka! Selain naskah 5 Tahun 5 Bulan. Rooftop Rant bagi saya karya yang lebih serius sebab lebih menjerumus kepada realiti kehidupan dan bagaimana cara untuk selesaikannya. Bahasa yang digunakan Hlovate macam biasa dekat di hati. =)

Bak kata Hlovate ‘Live well or live hell you choose.’ Sangat setuju dengan quotes nie. Apa yang saya dapat bila baca Rooftop Rant nie, berat macam mana masalah kita, besar mana sekalipun kesalahan yang kita buat… ada cara nak selesaikannya dan yang penting jangan berputus asa dengan-Nya dan ingat yang Dia sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Dia tak akan bebankan hambaNya dengan dugaan yang kita tak mampu pikul. Tu yang pasti…

Setiap kali baca karya Hlovate mesti terkesan dalam hati nie untuk berubah. Seolah-olah watak dalam novel tu mempengaruhi saya untuk berubah! Berubah ke arah yang baik tu yang pasti. Sama juga kali nie, watak Trisy yang berubah 360 darjah dari gadis liar kepada muslimah sejati sedikit sebanyak buat saya terfikir kalau Trisy yang ada masalah lebih serius sampai pernah buat keputusan untuk bunuh diri boleh berubah kenapa tak orang biasa macam saya berubah jadi lebih baik? Persoalan di situ…

Watak ‘Jaded the Jade’ yang sangat cool dan tenang memang saya suka. Walaupun pada mulanya Jade selalu dibandingkan dengan abang dan adiknya disebabkan minat melukisnya tu yang nampak macam tak ada masa depan pada mulanya, akhirnya berjaya jugak jadi kartunis yang hebat dan popular! Di mana kemahuan di situ ada jalan bukan? Jade dah buktikan kalau kita sukakan sesuatu benda kita kena berusaha kuat untuk dapatkannya bukan duduk diam tak buat apa-apa.

Part yang berjaya buat saya senyum sampai ke telinga mestilah ending tu kan. =)

“Kau tau aku memang tak pernah good with words, kan?”

Lambat-lambat Trisy mengangguk menunggu Jade menyambung.

“Aku dah cakap dengan Pak Su, aku nak jaga kau.” Tenang Jade mengucapkan sepatah-sepatah.

Mug hampir jatuh melungsur dari tangan.

“Aku nak jaga kau sebab aku sayang kau. Be my wonderwall?"


Serius cakap cara Jade lamar Trisy buat saya rasa Jade the coolest guy ok. Hehe. Apa-apa pun Rooftop Rant memang the best!

XX Quotes : Sangat rugi siapa yang belum baca Rooftop Rant nie… siapa taka da lagi novel nie better beli. Sekali baca conform nak baca balik lagi. Pengisiannya sangat-sangat menarik, bak kata orang korea Daebakkk! Terbaik.

XX : Cabaran 50 Buku : (44) 5 TAHUN 5 BULAN

5 TAHUN 5 BULAN
Penulis : Hlovate
Halaman : 509
Harga : RM 21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1, 2 & 3 - 2007
Cetakan 4 - 2008
Cetakan 5 & 6 - 2009
Cetakan 7 - 2010


Secara ringkas :

Sementara menunggu keputusan interviewnya untuk keluar negara Ana menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy. Tak lama cuma 3 bulan sahaja., tetapi 3 bulan tu bertukar menjadi satu tempoh yang lama bagi Ana dengan kehadiran Afiq, Along Serbia yang tau nak menyusahkan hidup Ana saja.

“Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam kelat pedas aje. Masin sangatlah ni… lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.”

“Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi…?”

“Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur honey.”

Banyak betul kerenah Along tu sampai buatkan Ana menyampah sangat dengan Along Serbia tu, tau nak menyusahkan hidupnya sahaja… tapi betullah orang tua-tua cakap, jangan benci berlebihan lama-lama nanti boleh jadi sayang!

Bila Ana dapat sambung belajar ke luar negara dan perlu berhenti kerja, Along dah mula rasakan kehilangan Ana. Mereka jauh tapi dekat… teknologi menjadi penghubung mereka. hubungan Ana dengan Along semakin baik dan sampai suatu hari Along mengambil langkah yang lebih berani…

Melamar Ana menjadi isterinya… =)

5 Tahun 5 Bulan… kalau dah jodoh tak kemana…


Komen saya :

Hlovate, novelis kegemaran saya. =) Boleh dikatakan semua novelnya sangat-sangat best, santai tetapi pada masa yang sama ada nilai positif untuk kita jadikan tauladan. Itu yang pasti.

Novel 5 Tahun 5 Bulan nie sangat menarik ya. Suka watak Ana orang gaji paling sempoi abad ke-20 nie. Bukan setakat pandai masak segala jenis makanan tetapi pelajar perubatan lulusan luar negara! Pernah ada orang gaji bakal jadi doktor? Memang hebat.

Seperti yang kebanyakkan orang tahu, Hlovate terkenal dengan gaya penulisannya yang santai dan dekat dengan hati pembaca. Bila kit abaca novel Hlovate terasa kita pun sama ada dalam novel tu sebagai watak tambahan. Seolah-olah kita tengah bercakap dengan watak dalam novel tu. Tu pendapat saya la.

Kemudian, jalan ceritanya pun best dan lawak, suka bila Ana dengan Along gaduh. Suka bila Along mengusik Ana dengan suruh Ana masak macam-macam kemudian complaint tu kurang nie terlebih. Pendek kata ada sajalah yang nak dikomennya tapi yang kelakar tu makan sampai habis.

Saya suka ending cerita nie, memang penghujungnya kita boleh jangkakan Ana dengan Along tapi bagi saya penamatnya lain dari yang lain. Pernah kita dengar orang bahasakan suaminya Along? Tak pernahkan…


XX Quotes : Rugi kalau tak beli karya Hlovate! Hlovate novelis terbaik… =)

Nov 29, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (33) Versus

Tajuk buku : Versus
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 432 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Kisah versus ada sangkut-paut dengan kisah ked’s story dala kombinasi novel Pelangi. Kisah Versus membawa watak utama Minn (adik kepada Ked dalam Ked’s Story). Dari awal kisah menceritakan bagaimana pengorbanan Minn untuk melupakan minatnya dalam skaters setelah diwasiatkan oleh atuknya. Kerana urusan kolej, Minn dipertemukan dengan Asyraf Omar yang lebih ingin dikenali sebagai AO. Dan AO seakan membawa Minn kembali ke dunia skaters. Minn geram, kerana bukan mudah hendak dia melupakan minatnya yang satu itu.

Dalam masa itu, ada satu pertelingkahan hati dalam jiwa AO sehinggakan dia berani pecah masuk bilik Minn. Dan pada masa itu, AO terus meluahkan rasa.

“I tak memaksa. I cuma meminta. I like u. I really really like u. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good for you and for me. For us. Boleh you bagi peluang tu?”

Dan dia membuktikan setiap perkataan yang diluahkan. Dan perubahan itu lebih berjaya setelah dia ‘fly’ ke Australia. Pelik, namun itulah yang terjadi, lebih mudah bagi dia, AO berubah menjadi lebih baik di negara luar yang bukan agama rasminya Islam.
Percutian keluarga Minn ke Australia secara kebetulan, menemukan mereka kembali. Itu semua jasa along @ Ked yang sibuk menjadi ‘cupid’ mereka. Kekok, itu yang mereka rasa.

Cuti musim panas memberi peluang untuk Asyraf pulang ke tanah air. Mereka bertemu kembali setelah 2 tahun tidak bertemu. Pertemuan itu tidak sia-sia begitu sahaja, AO mengajak Minn untuk menghadiri satu program yang memberi satu kesedaran baru buat Minn. Dan terdetik dalam hati Minn yang dia bukan perempuan yang baik yang tercipta untuk AO lalu dia dengan sengaja menjauhkan dirinya dari AO.

Ingin lari dari AO, dia membawa diri jauh ke Australia, berharap yang AO sudah kembali ke Malaysia. Namun siapa sangka, itulah yang menemukan mereka dan terus merapatkan mereka kembali.

Komen Ain Sabrina :

Yeah..Hlovate lagi. Macam saya cakap di atas, novel ini ada sangkut paut dengan Ked’s story, jadi bila tahu novel ini dah keluar jadi saya rasa tak sabar-sabar nak dapatkannya.

Di Ked’s story, lebih membicarakan watak Ked itu sendiri manakala Versus lebih kepada watak Minn itu sendiri. Namun watak Ked juga cukup sama penting, kalau tiada Ked mungkin perhubungan antara Minn dan Asyraf lambat prosesnya. ^^

Dalam novel ini, dititikberatkan fungsi usrah dan ukhwah dalam kehidupan seharian. Bagi saya sendiri, usrah dan ukhwah itu penting. Untuk jadi baik itu tidak mudah namun untuk bertahan menjadi baik itu lebih susah. Oleh itu, usrah dan ukhwah yang membantu kita terus ke arah itu. Seperti pernah dibicarakan Asyraf dan Hairi dalam novel ini, semua secara umumnya mengetahui tentang syurga dan neraka, namun berapa orang yang berusaha kearah syurga itu dan jauh dari neraka itu. Dan juga dibicarakan tentang fungsi individu muslim itu dan tentang aktiviti harian atau mingguan yang perlu diisi dengan bacaan al-quran, bacaan mathurat, solat sunat dan qiamulail.

Watak Minn dan Asyraf, kedua-dua watak utama ini membawa pengorbanan seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik. Pengorbanan itu sukar, namun dengan adanya keazaman, benda itu pasti. Saya sebagai pembaca sendiri seperti terdorong untuk turut berubah menjadi yang lebih baik !! insyALLAH.

---
Ain Sabrina

Ain : Cabaran 50 Buku : (32) Pelangi

Tajuk buku : Pelangi
Penulis : Syud , Hlovate , Noor Suraya
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 630 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Ada 3 kisah dalam novel pelangi.

Ciretera I : Pelangi karya dari Syud.

Kisahnya mudah. Perkenalan Iman Aisyah dan Usamah Razif juga mudah. Perkenalan yang sekejap sudah menoktahkan kasih antara mereka. Pertemuan Mama Usamah Razif dengan Iman Aisyah di suatu kenduri tahlil membuahkan idea buat Mama Usamah untuk menyatukan Iman dengan anak lelakinya. Siapa sangka, Usamah cepat sahaja memberikan persetujuan. Beberapa pertemuan dibuat lalu mereka berkeputusan ke jinjang pelamin. Di saat hubungan perkahwinan mereka masih baru, muncul Syaz, kekasih lama Usamah membuat onar. Membuat fitnah yang hampir-hampir memecahbelahkan rumahtangga mereka.

Ciretera II : Ked’s story karya Hlovate.

Ibarat tajuknya, kisah ini membawa watak utamanya Ked (watak abang kepada Minn, watak utama dalam novel Versus). Ked, budak skate. Kisah awalnya berkisah tentang skate memperkenalkan watak-watak wrath, Fudge, Am, Rage, Sun, Miju dan juga Minn. Sehinggalah ke bab ketiga, Ked dipertemukan dengan Nawal, yang digelarkan budak felda pada awalnya. Pertemuaan awalnya pahit namun seterusnya mula diwarnakan dengan kisah indah. Setelah bertahun tak ‘terjumpa’, akhirnya mereka ‘terjumpa’ kembali di Florida. Jadi peneman orang berjumpa, akhirnya mereka yang terjumpa. Beberapa pertemuan sering berlaku, membibitkan rasa Ked buat Nawal. Di tengah-tengah kisah Ked dan Nawal baru bermula, ada kisah Minn dan AO yang tanpa sedar turut mendewasakan Ked. Pulangnya Nawal ke Malaysia, Ked berkeputusan meluahkan rasa. Luahan rasa dibuat namun reaksi Nawal mengecewakan. Berhari-hari Nawal hilang tanpa berita sehinggalah sesuatu berlaku. Nawal menerima panggilan telefon yang mengubahkan segalanya.

Ciretera III : Rumah Kecil di Ujung Padang karya Noor Suraya.

Durrah, anak gadis yang dipelihara Haji Hambali dan Hajah Halima. Keluarga asalnya dari Bandung. Ada kisah yang berlaku pada awalnya sehingga dia dijadikan anak angkat mereka. Bersama itu , dia dikurniakan 3 orang abang angkat, Haiqal, Mubis dan Nabil. Semua mereka pernah ada kisah dengannya kecuali Haiqal pada awalnya. Mubis, abangnya itu pernah ditunangkan dengan Durrah sebelum akhirnya terputus begitu sahaja apabila Mubis berkahwin dengan orang lain di luar negara. Nabil pula, kisahnya pada awal novel ini apabila arwah che’ mewasiatkan Nabil untuk menjadikan Durrah sebagai isterinya. Serabut dengan keputusan yang lain terhadapnya, akhirnya Durrah membuat keputusan untuk kembali ke Bandung untuk bertemu dengan ayah kandungnya. Di sana dia dipertemukan pula dengan Doktor Heru, doktor veteriner yang berkerja di ladang ayah kandungnya. Kecewa dengan cinta bertepuk sebelah antaranya dengan Doktor Heru, akhirnya Durrah pulang kembali ke Malaysia. Di saat itu, Mubis kembali mengintai kasih Durrah dan dalam masa yang sama, tanpa disangka, Haiqal turut sama meluahkan rasa. Di saat hati Durrah seakan pasti buat Haiqal, Haiqal pula membawa berita tentang perkahwinannya. Bagaimanakan pengakhirannya? Bahagia atau derita? Atau patut pergi sahaja pada yang setia menunggu?

---
Ain Sabrina

Ain : Cabaran 50 Buku : (31) Gurindam

Tajuk buku : Gurindam Jiwa
Penulis : Hlovate, Imaen , Noor Suraya
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 496 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Ada 3 kisah dalam Gurindam Jiwa yang berlainan temanya.

Ceritera I : Schubert’s Serenade karya Hlovate

Kisah pendek dari Hlovate membawa watak Ju’a dengan Shah. Kali ini tiada tema percintaan dibawa kerana Ju’a dan Shah adalah adik dan abang walaupun tidak seibu dan sebapa. Pada mulanya, Ju’a amat tidak menyenangi kehadiran Shah sedangkan tiada salah Shah pada Ju’a. Sehinggalah kerana minat yang sama dan kerana muzik, mereka mula ‘kamceng’. Namun di saat mereka menanti adik baru mereka, ada satu peristiwa berlaku. Dalam gembira, ada peristiwa sedih menjelma.

Ceritera II : Vendetta karya Imaen

Kisah ini hanya membawa watak ‘aku’ tanpa nama. Kisah di awal meceritakan serba sedikit kebahagiaan ‘aku’ bersama Lia. Namun kebahagiaan itu tidak lama, apabila satu eksiden berlaku yang menyebabkan Lia pergi selamanya. Dan kerana itu, dia tekad untuk balas dendam. Penyiasatan dibuat dengan bantuan yang lain, membawa dia kepada misteri yang lebih besar. Membunuh seakan menjadi satu lumrah buatnya sampaikan tiada rasa bersalah yang terbit. Berjayakah dia membalas dendam atau ada yang menjadi penghalang? Apakah akhirnya, derita atau bahagia?

Ceritera III : Hati Adriyana karya Noor Suraya.

Kisah Hati Adriyana adalah kesinambungan kisah Tanah Adriyana yang pernah diterbitkan CESB sebelum ini. Kesinambungan kisah Aliya dan Hadi yang telah berkahwin setelah menghadapi musim cinta terlarang di dalam novel Tanah Adriyana sebelum ini. Dan di dalam novel ini, dihuraikan dengan lebih mendalam kisah cinta moyang mereka dahulu, Ku Ahmad Fitri dengan Raden Adriyana. Juga bagaimana keluarga Aliya akhirnya mendapat pembelaan setelah rahsia sebenar terbongkar.

Komen Ain Sabrina :

Ketiga-tiga kisah ini walaupun dikumpulkan dalam Gurindam Jiwa, setiap satunya ada kekuatan dan temanya masing-masing. Seakan tiada ikatan langsung antara cerita ketiga-tiga ini.

Watak Ju’a yang mempertahankan prinsip dan ajaran agama, menjaga aurat antara dia dan Shah amat saya hormati. Ini kerana saya tahu benda itu bukan mudah. Untuk menjaga aurat dengan sepupu pun saya rasa susah, tambah-tambah lagi dengan abang yang hidupnya hampir 24 jam serumah dengan kita. Kisah Schubert’s Serenade ada kekuatannya sendiri walaupun tidak membawa tema cinta sebagai temanya. Tema hubungan persaudaraan membuatkan saya turut rindu pada saudara saya sendiri walaupun realitinya pasti tidak seindah seperti dalam novel.

Kisah kedua agak berat. Kisah dendam, kisah nyawa manusia jadi taruhan. Saya ingin mengiakan kata-kata yang ada ditulis dalam novel ini, orang berdendam adalah orang yang paling sedih. Itu benar, kita akan pasti akan lebih gembira jika kita mudah melupakan dan mudah memaafkan. Tiada yang memberatkan fikiran, fikiran yang ringan membawa kepada kebahagian. Dan kerana itu watak ‘aku’ menjadi watak yang menyedihkan, walaupun dendamnya terbalas, hakikat ‘Lia’ telah pergi masih tidak berubah.

Kisah ketiga boleh buat saya tersenyum sendiri. Saya pernah ada buku Tanah Adriyana. Saya cakap pernah ada, sebabnya buku itu sudah hilang tiada ganti =( . Jadi apabila mengetahui ada kesinambungannya, cepat-cepat saya dapatkan buku ini. Ternyata ia tidak mengecewakan. Membaca kisah ini, seakan membaca kisah cinta 2 zaman, kisah cinta Ku Fitri dan Raden Adriyana, kisah cinta Hadi dan Aliya. Kedua-kedua kisah cinta saya suka.

---
Ain Sabrina

Oct 21, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (37) Contengan Jalanan

Tajuk: Contengan Jalanan
Pengarang: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
Halaman: 262 + 291 muka surat
ISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)/ RM24.00 (Sabah/Sarawak)


Kata kulit buku:

Dua contengan dalam satu coretan ~ Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan

Kata KK:

Pertamanya dua cerita berbeza tapi dengan satu tema iaitu "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.”

Kedua, buku ini saya beli ketika di pesta buku 2011. Perasaan saya tidaklah teruja seperti orang lain sebaik saja melihat buku ini kerana kisah pertama pernah disiarkan diblognya pada ramadhan tahun lepas. Maka, awal ramadhan tahun ini saya yang ingin semarakkan ramadhan mula membuka lembaran buku ini. Cuba mendapatkan roh ramadhan dengan perjalanan seorang Fend.

Ketiga, mari saya kisahkan tentang Fend. Fend, hatinya mudah tersentuh iaitu mudah saja dia menerima hidayah hanya dari kata-kata seorang perempuan. Maka, ketika di bulan ramadhan dia bersama sepupunya ke Australia. Perjalanan dia mencari Tuhan bermula disitu. Cemburu benar bila Fend dan Chad dapat habiskan ramadhan mereka dikalangan orang baik-baik.

Oct 17, 2011

Ain : Cabaran 50 Buku : (29) Rooftop Rant

Tajuk buku : Rooftop Rant.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 538 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Satu lagi karya Hlovate , namun karya ini lebih berat berbanding karya-karya hlovate sebelum ini. Rooftop Rant lebih banyak menceritakan masalah reality , penyelesaiannya dan juga falsafah-falsafah hidup.

Ia kisah di suatu bumbung di menara Topaz yang menemukan Trisy dan Jade. Kisah ‘Jaded the Jade’ dan ‘the unwanted Trisy’ , dua-dua dengan konflik yang berlainan namun mereka berkongsi masalah dan ketenangan yang sama di rooftop itu. Perbualan antara mereka berdua seakan-akan memberi kata-kata semangat buat satu sama lain. Bak kata satu kata-kata : "There're times when strangers are like family, and family are like strangers". Itulah mereka , walaupun tiada hubungan persaudaraan namun mereka rapat dan memahami antara satu sama lain lebih daripada hubungan saudara itu sendiri.

Kecewa dengan hidup, Trisy overdose sehinggakan dia dimasukkan ke wad psykiatrik . Dan pada masa itu, hanya Jade jadi peneman, tiada ibu, tiada ayah juga tiada sedara yang datang menjenguk. Akhirnya, ibu dan ayah Trisy membuat keputusan, menghantar Trisy pulang ke kampung. Di sana ada datuk dan nenek yang menjaga. Terasa hidup lebih terjaga dan bermakna, namun rasa rencahnya kurang bila Jade tiada. Juga ada watak Pak Su, ustaz versi rock yang menjadi teman bualan penganti Jade, walau tidak sepenuhnya.

Ain : Cabaaran 50 Buku : (28) 5 Tahun 5 Bulan

Tajuk buku : 5 tahun 5 bulan.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 509 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

5 tahun 5 bulan adalah satu lagi karya tulisan Hlovate. Ana , bekerja sementara sebagai orang gaji di rumah Encik Latfy. Di sana dia dipertemukan dengan anak-anak Encik Latfy. Kerjanya tak mudah namun tidak la sesusah mana jika watak Along tidak ada. Along yang Ana gelarkan Along Serbia, hanya kerana dia suka sahaja mengomen setiap hasil kerja Ana. Ada saja yang tidak kena dengan pandangan Along yang pada saya dari pandangan pembaca, Along nampak sengaja ingin mengenakan dan memberi ujian pada Ana. Ternyata Ana sentiasa tenang. Dan siapa sangka , ada rasa yang bercambah dalam hati Along lebih-lebih gerak gaya Ana melayan adik-adiknya mengingatkan dia pada arwah mamanya.

Namun tidak sempat rasa diluahkan , dia dikejutkan dengan kewujudan Jo. Karektor Ana dan karektor Jo ternyata berbeza. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Along terkejut dan terkesima dan sehingga sebelum Ana berhenti kerja , mereka masih dingin antara satu sama lain.

Pemergian Ana membenihkan rasa rindu antara satu sama lain namun perasaan masih dipendamkan. Tiada luahan antara mereka. Di sana Ana dipertemukan dengan Jebat. Bersahabat baik sampaikan ada satu saat Ana seperti ada rasa buat Jebat sehinggakan Along turut rasa tergugat. Akhirnya setelah semua salah sangka dibersihkan , Along akhirnya berani meluahkan rasa dan setahun tempoh diberikan untuk Ana memikir.

Ain : Cabaran 50 Buku : (27) aA+bB


Tajuk buku : aA + bB
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 495 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Kisah Aa+Bb adalah kesinambungan kisah Tunas. Masih berkisar kisah Addin. Namun Kisah Addin yang lebih dewasa. Kini Addin bukan lagi budak sekolah yang asyik nak buat jenayah sekolah, addin yang dewasa kini ada tanggungjawab yang lebih besar.

Kisah dimulakan dengan perkenalannya dengan Aie di saat dia tersesat di Leiden. Perkenalan mereka tidak berhenti di situ. Selepas itu, mereka kembali terserempak di Malaysia. Dari hanya bertukar email, maju ke ‘chatting’ sentiasa dan akhirnya bertukar nombor telefon. Di saat itu, watak Benz kembali muncul. Bukan muncul sebagai kawan lama, namun muncul sebagai calon suami Addin pilihan ibu dan ayah Addin. Di saat dibelengu dengan masalah demi masalah, Aie jadi teman untuk Addin meluahkan masalah.

Dalam tidak mahu, dalam tiada rasa cinta, akhirnya mereka jadi suami isteri. Suami isteri hanya pada nama. Bersua, bercakap bagaikan orang asing. Kucai menjadi orang tengah, cuba merapatkan mereka, kerana dia tahu ada rasa yang termetrai antara mereka berdua.

Ain : Cabaran 50 Buku : (26) Tunas


Tajuk buku : Tunas.
Penulis : Hlovate
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 539 m/s

Ulasan Ain Sabrina :

Tunas mengisahkan kisah zaman sekolah menengah dan ragam setiap seorang mereka. Menarik !!! Membuatkan pembaca merindukan kenangan zaman sekolah.

Asrama lazim dengan kisah penghuninya, dengan ragam yang pelbagai. Ada yang menyakitkan hati, ada yang alim-alim kucing, ada yang pakar IT, ada yang berlagak diva, juga ada kisah melangar peraturan. Dan kisah Tunas membawakan Addin watak utamanya, juga ada watak tambahan yang lain dengan ragamnya yang menarik hati.

Addin, gadis yang menyamar menjadi orang kebanyakkan sehinggakan kembar sendiri dibuat macam orang asing. Sehinggakan dia pernah kena ‘tangkap basah’ dengan abang kandungnya sendiri. Kemudian mereka dilantik menjadi ketua pelajar bersama.

Masuk tahun akhir di sekolah, ada pelajar baru yang masuk. Gayanya pelik, namanya pun pelik – Benz Alif. Nama ala-ala nama kereta kata Addin. Dari awal mereka seakan tidak sebulu, seakan ada perjanjian musuh antara mereka.

Sep 22, 2011

UA : Cabaran 50 Buku : (13) Contengan Jalanan

Judul : Contengan Jalanan
Penulis : Hlovate
Terbitan: Jemari Seni Sdn. Bhd.
ISBN : 978-967-5118-53-1
Cetakan pertama, kedua Mei 2011


Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan.

Bicara Ummu Ammar :

Contengan Jalanan. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini ceritera hati mencari cinta Tuhan. Kisah Fend dan K-Square. Kisah yang sangat lengkap pada saya. Kisah persaudaraan yang sangat erat. Fend, Chad, Aidid dan K-Square. Yang membesar bersama, mengukir kenangan terindah dalam diri mereka hingga kehilangan Chad menuju syurga abadi amat dirasai.

Sebetulnya, saya tergamam sebaik sahaja menamatkan bingkisan terbaru dari penulis penuh misteri ini. Bukan tergamam kerana tiada cinta di dalamnya, bukan jua kerana tiada penamat antara Fend-Lia dan K-Square-Arin, tetapi tersentap hati dan nurani saya dengan catitan perjalanan mereka mencari erti hidup. Mereka sanggup bermusafir sehingga ke luar Negara mencari cinta Tuhan. Pengorbanan yang bukan sedikit, ketakutan dan kerisauan bermusafir ke tempat yang asing bagi mereka. Tetapi demi mencari erti hidup yang sebenar-benarnya pada Dia mereka serahkan segala.

Jul 25, 2011

WA : Cabaran 50 Buku : (20) Contengan Jalanan

Penulis : Hlovate
Halaman : 262 + 291
Tahun : Mei 2011
Terbitan : Jemari Seni Sdn Bhd
Harga : RM21.00 (Sem. M'sia)/RM24.00 (Sabah/Sarawak)



Plot/Jalan Cerita

Contengan Jalanan, kisah tentang perjalanan mencari diri - soul searching. Mencari arah tuju hidup. Membongkar makna cinta hakiki pada Yang Satu.

Contengan Jalanan sebuah kisah yang mempunyai dua sudut pandangan daripada dua 'pencerita' yang berbeza. Fend dan K2 (baca: K-Square). Mereka dua sahabat dari kecil, membesar dan menimba ilmu di tempat yang sama walaupun berlainan kursus.

Fend, K2, Pa'an, Azad dan Erdi, sekumpulan anak muda pelajar Limkokwing yang berlainan kreativiti dan kemahiran. Fend budak fotografi, K2 dan Pa'an budak Creative Studies, Azad Architect in the making dan Erdi Graphic Design & Ilustration. Namun baik aerosol art, graphic design, kamera mahupun model semuanya disatukan oleh tali gitar dan drumstick dalam Creepy Hues (nama band). Dalam muzik.

Jul 7, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (24) Contengan Jalanan

Contengan Jalanan
Hlovate

ISBN: 9789675118531
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Mei 2011
Halaman: ~ 262 + 291
Harga: RM 21.00


~ Rasaku… ~

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Walau beribu para peminat penulis ini sudah mengatakan 2 patah kata itu, aku tetap ingin mengucapkannya lagi. Terima kasih dengan 'contengan' ini. Mungkin sekadar 'contengan' tetapi itu sudah lebih bermakna buat aku.

CJ memaparkan 2 kisah yang saling berkait. Kisah mereka yang mencari makna diri dan hidup yang akhirnya perjalanan itu membawa mereka mengenal Tuhan. Mencari apa makna di sebalik ini - "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Pastinya perjalanan ini aku mulakan dengan Fend. Siri online yang pernah dibaca di blog penulis dahulu.

Dunia Fend adalah fotografi dan sketch hitam putih. Jiwanya tak akan hidup andai tiada gitar Fender di tangan. Seni dan muzik, ada warna dan ritma. Itu erti hidupnya. Nampak mudah namun semuanya berubah selepas Fend bertemu dengan Musalmah atau nama sebenarnya Amalia [Lia]. Gadis itu meninggalkan kesan yang mendalam. Menyampaikan pesanan yang perlu dipanjangkan sesama insan. Dan sejak itu Fend mula menyoal diri. Apa inikah makna hidupnya? Seputar di antara kamera dan gitar?

Perubahan Fend disedari teman-teman bandnya, termasuk K2. Sepupunya Irsyad [Chad] turut sama menyedarinya. Malah Chad sebenarnya selangkah lebih ke hadapan apabila Fend itu mula menyoal perkara-perkara yang di luar alam. Sudahnya dia mempelawa Fend ke Australia. Backpacking. Buat masjid-hopping di tanah kanggaru di bulan Ramadhan.

Dari kena paksa, paksa-rela akhirnya Fend sendiri yang terbuka hatinya. Mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah, dia berkesempatan untuk berubah. Aku kagum dengan Chad, mengajak orang yang kita sayang ke arah kebaikan. Bukan kita je yang kena pulun habis buat pahala, ajaklah mereka di sekeliling kita. Hidup bersyariat. Indah kan?

Kita bisa saja memimpin tangan orang lain ke jalan-Nya tetapi hidayah itu bukan kerja kita. Fend sudah berusaha sehabis baik, cuba membawa K2 merasai makna hidup yang lebih bererti. Tetapi tidak berhasil. Sudahnya K2 pula yang buat backpacking. Selepas mengikut Fend ke Australia, K2 membawa diri ke Indonesia. Cubaannya dalam mencari makna hidupnya sendiri.

Penamat 2 kisah perjalanan ini memang indah. Sesudah Chad, Fend dan K2 kini tinggal Yani. Harap-harap Yani pun akan merasai perjalanan mereka bertiga sebelum ini. Cuma kehilangan Chad itu sedikit menyentap kalbu. Belum puas rasanya aku membaca kisah Chad itu tetapi apakan daya, penulisnya sudah menoktahkan watak Chad itu sebegitu.

Jujurnya aku lebih menyenangi kisah Fend mungkin kerana membaca K2 seperti tersekat-sekat. Terlalu banyak jargon, terlalu banyak muzik. Jalur-jalur muzik yang membuatkan aku sedikit kelam. Yalah, bukan semuanya aku tahu, lainlah kalau lagu With or Without You tu ada di sepanjang perjalanan K2, ha senang sikit nak faham kih5

Aku dah terbiasa dengan garapan Hlovate yang santai. Terselit tentang ragam manusia yang berhijrah ke arah yang lebih baik. Dan apa yang paling aku suka tentang CJ adalah watak-watak yang berubah itu bukannya disebabkan cinta sesama manusia. CJ tak seperti kisah novel islamik biasa yang sering menjadikan cinta sebagai landasan untuk seseorang itu berubah.

Ada terbaca di beberapa blog [ada masa aku suka blogwalking juga kih5 :P] ramai yang sudah terpengaruh untuk backpacking. Bagus. Permulaan yang baik. Tetapi aku merasakan belajar itu ada di mana-mana, hatta di jalanan yang sering kita lalui setiap hari. Ada. Ia ada. Terserah kita mahu mengutip pelajaran itu atau tidak.

Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa [CJ_Fend]

Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going [CJ_K2]

Ps: Terima kasih Kak Adhan yang tolong belikan CJ masa KLIBF hari tu :))

Happy reading (^-<)
---
Airina

Jun 16, 2011

ABB: Cabaran 50 Buku: (6) Gurindam Jiwa

Gurindam Jiwa Yang Mengasyikkan.

'Gurindam Jiwa’ yang ini sememangnya mampu membuai rasa yang sedang bermalas-malas sepanjang waktu terluang. Rentak ‘pop’ Schubert’s Serenade (Hlovate), Heavy Metal Vendetta (Imaen) dan Balada Hati Andriyana (Noor Suraya), gurindam kisah yang membuai tiga rasa pada jiwa.

Schubert’s Serenade karya Hlovate mengalun lagu remaja. Tunas-tunas cinta yang tumbuh dalam ruang rasa sayang kepada seorang abang tiri. Ceritanya mengajar kita tentang adab hidup dalam keluarga yang punyai abang tiri- lelaki bukan ajnabi.

Vendetta karya Imaen mengalun pula gurindam yang berentak ‘kasar’ dalam dunia gansterism. Dunia yang dikelasifikasikan sebagai dunia lelaki –maskulin. Vendetta menyelami hati AKU yang penuh dengan marah yang membentuk api dendam yang melangit tinggi kepada perompak kedai emas. Di mana peluru mereka yang tersesat, masuk ke dalam jasad isteri aku.

May 11, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (36) Contengan Jalanan

Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-53-1
Harga: RM 21.00 / RM 24.00
M/S: I-Fend (262), II- K2 (291)
Cetakan 1 – Mei 2011

Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan

Blurb:-

Kak Chik menukil:


Karya Hlovate memang sentiasa dinanti oleh Kak Chik. Akhirnya masa PBAKL 2011, JS telah Berjaya menerbitkan Contengan Jalanan versi cetak. Uniknya novel Hlovate kali ini, terdapat dua buah cerita dalam satu Contengan Jalanan dan novel ini memang tiada blurb. Kalau di blog Hlovate, Contengan Jalanan memang mengisahkan kisah Fend sahaja tapi dalam Contengan Jalanan versi cetak telah dikisahkan 2 kisah yang berbeza walaupun masih berkaitan rapat antara keduanya.

I- Fend
Fend @ Fendy @ Affendy merupakan pelajar jurusan fotografi dari Kolej Lim Kok Wing. Fend yang digelar Fend The Fender kerana Fend memang taksub dengan gitar Fender. Fend juga merupakan vokalis kumpulan Creepy Hues yang dianggotai oleh K2, Pa’an, Azad dan Erdi. Creepy Hues telah bertahun tertubuh semenjak mereka di Tingkatan Satu lagi.

Tiga pertemuan yang tidak sengaja antara Fend dan Lia telah menyebabkan Fend terfikir-fikir. Pada pertemuan yang ketiga ketika mereka sama-sama menunggu bas untuk pulang ke kampong, Lia yang pada Fend stok Siti Nurhaliza itu sungguh berbeza. Dan Lia telah memberikan CD di dalam bekas CD hijau itu kepada Fend sebelum Lia menaiki bas. Fend sentiasa tertanya-tanya apa makna di sebalik The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th?

Dan ajakan Chad yang sedang menuntut di Texas untuk backpacking ke Australia ketika bulan puasa itu telah merubah Fend 360 darjah. Apa sebenarnya yang telah Fend alami sepanjang dia dan Chad berada di bumi kangaroo itu?

May 5, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (21) Pelangi

Pelangi
Penulis : Syud, Hlovate, Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Terbitan Ogos 2009

Pelangi sebuah novel yang memuatkan tiga ceritera yang pelbagai jalan cerita. Hasil karya dari Syud, Hlovate dan Noor Suraya.

Cerita pertama adalah dari Syud iaitu Pelangi. Pelangi mengisahkan kehidupan seorang gadis yang telah kehilangan ibu dan ayah, hanya bergantung kasih kepada ibu saudara. Iman Aisyah, itulah gadis yang sentiasa cekal dan tabah mengharungi onak duri kehidupan di Johor Bharu. Iman Aisyah lebih dikenali sebagai Iman dikalangan saudara-mara dan teman-teman. Iman ditemukan dengan Usamah Razif oleh ibu saudaranya. Usamah Razif adalah anak kepada sahabat lama arwah ibunya. Iman dijodohkan dengan Usamah. Melihat kesungguhan Usamah yang cuba untuk memikat sekeping hati miliknya, membuatkan Iman juga semakin tertarik pada Usamah. Iman sudah terbiasa hidup seorang diri sebelum berumahtangga membuatkan Iman tidak bergantung sepenuhnya kepada Usamah. Iman seolah-olah tidak mahu berkongsi segala susah senang dengan Usamah. Namun, kisah lalu Usamah yang sedikit bercelaru telah menghantui rumahtangga mereka. Disebabkan munculnya bekas kekasih hati Usamah di depan mata Iman membuatkan berlakunya pertengkaran diantara Iman dan Usamah. Usamah yang selalu merasai dirinya sebagai pesalah, akhirnya membawa diri jauh dari Iman. Cinta yang tulus semestinya mempunyai penghujung yang indah. Begitu juga dengan kisah cinta antara Iman Aisyah dan Usamah Razif.

Cerita kedua, Ked’s Story oleh Hlovate. Mengisahkan kehidupan Ked Flop atau nama sebenarnya Khalid Faisal yang mempunyai hobi bermain ‘skate’. Ked terlalu mencintai ‘skate’nya. Ked mempunyai banyak koleksi ‘skate’. Ked tidak pernah menyerah cintanya untuk mana-mana wanita, cintanya hanya untuk ‘skate’ sahaja. Pertemuan Ked dengan seorang gadis yang sedikit merosakkan ‘skate’ kesayangannya membuatkan Ked terus untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Mungkinkah cinta Ked untuk ‘skate’ telah berubah kerana kehadiran gadis yang bernama Nawal. Ked dan Nawal saling berhubung melalui emel dan telefon selepas bertemuan pertama itu. Walaupun, Ked tidak jatuh cinta pandang pertama pada Nawal, tetapi, Ked tetap mahu menyemai kasih bersama Nawal dan membina mahligai bahagia suatu hari nanti.

Rumah Kecil di Hujung Padang oleh Noor Suraya adalah cerita terakhir. Mengisahkan kehidupan seorang anak angkat iaitu Durrah. Durrah dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan di Pulau Duyung, Terengganu. Dibesarkan bersama tiga orang abang angkat, iaitu, Haiqal, Mubin dan Nabeel. Durrah dipelihara oleh Haji Hambali dan pasangannya. Sebenarnya, Durrah masih mempunyai ayah kandung yang berada di Kota Bandung, Indonesia. Durrah terpaksa terpisah dengan ayahnya kerana kematian ibu sejak masih bayi lagi dan berlakunya perebutan hak penjagaan Durrah dengan kaum kerabat keluarga ayah Durrah iaitu Ungku Iskandar.

Durrah menjalin hubungan cinta dengan abang angkatnya sendiri iaitu Mubin sejak di alam persekolah lagi. Durrah tidak berminat untuk belajar kerana cita-citanya hanya ingin menjadi isteri kepada Mubin. Sungguh polos gadis yang bernama Durrah ini. Sanggup menyerah seluruh rasa kasih, sayang dan cintanya pada Mubin. Durrah dan Mubin mengikat tali pertunangan sebelum Durrah menduduki peperiksaan SPM lagi dan sebelum Mubin melanjutkan pelajarannya ke negara matahari terbit iaitu Jepun. Durrah tidak pernah kekurangan kasih sayang walaupun sekadar anak angkat. Jarak dan masa telah memisahkan antara Durrah dan Mubin. Mubin akhirnya berlaku curang dengan menikahi wanita jepun yang telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak. Durrah begitu sedih dengan berita yang diterima. Hidup Durrah hanya bertemankan airmata setelah Mubin menkhianati cinta mereka.

Sebelum nenek angkat Durrah meninggal dunia, dia telah meninggalkan pesan supaya, Durrah yang terluka itu berkahwin dengan Nabeel iaitu anak bongsu pasangan ibu bapa angkat Durrah. Tetapi, Nabeel menolak Durrah dengan bermacam kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah seorang gadis. Hati Durrah semakin terluka. Akhirnya, Durrah mengambil keputusan untuk membawa diri ke Bandung. Bertemu dengan keluarga lain ayahnya dan cuba untuk menyesuaikan diri dalam keluarga tersebut.

Semasa di Bandung, pertemuan Durrah dengan Dr Heru iaitu pekerja ladang ternakan sapi ayahnya. Cinta Durrah kecundang sekali lagi. Rupa-rupanya, cinta sebenar Durrah memang terlalu hamper dengannya sejak dulu lagi. Cuma, Durrah yang tidak menyedari kehadiran cinta sejatinya itu. Haiqal, adalah cinta sejati Durrah. Haiqal bijak menyimpan perasaan cintanya terhadap Durrah. Haiqal telah lama menyimpan perasaan cintanya terhadap Durrah kerana menyedari kedua-dua orang adiknya Mubin dan Nabeel juga sangat menyintai Durrah. Setelah melalui detik-detik kelukaan yang ditaburkan oleh Mubin dan Dr Heru, akhirnya Durrah mendapat kebahagian dari Haiqal.

---
noor hekmat

Apr 4, 2011

AS: Cabaran 50 Buku : (13) Pelangi

Tajuk : Pelangi
Penulis Syud, Hlovate, Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni (Ogos 2009)
630 Mukasurat
Harga: RM22 (SM)/ RM25 (SS)

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi. Karya Hlovate memang saya dah baca semua kecuali Tunas. Manakala beberapa buah karya Noor Suraya, Gurindam Jiwa, Surat Ungu Untuk Nuha & Jaja & Din juga telah lama saya baca. Untuk Awak Teja Aulia oleh Syud sudah jadi koleksi saya sejak tahun lepas. Kesemua karya ketiga-tiga penulis dalam Pelangi ini menarik dan memang tidak rugi untuk dibaca dan dijadikan koleksi.

Bagaimana saya hendak mulakan apa yang saya rasa tentang setiap satu cerita dalam Pelangi? Pelangi oleh Syud adalah kisah Usamah Razif & Iman Aisyah. Hidup sebagai anak yatim menjadikan Iman seorang yang sangat berdikari. Lamaran dari Usamah diterima setelah melihat kesungguhan Usamah. Namun kisah lalu Usamah dari kehidupannya yang lampau menghantui perkahwinan mereka berdua. Apakah rahsianya?

Cerita kedua, Ked’s Story oleh Hlovate. Ked’s Story membawa saya kepada kisah Ked yang hanya saya ketahui sedikit sahaja dalam Versus. Ini kerana saya terlebih dahulu membaca Versus, jadi keinginan untuk tahu kisah Ked begitu kuat. Mengenali Ked yang tidak pernah menyerahkan cintanya kepada wanita tetapi cintanya lebih kepada ‘skate’. Namun pertemuan pertama yang tidak semanis gula dengan Nawal telah merubah segalanya. Walaupun bukan dikatakan jatuh cinta pada pandang pertama tetapi Nawal adalah wanita yang ingin dijadikan kekasih & seterusnya isteri.

Rumah Kecil di Hujung Padang oleh Noor Suraya sebenarnya satu cerita yang tidak dapat saya teka kisah apakah yang bakal saya baca. Membaca cerita ini, anda bukan saja hanya melihat setiap sesuatu itu dari kaca mata, hati dan perasaan Durrah saja tetapi kita juga turut merasa kata hati dan perasaan setiap watak-watak lain. Mengenali Bandung tempat Durrah membawa hati yang dilukai oleh Mubin & Nabil (abang angkat Durrah) dan seterusnya bertemu dengan keluarga lain ayahnya. Saya begitu suka dengan watak Abang Haiqal yang begitu cermat menyimpan rasa sekian lama untuk Durrah yang merangkap adik angkatnya. Haiqal hanya meluahkan rasa hatinya apabila tiba saat yang tepat baginya walau mungkin dia akan terlewat untuk memiliki Durrah. Kematangan Haiqal membuatkan saya turut jatuh suka dengan wataknya. Bagi Durrah, cinta yang dicari selama ini rupanya begitu dekat dengan dirinya. Dia terpaksa dilukai oleh Mubin dan kemudian oleh Dr Heru sebelum dia betul-betul kenal siapakah pemilik sekeping hatinya itu.

Ketiga-tiga cerita mempunyai pengakhiran yang akan membuatkan anda tersenyum.

sumber: Anita Sang

Mar 18, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (11) aA + bB

aA + bB
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan Jan 2008

aA + bB adalah kisah cinta selepas berkahwin. Perkahwinan antara seorang doktor dan jurutera. Watak utamanya adalah Addin seorang doktor lulusan luar negara manakala heronya adalah Benz seorang jurutera juga lulusan luar negara. Diperkuatkan lagi dengan watak kembar Addin iaitu Kucai, sangat unik, kembar tidak seiras, lelaki dan perempuan. Kucai adalah sahabat baik Benz.

Addin dan Benz pernah bersekolah yang sama tapi sentiasa belakunya perselisihan faham dan menyimpan dendam di dalam diri masing-masing sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara. Secara tidak sengaja, Addin dan Benz terserempak di luar negara tetapi Addin tidak sedikit pun dapat mengenali Benz. Mereka menjadi sahabat di alam maya, tetapi, Benz menyamar sebagai Aie. Sememangnya Benz lebih dulu tahu yang Addin adalah musuhnya di zaman sekolah dulu.

Apabila masing- masing telah tamat pelajaran dan pulang ke tanahair, mereka di paksa kahwin oleh keluarga kerana keluarga mereka adalah kenalan rapat. Dalam hal perkahwinan yang di atur oleh keluarga, sememang Addin tidak bersetuju dan memberontak kerana dendam yang masih tersimpan kemas dalam hati pada Benz. Addin juga tidak mahu tertewas dengan perasaan sendiri dan rasa hati. Perkahwinan mereka hanya di atas kertas, hidup sebumbung tetapi membawa haluan masing-masing, mereka hidup tidak ubah seperti rakan serumah sahaja. Addin tetap menjaga semua tingkah laku dan aurat nya apabila keluar dari bilik, risau di lihat oleh Benz. Addin juga berkongsi membayar sewa rumah, bil air, bil api dan tidak berkongsi bilik yang sama.

Dendam Addin pada Benz makin bertambah dengan perkahwinan ini. Bagaimana untuk Addin menerima seorang musuh sebagai seorang suami. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu yang selalu merendah-rendahkan maruahnya suatu masa dahulu, tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tidak dikacau oleh lelaki-lelaki lain. Berbagai cara yang Addin lakukan untuk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dan semakin mesra. Tanpa sedar perkahwinan yang tidak pernah dirancang itu menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia untuk menerima segala yang baru dalam kehidupan mereka.

Semestinya gaya penulisan Hlovate santai dan bersahaja, tetap sama dengan novel-novelnya yang pernah say abaca sebelum ini. Jalan cerita yang sangat banyak pengajaran yang berguna untuk semua. Cukup menghiburkan dengan watak Addin dan Benz yang sama-sama mempunyai tahap kekerasan kepala yang sama. Sama-sama mempunyai ego yang tinggi. Mereka berdua sangat susah untuk meluahkan perasaan suka pada pasangan masing-masing.


sumber: nOOr hEkmAt

NH: Cabaran 50 Buku : (10) 5 Tahun 5 Bulan


5 Tahun 5 Bulan
Penulis: Hlovate
Terbitan: Jemari Seni
Cetakan 2006


Setelah saya berjaya menghabiskan novel 5tahun 5bulan

5 Tahun 5 Bulan mengisahkan kehidupan seorang pelajar perubatan di luar negara yang terlalu merendah diri, Johanna namanya. Mempunyai dua karektor, Jo dan Ana. Jo yang mempunyai perwatakan lebih kasar, tidak suka bercinta, manakala perwatakan Ana lebih lembut dan bersopan santun, dan bersifat lebih kepada seorang yang pandai menguruskan rumahtangga. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran telah mengambil hati seluruh isi keluarga Encik Lutfy. Walau dalam keadaan tertekan dan terlalu banyak cabaran yang terpaksa di lalui semasa berada di rumah Encik Lutfy dengan pelbagai karenah anak-anak Encik Lutfy, Ana masih tetap tenang dan mampu tersenyum lebar. Orang yang selalu memberi pelbagai tekanan semasa Ana bekerja sebagai orang gaji, adalah anak sulung Encik Lutfy yang dikenali sebagai Along.

Selama tiga bulan Ana bekerja sebagai orang gaji Encik Lutfy, memberi kesan yang mendalam pada keempat-empat anak En Lutfy. Along terutamanya selalu sahaja memberi ujian dan dugaan pada Ana, macam-macam karenah dan perangai Along yang pelik-pelik telah Ana hadapi. Tapi bila Ana pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara, keadaan rumah Encik Lutfy menjadi sunyi sepi seperti baru sahaja di landa garuda.

Sebenarnya, Along membuat pelbagai kerenah terhadap Ana kerana ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ingin memahami hati dan perasaan Ana. Sememangnya Along menyimpan hasrat untuk memiliki sekeping hati milik Johanna. Kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka dan ego tersendiri. Perangai Along yang suka menyakat Ana membuatkan Ana rasa lemas dan rimas. Ketiadaan Ana di rumah Encik Lutfy, mengakar erti rindu kepada anak-anak Encik Lutfy terutamanya Along kerana Along mempunyai perasaan yang masih terpendam yang belum diluahkan kepada Ana. Kehadiran Jebat sebagai kawan sekuliah Ana dalam hidup Ana memberi cabaran besar untuk Along. Apa-apa pun, setelah 5 tahun 5 bulan berada di tempat orang, ibu bapa Johanna tersenyum gembira kerana Ana membawa pulang 3 sijil ke Tanah Air, sijil Ijazah perubatan, sijil nikah dan sijil kelahiran bayinya.

Penulis menulis dengan gaya yang santai yang penuh dengan imej tersendiri. Itulah Hlovate, terlalu santai dengan bahasa yang cukup ringkas yang pastinya mencuit hati setiap pembaca. Terdapat pelbagai resepi masakan di dalam 5 tahun 5 bulan ini. Kisah kehidupan remaja yang baru untuk meningkat ke alam dewasa. Kisah tauladan yang perlu di contohi oleh mana-mana remaja yang sedang asyik di lamun cinta. Banyak contoh-contoh yang baik di sampaikan oleh penulis melalui watak Johanna.

sumber: nOOr hEkmAt