Showing posts with label Orkid Edyliyne. Show all posts
Showing posts with label Orkid Edyliyne. Show all posts

Dec 31, 2011

Aimie:Cabaran 50 Buku: (86) Tuan Rumah Pembantu Rumah



Penulis: Orkid Edliyne
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
ISBN 978-967-365-058-3
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 517
Cetakan 1 – 2011

“She’s my maid. Not yours…”

Blurb:

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off…Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Ashaa Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam berusaha untuk mengerti. Namun, mampukah ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identity Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Ashaa Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta merungkai semua yang terjadi?

Kak Chik menukil:

Ada sesuatu yang menarik untuk dijelajah dalam karya ini apatah lagi dengan pelbagai helah dan tipu daya antara Emir dan Asha untuk mengenakan antara satu sama lain. Asha berdendam dengan pemilik kereta mini kuning itu kerana pemandu itu sungguh kurang sopan sehingga dia bermandi air lumpur, bukan sekali tetapi dua kali. Aishhh…..Asha memang geram kerana tuan punya kereta itu la dia dianggap orang tidak cukup akal. Memang dia benci pada lelaki itu.

Emir terkejut apabila tiba-tiba mereka mempunyai maid baru di vila mereka, apatah lagi dia dapat rasakan ada aura perang yang akan meletus antara mereka. Dek penangan air kopi Perancis Asha, terus Emir cop Asha sebagai pembancuh air bagi dirinya. Dia tidak akan senang duduk jika dalam sehari dia tidak menyakitkan hati Asha yang dalam diam akan memberontak dan mencari helah untuk membalas dendam.

Memang lawak apabila kedua-dua saling mahu menang dan kadang kala kerana pergaduhan itu mencuit rasa di hati mereka dan KakChik memang tak boleh nak bayangkan lelaki umur 32 tahun yang hidup di kelilingi dengan toy yang berbulu, memang haru. Aduhhhhhh…memang dapat bayangkan si doktor ini memang la lembap dalam nak memikat hati Asha tapi boleh pula dia jadi pengintip kerana nak latar belakang maidnya selepas rahsia Asha terbongkar. Dan memang berbaloi la kot dia intip Asha hingga ke kelas tarian dan tiba-tiba pula jadi hero bertumbuk dengan Taufeeq.

Dalam pada Asha cuba mengepam rasa yang menjentik hati pada Emir, ada sesuatu yang masih menjadi persoalannya – apa hubungan Emir dan Inn? Dua kali dia bertembung dengan mereka dalam keadaan yang mencurigakan apatah lagi kelakuan Inn yang lain macam. Eeeiiii…Asha dah mula fikir macam-macam dah tu.

Berbaloi untuk dijadikan bahan bacaan yang ringan sambil tersengih sendiri dan kalau yang obses dengan negara Korea, karya ini memang sesuai buat mereka. Siap boleh belajar bahasa Korea lagi tu. Kira satu bonus buat pembaca.

Pengakhiran yang manis walaupun Emir dah gelabah bila Asha menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Dan kesian pada Lut yang termalu kerana dianggap membawa khabar yang tidak benar. Ishh…

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-

(^__^)

Jul 1, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (32) Tuan Rumah Pembantu Rumah

Tajuk: Tuan Rumah Pembantu Rumah
Penerbit: Fajar Pakeer (2011)
517 Mukasurat
Harga: RM21 (SM)/ RM24 (SS)

Rasa teruja menatap novel Tuan Rumah Pembantu Rumah di tangan, tidak sama rasanya selepas membaca sehingga ke helaian terakhir. Mungkin orang lain lebih sesuai dengan jalan cerita sebegini tetapi agak tidak sesuai untuk saya. Namun begitu saya tetap menghabiskan bacaan untuk mengetahui kesudahan cerita Intan Asha Azreen dan Emir Jihan.

Secara ringkasnya, Intan Asha Azreen telah mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah apabila ditimpa masalah. Ketika kecewa melihat tunangnya Taufeeq Badree bersama perempuan lain ( yang bukannya baru pertama kali berlaku ), Azreen telah melarikan dirinya dari rumah. Sudahnya dia lebih sanggup menjadi pembantu rumah di rumah Tan Sri Kamil Adfian ( papa Emir Jihan ) sedangkan dia sendiri memang dari keluarga senang, anak Tan Sri Fadilhuddin dan merupakan seorang Head Chef di Hotel Intan Purnama (milik ayahnya). Bermula dari saat itu, Azreen pantang bertemu Emir Jihan, ada saja yang akan dilakukan oleh kedua-duanya untuk mengenakan satu sama lain. Usik mengusik tidak pernah tidak apabila bertemu muka.

Ketika membaca novel ini, adakalanya saya tertanya-tanya sendiri, kenapalah watak Azreen yang sudah menjangkau 29 tahun dan Emir Jihan yang sudah berusia 34 agak tidak setara gambaran perwatakan keduanya dengan usia masing-masing. Walau secara realitinya, memang wujud sikap orang yang sebegitu, usia sudah matang tetapi perlakuan masih tidak menunjukkan kematangan tetapi saya mengharapkan watak Emir digambarkan agar lebih bersikap matang memandangkan dia seorang doktor dan sudah menjangkau 34 tahun umurnya.

Jun 22, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (4) : Tuan Rumah Pembantu Rumah

Penulis : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 517


Novel karangan Orkid Edyliyne ini sangat menarik dari segi watak utama dan suasana yang dibawakan. Intan Asha Areen merupakan watak utama sebagai pembantu rumah, manakala Emir Jihan adalah watak utama sebagai tuan rumah. Asha adalah gelarannya sewaktu dia menjadi pembantu rumah kepada keluarga Emir. Dia juga seorang peminat artis korea serta filem dan drama korea. Lantaran minatnya terhadap artis korea, Asha telah menggelarkan Emir dengan gelaran Xiah Celup kerana wajah Emir seakan-akan mirip artis korea Xiah Jun-Su, salah seorang ahli kumpulan DBSK. Asha sebenarnya anak kepada Tan Sri Fadilhuddin dan bekerja sebagai Head Chef di hotel ayahnye, Hotel Intan Purnama. Asha sebenarnya lari dari rumah kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya, Taufeeq yang curang dengannya. Asha seorang yang ceria dan kehadirannya di villa Emir dapat menceriakan penghuni villa tersebut.

Emir Jihan merupakan seorang doktor. Sejak kehadiran Asha sebagai pembantu rumah di villanya, hobinya ialah menyakat dan mengusik Asha. Pada Emir, Intan Asha Areen mempunyai tarikan tersendiri. Setiap hari dia akan menyakitkan hati Asha dengan pelbagai cara. Emir semakin mengerti perasaan yang hadir dalam dirinya. Sehari Asha tiada, hatinya sudah merindu. Rindu untuk melihat gelagat Asha apabila diusik olehnya.