Jun 12, 2008

Tahniah...

Salam Semua,

Pertama sekali, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat kawanku yang jauh di seberang tambak sana. Khas buat anda semua, terimalah buah tangan terbaru dari Norisah A Bakar, Kasih Antara Kita. Novel terbitan Creative Enterprise ini boleh anda dapati di kedai-kedai buku mulai hari ini.

** ^ **

** ^ **

Blurb:

Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik dihati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. Apakan daya hembusan angin yang lembut tidak menyampaikan suara hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua telah memisahkanya. Nur Asyikin pula berdepan dengan berbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.

Ahmad Zakuan lelaki yang kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dalam hidup Nur Asyikin. Sayangnya berbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar, Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yang menjadi dambaannya itu?. Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan, cinta antara mereka yang mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin.

** ^ **

Jun 5, 2008

PENGUMUMAN PENTING

Salam Semua,

Dukacita dimaklumkan bahawa majlis pelancaran novel terbaru terbitan Kaki Novel - Bahang Selatan karya Aimy Najwa terpaksa ditunda tarikhnya ke minggu hadapan - 15 Jun 2008 - bagi menghormati kehilangan ibunda Ryzal.


Sekian harap maklum

Jun 2, 2008

Warehouse SALES !! Let's go shopping gurls..!!

Salam Semua,

For more details you can log on this link.

May 26, 2008

Novel Bulan June daripada Jemari Seni


Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti.

Aku
pemain muzik jalanan

melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu

Dia

seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup

Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah? Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini? Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?


Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku! Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.


**~**


Setelah Vendetta (Gurindam Jiwa) dan Labyrinth, IMAEN melakarkan risalah pemuzik jalanan – busker – berbicara tentang cinta antara Fadlan & Nadira, dengan bahasa mantap penuh falsafah, namun disajikan dalam nada manis cara Bohemian.

May 24, 2008

Novel Akan Datang...

Terbaru daripada Kaki Novel bakal menemui anda June 2008 nanti

Apakah yang membezakan isteri curang dengan suami mata keranjang?

Blurb:

Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak disusuri sepanjang perjalanan hidupnya sehinggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku. Setiap belok menjanjikan bencana. Setiap kelok menazarkan malapetaka. Tiada sebutir bintang yang bersinar di malam yang gelap-gelita. Tiada sehembus angin di siang yang mambara.

Lalu dia memutuskan bahawa masa telah tiba untuk membuat pilihan sendiri. Lantaran tandus pengalaman dan mentah usia, sinar cahaya dari api yang bakal membakar diri menjadi dorongan semangatnya. Semakin lama semakin hampir, dan semakin terasa bahang yang mula membakar dirinya berdikit-dikit.

Mungkin dalam membuat pilihan, dia terlupa bahawa keputusan untuk tidak memilih itu sendiri merupakan satu pilihan baginya.

**^**