Aug 8, 2011

R: Cabaran 50 Buku: (56) 888 Fakta Pelik & Menarik


888 Fakta Pelik & Menarik
Penulis: Nasron Sira Rahim
Editor: Sity Normala Salim
Terbitan Alaf 21
RM15.00
Sabah/Sarawak: RM18.00
143 mukasurat
9789831246665


"Misteri keajaiban alam di hujung jari anda..."


Buku ni mengingatkan aku pada zaman2 aku student dulu... *mode nostalgia* aku ada hobi potong keratan akhbar muka surat depan Utusan Malaysia yang ada sisipkan fakta menarik. Memang tak fikir panjang bila tengok tajuk buku ni yang diterbit dan dijilidkan dalam bentuk buku yang dihiasi gambar-gambar berwarna yang menarik. Lepas beli tu baru aku perasan nama penulisnya iaitu Nasron Sira Rahim. Aku dah baca dua buah novel beliau iaitu Enigma dan Nama Atas Kertas :)


Fakta-fakta yang dikompilasikan dalam buku ini dibahagi mengikut kumpulan-kumpulan tertentu contohnya:
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Haiwan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tumbuhan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tokoh atau Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Sejarah
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tubuh Badan Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Bahasa dan Nombor
-Fakta Pelik dan Menarik di dalam al-Quran

ada sejumlah 16 kumpulan fakta yang dibahagikan dalam buku ini.


Fakta-fakta yang disusun secara bernombor ni membuatkan kepala tak pening membaca. Tambah-tambah bulan-bulan puasa ni buat aku rasa terhibur juga. Sekali-sekala terkeluar juga perkataan "oooh", "whoaa", "eh?" :) Sangat banyak perkara-perkara di dunia ini yang kita tidak tahu. Kadang-kadang aku baca kuat-kuat bagi anak buah dengar. Ternganga jugak diorang walaupun diorang tak berapa nak faham lagi apa yang aku cerita. :) Jenis buku yang aku akan capai selalu untuk baca.


Dalam 888 fakta tu yang aku perasan fakta di nombor 247 ada kesalahan. yang ni memang aku confirm fakta tu salah sbb aku ni penggemar siri Filem Star Wars. Gene Roddenberry adalah pencipta siri tv Star Trek, bukannya Star Wars. Star Wars tu creator dia adalah George Lucas. Selain Princess Lea & Han Solo, Amidala & Anakin, pasangan paling comel dalam Starwars adalah R2D2 & C3PO. haha. eh nak korek kotak dvd cari citer starwars.(aku pernah nak bli vacuum cleaner sebab bentuk dia macam R2D2.)


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


888 Fakta Pelik & Menarik ialah buku kedua Nasron Sira Rahim selepas buku MISTERI DUNIA mendapat sambutan yang menggalakkan. Segala fakta yang dikumpul merupakan hasil pembacaannya melalui laman web, akhbar dan jurnal untuk dikongsi bersama pembaca.


Buku ini menghimpunkan pelbagai fakta pelik dan menarik mengenai haiwan, tumbuhan, tokoh, tempat, rahsia tarikh lahir, tulisan tangan dan banyak lagi topik yang pastinya akan membuka minda dan menambah pengetahuan am sedia ada.


Antara fakta pelik tapi menarik ialah:


-mentadak betina akan memakan kepala mentadak jantan yang menjadi psangannya selepas mengawan
-Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika ttidak memanjangkan lehernya
-Tikus tidak boleh muntah. Sebab itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan tersebut
-Manusia pertama yang mencipta lampu, iaitu Thomas Edison dikatakan takut berada di dalam gelap.
-Kebanyakan ibu jari manusia biasa adalah sama panjang dengan hidungnya
-Lelaki dikatakan enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita

Ain : Cabaran 50 Buku : (16) Chicken Soup for the Soul - Living Your Dreams


Tajuk buku : Chicken Soup for the Soul-Living your dreams.
Penulis : Jack Canfield & Mark Victor Hansen
Keluaran : HCI ( Health Communications,Inc. )
Halaman : 371 m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Buku siri Chicken Soup for the Soul memang terkenal dan diketahui sebagai buku yang mengumpulkan kisah-kisah yang dihantar dari pelosok dunia. Dan buku ini , Chicken Soup for the Soul, Living your dream mengumpulkan kisah-kisah pelbagai manusia mengejar kejayaan dan impian masing-masing.

Halaman depan buku ini dimulakan dengan teori bagaimana mahu memotivasikan diri dan menyusun langkah untuk mencapai kejayaan.

Penulis mengetengahkan 10 langkah.

Langkah pertama : Putuskan apa yang anda mahu. Di langkah pertama ini penulis mengajak pembaca bermimpi dan berangan sekejap. Namun ia bukanlah angan-angan mat jenin apabila penulis mengajak pembaca-pembaca menuliskan impian masing-masing dan mengajak pembaca member target masa untuk setiap impian masing-masing. Penulis mengajak pembaca untuk merealisasikan impian masing-masing.

AS: Cabaran 50 Buku : (40) Kau Yang Satu

Tajuk : Kau Yang Satu
Penulis: Nia Azalea
Penerbit : Alaf 21 (Cetakan 9 -2005 )
416 Mukasurat

Walaupun telah diterbitkan pada tahun 2002, saya terpanggil untuk membaca novel ini memandangkan pada tahun 2005 telah mencapai cetakan yang ke-9. Ingin sekali saya mengetahui tarikan dalam novel ini. Namun setelah membaca beberapa buah novel yang hampir mempunyai tema yang hampir sama iaitu ‘berkahwin kerana terpaksa dan kemudian jatuh cinta dengan pasangan’, saya sudah dapat mengagak penghujung ceritanya. Mungkin tidak adil bagi saya mengatakan bahawa tema yang sebegini biasa-biasa sahaja hanya kerana saya telah membaca banyak kisah sebegini. Ini kerana novel ini telah diterbitkan bertahun lebih awal dari novel-novel yang saya telah baca.

Aug 4, 2011

KK: Cabaran 50 Buku: (27) Ok Ok


Tajuk: Ok Ok
Penulis: Jong Ching Lai
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat: 232 halaman
ISBN: 978- 983- 46-0582-7

Kata kulit buku:

Ok Ok, hanyalah seekor anak orang utan yang telah diselamatkan oleh Atuk Jabau daripada kejahatan pemburu haram di kampungnya, tapi kehadirannya telah banyak member kesedaran moral terhadap keluarga Jabau dan teman-temannya.

Orang utan tersenarai dalam spesies haiwan terkawal, bagaimananakah keluarga Jabau mengatasi situasi ini? Sanggupkah mereka berpisah? Ikuti dan selamilah bauran perasaan tersebut dalam novel Ok Ok ini.

KK: Cabaran 50 Buku: (26) Duka Tuan Bertakhta


Tajuk: Duka Tuan Bertakhta
Penulis: Isa Kamari
Terbitan: Ameenbooks
Muka surat: 568 halaman
ISBN: 978- 967- 362- 078-4
Harga: RM 24.90 (Sem M’sia) / RM 26.90 (S&S)

Kata kulit buku:

Batu Bersurat Singapura bersepai. Serpihannya mendarat di atas kepala pembesar istana. Tanjak di kepalanya terlucut dan dipijak oleh Gabenor dalam suasana yang membingungkan itu. Dia terpaku. Tiba-tiba dia merasakan sejarah tidak akan melupakan dan mengampunkannya.

“Masyghul sangat hatiku melihat manusia ini. Hidup di dunia tidak, akhirat pun tidak, duduk dengan mengeraskan hawa nafsu sendiri sahaja. Seperti kata Arab : jahil murakab, ertinya jahil bersusun dua kali, bodoh sekali, bodoh tiada tahu, dua kali bodoh, orang memberitahu pun dia tiada mahu turut.” – kata – kata Munsyi Abdullah terhadap orang Melayu Singapura.

Isa Kamari mengadun sejarah pembukaan SIngapura pada abad ke-19 dalam bentuk naratif cerita yang epic; berani, imaginative dan provokatif. Novel ini memberi rasa dan haruman baharu terhadap untung nasib bangsa Melayu pada masa kini.

Isa Kamari merupakan penerima S.E.A Write Award oleh kerajaan Thailand dan Pingat Budaya oleh pemerintah Singapura.