Aug 4, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (31) M.A.I.D


M.A.I.D
Penulis : Suri Ryana
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan April 2011

Kepekaan Saya:

M.A.I.D mengisahkan kehidupan gadis yang bernama Noorul. Noorul seorang gadis yang sedikit kelam-kabut. Noorul juga pandai memasak kerana perangainya yang sedikit pemalas untuk jejakkan kaki ke dapur. Noorul datang ke bandar Pulau Pinang untuk mencari rezeki dan menyara ibunya di kampung. Tetapi, malang telah menimpa Noorul, dia terpaksa menjadi penggangur terhormat kerana kilang kicap, tempatnya mencari rezeki selama ini terpaksa ditutup kerana telah bankrap.

Noorul tinggal bersama kawan baiknya yang bernama Iman sebuah rumah flat. Imanlah yang banyak menberi nasihat dan semangat untuk Noorul terus mencari pekerjaan baru. Akhirnya, Noorul berjaya mendapat pekerjaan baru hasil daripada dia mendaftarkan diri pada satu agensi pencari kerja.

Noorul mendapat kerja sebagai pembantu rumah. Iman agak terkejut kerana Noorul sanggup menggalas tanggungjawab sebagai pembantu rumah, sedangkan Noorul tidak pandai memasak. Kepala otak Noorul yang sedikit gila-gila, mendapat ideal, jika, tuan rumahnya mahukan makanan, dia akan membeli di kedai sahaja. Sememangnya, Noorul suka mengambil jalan mudah dalam semua perkara. Noorul tidak pernah terfikirkan risiko yang bakal dihadapinya kelak.

Aug 3, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (39) Bening Merah Jingga

Tajuk: Bening Merah Jingga
Penulis: Nazurah Aishah
Penerbit: Jemari Seni ( Julai 2011)
513 Mukasurat
Harga: RM20 (SM)/ RM23(SS)


Sudah lama habis dibaca namun baru kini ada kesempatan untuk berkongsi apa yang saya rasa tentang karya terbaru Nazurah Aishah, Bening Merah Jingga. Karya yang ditunggu-tunggu dan memang saya sentiasa suka dengan cara penulisan penulis ini. Hampir ada persamaan dengan gaya penulisan seorang penulis yang saya rasa dari negeri yang sama, tetapi tetap ada kelainan. Mungkin yang samanya adalah, sentiasa ada kehadiran watak-watak dari novel-novel yang terdahulu. Bagi sesiapa yang mengikuti karya-karya Nazurah Aishah akan mengenali siapa mereka. Kehadiran watak-watak ini bukan saja berjaya mewarnai jalan cerita tetapi berjaya mendekatkan pembaca dengan watak-watak tersebut.

Mengenali mereka dari rasa hatiku:

Ain : Cabaran 50 Buku : (15) Nuansa Kota Merah


Tajuk buku : Nuansa Kota Merah
Penulis : Khairyn Othman
Keluaran : Jemari Seni
Halaman : 511 m/s

Sinopsis Kulit Belakang :

Babak 1:
Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat rasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!

Babak 2:
Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.

Babak 3:
Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”

Bagaimana mungkin cinta antara benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Ulasan ainsabrina :

MB : Cabaran 50 Buku : (35) Tentang

Judul : Tentang
Penulis : Saharil Hasrin Sanin
Terbitan : Sindiket Sol-Jah
ISBN : Tiada



1. Dan Tentang ini pula adalah himpunan 50 esei dan tulisan terbaik Saharil yang dipilih dari blognya selama lebih satu dekad.

2. Penulis lain wajar menghadirkan rasa cemburu di dalam diri masing-masing dengan Saharil ini.

3. Ada dua jenis cemburu yang dibenarkan di dalam Islam.

4. Pertama, kepada mereka yang Allah berikan harta, kekayaan, dan digunakannya pada jalan kebaikan.

Aug 2, 2011

XX : Cabaran 50 Buku : (13) ENTAH BILA BERSEMI


ENTAH BILA BERSEMI
Penulis : Auni Amauni
Halaman : 454
Harga : RM20.00
Terbitan : Fajar Pakeer
Cetakan 1- 2011


Secara ringkas :

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nazifa yang memiliki kehidupan yang cukup sempurna baginya. Sebuah keluarga yang bahagia, sahabat yang setia dan buah hati yang sangat dicintainya. Tetapi segala-galanya berubah dengan kedatangan Faris. Lelaki yang tidak pernah kenal erti putus asa. Setiap apa yang dia mahu akan dia dapatkan. Termasuklah Nazifa. Dia tercabar dengan Nazifa yang seolah-olah tidak menyedari kewujudannya.

Rencana diatur dan Nazifa akan menjadi miliknya. Faris akan berbuat apa sahaja demi mendapatkan Nazifa walaupun melalui cara yang keji sekalipun. Seperti yang dirancang, Nazifa akhirnya jatuh ke tangan Faris. Faris bahagia walaupun Nazifa menderita. Kerana tidak mahu angkara busuk Faris akan mengaibkan keluarganya Nazifa terpaksa menuruti kemahuan Faris dengan berkahwin dengannya. Apabila Nazifa mengambil keputusan untuk mengahwini Faris, dia dibuang keluarga, sahabatnya marah akan tindakan Nazifa yang meninggalkan Saiful kekasih hatinya dahulu begitu sahaja dan Nazifa turut kehilangan Saiful. Lelaki yang sangat dia sayangi. Sekelip mata Nazifa kehilangan segala-galanya. Semuanya angkara Faris! Faris adalah penyebab Nazifa kehilangan segala-galanya dan kerana itu Nazifa sangat membenci Faris walaupun lelaki itu telah bergelar suaminya.