Feb 17, 2008

Karnival Ideal Kolej ke-17

Yay!!

Pagi tadi aku berpeluang ke serdang bagi memeriahkan karnival yang dianjurkan oleh para pelajar UPM. Tujuan utama aku ke sana kerana nak dapatkan naskah terbaru terbitan Jemari Seni yang menjadi penaja utama karnival tersebut. Novel hasil karya sulung ManjLara yang diterbitkan ini berjudul Persis Sebutir Pasir.

Aku sampai kat sana lebih kurang jam 9.30 pagi bersama Aysha. Nasib baik senang nak carik kerana tiada alamat khusus yang diberikan melainkan hanya sekadar Hospital Serdang sebagai signboard.!!

Meja JS diletakkan bersebelahan dengan meja PutraFM yang setiap khamis jam 12.00 - 1.00 tengah hari menyiarkan segmen Novel@Putra dan Jemari Seni adalah syarikat penerbitan yang menjadi tamu mereka.

Aku sampai awal... berbanding dengan kawan2 yang lain... hehehe sempat la buat permintaan lagu... iaitu lagu Aspalela-permintaan Aysha & aku sendiri pilih lagu UNGU-Cinta Dalam Hati. Tak perasan pukul berapa... nacha tiba ngan anak2nya... seronok tengok gambar nacha yang posing sakan kat Korea tuh... & thanks for the... *big hug 2 nacha*. Lepas tuh kaknOOr, kaknOtie dan ManjLara tiba sejurus selepas tuh & bermula la acara sign-menyain... & yay!! sekali lagi aku jadi orang pertama yang mintak tt dari penulis kita tuh.! & kak syda juga datang!! huhuhu windu sesangat ngan kak syda... lama tak jumpa dia... last jumpa face 2 face masa pesta buku..?? huhuhu memang lama!!

Aku bernasib baik kerana hari ni aku ada assistant yang tak bertauliah!! hehehe mana2 gambar yang aku segan+malu nak ambik... aku suruh si Aysha yang ambik... waaa rupa2nya tak sia2 aku bawak dia. Aku terpaksa mintak diri lebih awal dari kawan2 semua, memandangkan aku sudah janji ngan budak opis nak pegi beraya kat umah bos... so time to say gud bye!!

0 comments: