Mar 6, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (15) Rindu di Awan Biru

Penulis: Meen Zulaikha
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd (Alaf 21)
Harga: RM19.90 / RM 22.90
M/S: 516
Cetakan 1 - 2011
ISBN 978-983-124-625-2

Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini

Blurb:


Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuat dia jadi fobia. Baginya lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Kak Chik menukil:

Dari kulit novel dan sinopsis kita sudah dapat menjangka jalan cerita yang digubah oleh penulis. Warna kulit yang sangat damai bagi Kak Chik dengan kapal terbang ringan dan Opera House Sydney (walaupun Hanan ke Melbourne).

Hanan,anak gadis berumur 25 tahun yang tidak pernah menyimpan impian untuk bercinta apatah lagi berkahwin kerana terlalu fobia dengan nasib ibunya selepas ayahnya berkahwin lagi ketika dia masih di sekolah rendah. Bagi dia tiada istilah perkahwinan. Kehidupan dia hanya bekerja dan berada di rumah bersama ibu selepas adiknya Adi dan Maisarah terpaksa tinggal berjauhan keran tuntutan kerja dan pelajaran.

Hanan bekerja di syarikat pelancongan dan setelah bekerja hampir 8 tahun dia telah dinaikkan pangkat sebagai tour leader yang membawa dia mengembara ke serata dunia. Dan pengalaman pertama membawa rombongan ke Melbourne telah menyebabkan dia berjumpa Kapten Akmal Hakim di awan biru. Rupanya Kapten Akmal tu pilot kapalterbang yang dia naik.

Pertemuan pertama di Melbourne itu telah menjadi sebab untuk pertemuan-pertemuan yang berikutnya. Kapten Akmal bagaikan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Hanan ketika di Melbourne dengan mengorek jadual lawatan group Hanan di sana daripada Ikhwan. Dari Victoria Market hinggalah ke Penguin Island, Kapten Akmal mengekori Hanan. Sikap romantik dengan ambil berat Kapten Akmal sungguh terserlahlah masa dia nak memikat dan menjerat Hanan ni sehingga Kak Chik turut sama terbuai..blushing...

Apabila pulang ke Kuala Lumpur, Kapten Akmal tidak pernah berputus asa untuk terus dekat dengan Hanan. Sungguh, rasanya setiap wanita pasti akan terbuai dengan sikap romantiknya tu. Siap hantar bunga ros merah setiap hari kepada Hanan di pejabat sehingga Hanan terpaksa beralah untuk bertemunya lagi selepas pertemuan di Melbourne. Pertemuan itu juga telah memberi peluang Kapten Akmal bertemu dengan mak Hanan, Sabariah dan Adi. Entah apalah yang digoreng Akmal pada Sabariah ketika menumpangkan Sabariah ke masjid tu.

Selepas itu, Hanan bagaikan terus terbuai dengan perasaan halusnya walaupun dia cuba untuk menidakkanya. Dan ketika kunjungannya ke Turki membawa rombongan itu telah mengubah perjalanan hidupnya. Tanpa dirancang jodoh mereka bertemu di sana walaupun tanpa apa-apa persediaan kerana bagi Hanan, dia tidak mahu melakukan dosa apabila selalu berduaan dengan Akmal.

Dan ketika Hanan dilambung ombak kebahagian yang tidak pernah bertepi kerana Akmal seorang suami yang terlalu baik dan memahami, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tidak pernah dia terfikir akan terjadi kepadanya. Dia yang terlalu anti dengan poligami secara tidak sedar sudah terjebak dengan kancah itu. Sungguh dia tersepit namun akhirnya dia terpaksa rela kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap Akmal dan kerana mahu menjaga perasaan ibu.

Sungguh sakit hati dengan Akmal selepas mengetahui yang dia sudah pun berkahwin. Rasa macam tak adil apa yang dia buat pada Hanan walaupun dia kata dia sayang bagai nak rak pada Hanan. Bagi Kak Chik dia kahwin dengan Hanan semata-mata kerana mahukan anak sahaja kerana isteri pertamanya, Maira tak mahu beranak kerana takut badan menjadi tak cantik..kolotkan! Rasa sakit hati sesangat pada Akmal apabila dia mula tidak berlaku adil pada Hanan kerana dia nampak terlalu la mahu menjadi rahsia itu daripada diketahui Maira. Bagi Kak Chik, Akmal memang pengecuttttttt! Dia sanggup menengking Hanan apabila dia tahu Maira yang konon-konon hamil. Geram sangat masa plot ni. Rasa macam nak saja sekeh-sekeh kepala Akmal tu.

Dan kerana angkara Maira juga, Akmal tanpa usul periksa sanggup mentalakkan Hanan dengan talak tiga. Gila jahat! Lepas tu sanggup pulak dia suruh Hanan 'bercina buta'. Masa ni Akmal bagaikan orang yang tidak berpegang pada agama sedangkan pada awal penceritaan dia sungguh menjaga solat. Nampak baik la kan.

Opppsss....terpanjang pulak Kak Chik bagi hint ni kan...kalau nak tahu apa yang terjadi pada Hanan, sila dapatkan Awan di Awan Biru ye!

Bagi Kak Chik perjalanan atau pembanguan plot cerita sedikit perlahan pada bab-bab terawal. Sedikit rasa merudum semangat kerana kita terpaksa menanti sehingga Bab 16 baru kita ketemu plot cerita yang semakin menarik.

Namun penulis telah membuat Kak Chik merasai pelbagai rasa sepanjang 'bersama' Hanan yang tabah itu walaupun kadang-kadang rasa macam terlalu mudah Hanan membuka hatinya untuk cinta lelaki kerana dalam tempoh hampir tiga tahun dia sudah mengalami dua perkahwinan. Tapi apa nak kata kalau sudah jodoh kan....

Namun ending cerita ni walaupun happy untuk Hanan yang tabah itu, terlalu sedikit yang berkisar kepada kisah Ridz tu. Tertanya-tanya siapa hero cerita ni ye? Keranan watak Akmal memang kuat sungguh jika nak dibandingkan dengan Ridz yang hanya muncul pada 9 bab yang terakhir!


Meen Zulaikha menggarap jalan cerita yang sungguh hidup hingga Kak Chik bagaikan turut bersama Hanan ketika melawati tempat-tempat menarik di tanah kanggaroo dan Istanbul.

Pesanan Kak Chik: Jangan membuat keputusan secara terburu-buru tanpa usul periksa. Menyesal tak sudah macam Kapten Akmal yang macam dah gila talak tu!


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)

0 comments: