Sep 7, 2011

A&N : Cabaran 50 Buku : (33) Gangguan


Gangguan
Tok Rimau, Fikri Kacak, Kusyi Hirdan, Aimi Ainis, Ayob Kelubi, Rahimin, Mona Yanty, Syuqri Mustaqim, Ay Yusof, Kumprinx

ISBN: -
Penerbit: Sindiket Sol-Jah
Tarikh Terbit: Edisi Pertama Cetakan Terakhir 2011
Halaman: ~ 104
Harga: RM 20

~ Rasaku… ~

Tertarik dengan buku ini ketika membaca resensi di blog MB. :D

Jujurnya aku hanya 'mengenali' Kusyi Hirdan; salah seorang novelis [tapi aku tak pernah baca novelnya lagi hehe], yang lain tu tak pernah dengar kecuali Tok Rimau. Itu pun Ajib yang selalu 'bising' pasal blog Tok Rimau tu hik3 lalala5 :P

Gangguan menyenaraikan cerita-cerita seram komedi tetapi sekali-sekala meremang juga bulu roma :D Sememangnya cerita-cerita paranormal mereka membongkar kisah jin, iblis, bomoh, jembalang dan segala macam makhluk yang terlintas di fikiran tatkala berbicara tentang kisah seram. Disampaikan dengan mudah oleh para penulisnya menyebabkan aku tak terasa yang aku sudah sampai ke penghujung cerita. Alih-alih... Eh! Dah habis!

Kisah seram atau dalam erti kata mudah – cerita hantu yang dibingkiskan adalah kisah yang biasa kita dengar. Antaranya kisah saka, hantu raya, kisah hantu asrama [ni yang paling famous masa sekolah dulu], cermin 'ajaib' termasuk juga kisah hantu kembali membalas dendam [ni pula pilihan para penerbit filem].

Aku dah belajar daripada pengalaman membaca blook yang terdahulu. Disebabkan itu aku tidak pula meletakkan harapan yang tinggi ketika membaca kisah ini. Mujur kerana bila tiada harapan, maka aku lebih enjoy menikmati kisah ini.

Ps: Nak baca trivia buku ini? Sila ke sini :D

Happy reading (^-<)
---
Airina

0 comments: