Penulis : Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-29-5
1. Apa yang seharusnya dilakukan jika ada rakan sepejabat non-Muslim mahu membelanja kita makan? Perlukah kita terima ajakan itu? Atau menolaknya kerana bimbang wang yang digunakan tidak halal?
2. Suatu masa dahulu, didatangkan satu 'fatwa' kepada khalayak bahawa haram untuk mengundi calon non-Muslim yang akan diangkat menjadi pemimpin. Bagaimana dengan masa kini, masih terpakaikah 'fatwa' itu?
3. Ustaz Nidzam Abdul Kadir anak kelahiran negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman berpendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu sebelum melanjutkan di peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar. Pernah mengaji di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan sebelum menyambung pengajiannya di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Mesir. Juga berkelulusan sarjana dari UIAM. Aktif dalam dunia penulisan, nukilan-nukilannya sering disiar di majalah-majalah agama, juga kerap terlibat dengan program-program TV dan radio di samping ceramah-ceramah di masjid dan surau.
4. Hadirnya buku ini menurut penulis, agar masyarakat Islam di Malaysia dapat menilai dan menimbang sesuatu perkara dengan berpandukan neraca syariat dan tidak hanyut dengan sentimen kebangsaan yang tidak berasas.
5. Negara Malaysia terdiri dari rakyatnya yang pelbagai kaum, bangsa, juga agama. Kemajmukan itu harus dipelihara dan dijaga dari sebarang perkara-perkara yang boleh mencemarinya. Hubungan akrab bersama antara Muslim dan non-Muslim perlu dilihat sebagai suatu perkara yang besar yang menjamin keharmonian masyarakat dalam negara.
6. Islam adalah agama yang sempurna. Ia tidak meletakkan dinding pemisah antara penganutnya dengan agama yang lain, dari cara bersosial dan berinteraksi. Namun ia perlu dilandaskan dengan hukum dan syariat yang benar.
7. Buku ini menawarkan beberapa perbahasan mengenai tatacara kehidupan masyarakat Muslim bergaul dengan non-Muslim tanpa mengabaikan syariat.
8. Secara peribadi, saya gemar mengikuti kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah Ustaz Nidzam di tv-tv dan radio-radio. Ada terasa semacam tarikan semasa mendengar beliau berbicara menyampaikan ilmu-ilmu. Tergambar keikhlasannya kala beliau berkongsi ilmu kepada masyarakat ramai. Kalau boleh disebutkan, beliau mempunyai aura tersendiri dengan loghat utaranya ketika berbicara.
9. Buku ini bukan terbitan terbaru, bahkan cetakan pertama tahun 2009 lagi. Boleh dijadikan panduan untuk kita sebagai seorang Muslim dalam menjalani kehidupan yang dikelilingi rakan-rakan yang tidak seakidah. Juga sebenarnya wajar dimiliki oleh mereka yang non-Muslim buat dijadikan pengetahuan batas-batas dalam pergaulan seorang Muslim dengan non-Muslim. Baik untuk bacaan semua masyarakat Malaysia.
10. Dengan bahasa yang mudah, dibantu dengan ilustrasi yang berinformasi, buku ini mampu difahami oleh setiap lapisan. Berharga cuma RM 20.00, boleh didapati di toko-toko buku popular, atau di laman sesawang Telaga Biru.
*Kita fahami kesibukan Ustaz Nidzam dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat, tapi mungkin kalau boleh diberikan sedikit masa untuk menulis entri terkini di blog beliau sebagai salah satu cara berdakwah di alam maya, agar lebih mudah didekati oleh golongan remaja dan muda. http://nidzamkadir.blogspot.com/
---
Melihat Buku
0 comments:
Post a Comment