Penulis: Lily Suriani
Penerbit: Alaf 21 @ Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Harga: RM19.90 / RM 22.90
ISBN 978-983-124-599-6
M/S: 484
Cetakan 1 – 2010
Kehangatan cintamu
mencairkan kebekuan hatiku…
Blurb:
Namanya Puteri Anntasya, tetapi hidupnya tidak seindah seorang puteri. Hanya tujuh tahun dia ditatang bagai minyak yang penuh. Ketika itu, dunianya terasa begitu indah. Namun, akhirnya dia dicampak ke istana rindu yang membuatkan dia terasing sendiri. Merindu seorang lelaki yang begitu tegar melukai.
Rindu itu mendidik hatinya menjadi dingin dan beku. Rindu itu juga mengajar hatinya untuk tidak percaya pada cinta. Baginya, lelaki dijadikan daripada software yang sama, tidak setia dan tiada yang suci cintanya.
Ketika tangkai hatinya disapa dengan rasa cinta, dia nanar sendiri. Antara mahu menerima cinta dan menikmatinya dengan sepenuh jiwa atau terus menjadi penghuni di istana rindu yang semakin hari semakin usang.
“Ayah… hapuskan rasa rindu ini. Aku ingin bebas dari rasa itu. Aku mahu menikmati rasa cinta tanpa ragu… Ya ALLAH, tolonglah aku.”
Kak Chik menukil:
Kerjanya sebagai setiausaha kepada boss yang bernama Rafiq di Decofiq sentiasa menyebabkan dia menempah bunga dan pelbagai hadiah lain setiap kali ketuanya yang bujang dan kaya itu bercinta lagi. Dialah yang menempah segala makan malam dan dia jugalah yang menjadi mangsa ‘bakal isteri’ ketuanya setiap kali Rafiq mahu putus dengan kekasih-kekasihnya. Dia tidak pernah bersungut kerana dia hanya menjalankan arahan yang diberikan walaupun kadang-kadang dia berasa kasihan kepada wanita-wanita tersebut. Alasan Rafiq senang saja, dia mahu cari yang terbaik.
Anntasya bukan sahaja menjadi setiausaha tetapi dia juga mampu untuk mengendali kerja lain yang disuruh. Perhubungan Rafiq dengan Qistana yang pada awalnya bahagia sehingga Rafiq mengambil keputusan untuk bertunang telah menjadi masalah besar disebabkan perangai Qistana yang terlalu cemburu. Qistana cemburu dan mahu Anntasya menjauhi bakal tunangnya itu sehingga sanggup menyerang Anntasya di pejabat dan menghamburkan kata-kata hinaan selain daripada menampar pipi Anntasya.
Qistana terlalu obses untuk mendapatkan Rafiq sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggadai maruah diri kepada Idham yang turut meminati Anntasya. *Ikut sangat rasa cemburu sehingga tergadai maruah diri*. Rafiq telah memutuskan hubungannya dengan Qistana setelah mengetahui perangai kekasihnya itu tetapi Qistana memang muka tembok, walaupun terang-terang ditolak malah dijerkah dan ditengking pun masih lagi boleh terhegeh-hegeh. *Tutup muka…malunya kaum wanita jadi begini*. Rafiq mulai menyedari bahawa dia jatuh hati pada Anntasya setelah Anntasya berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk belajar lagi.
Dan seterusnya…kenapa Anntasya itu jinak-jinak merpati? Tidak yakinkah dia dengan segala luahan rasa Rafiq? Berkias sudah, berterus terang juga sudah tetapi Anntasya bagaikan menutup pinta hatinya untuk ditembusi.
Apa kaitannya Prof Azhar sehingga sanggup melindungi maruah Anntasya ketika dia dihina oleh Qistana? Perkara apa selama ini yang terpendam kemas di hati Anntasya yang paling dalam?
Pengakhiran yang manis dengan pelbagai liku jalan yang tidak mudah…
LiFe iS a LoNG
JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
May 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment