Penulis : Areila Sahimi
Halaman : 476
Harga : RM19.00
Terbitan : Kaki Novel
Cetakan 1 - 2010
Secara ringkas :
Iman Suraya mengisahkan Iman, lelaki yang membawa diri ke pulau yang indah nun jauh ke utara, Pulau Langkawi gara-gara membawa hati yang berduka disebabkan kekasih hati, Amelia sudah bertukar gelaran menjadi kakak iparnya dan si gadis riang Suraya yang ke Pulau Langkawi semata-mata untuk melancong seorang diri dan melayan hobinya mengambil gambar sebelum bergelar isteri orang.
Kononnya perlancongan terakhir untuk dirinya sebagai orang bujang.Tunangnya, Azim. Walaupun berat hati tapi terpaksa merelakan juga permergian Suraya ke Pulau Langkawi tu seorang diri, sebabnya dia faham akan sikap Suraya dan hobinya yang satu tu. Mereka memiliki minat yang sama.
Semasa di Pulau Langkawi, Suraya secara tak sengaja bertemu dengan Iman di jeti. Bermula dari saat itulah Iman dan Suraya menjadi rakan sepelancongan. Tetapi mereka sedar akan kedudukan masing-masing. Suraya tunangan orang dan Iman tidak pernah melampaui batas sebagai seorang kawan.
Sepanjang mereka disana, Suraya sedikit sebanyak telah membuatkan Iman mulai sedar akan kesilapannya yang terlalu melayan perasaan kecewanya tu. Hakikatnya dia yang salah dalam perhubungannya dengan Amelia. Sikapnya yang selalu berfoya-foya dengan perempuan sehingga Amelia membuat keputusan untuk berpisah dengannya dan berkahwin dengan abangnya, Adam.
Bagi Suraya pula. Apa yang berlaku dia Pulau Langkawi biarlah setakat itu sahaja. Dia tau batasnya sebagai tunangan orang. Tak mungkin dia akan menduakan Azim.
5 tahun berlalu. Sepanjang tempoh tu Suraya diduga dengan pemergian Azim ke rahmatullah. Norman, abang kepada Azim yang sememangnya meminati Suraya cuba memikat Suraya. Tapi hati Suraya masih pada Azim sehinggalah dia bertemu dengan Iman semula.
Kata Suraya, Norman bukanlah lelaki yang sesuai untuknya. Iman pula terlalu baik untuknya. Jadi siapa yang akan Suraya pilih? Persoalan yang sememangnya dah lama terjawab oleh cover novel nie yang comel sendiri. Iman.
Komen saya :
Areila Sahimi. =)
Iman Suraya adalah novelnya yang ketiga. Novel terdahulu Baju Pengantin Mak Andam dan 2X5.
Lebih matang dari dua buah novelnya yang sebelum ni. Bukan bermaksud novel sebelumnya tak menarik, menarik dan sangat best bila baca. Silap haribulan boleh tergelak-gelak dan tersenyum sorang-sorang bila baca karya Areila Sahimi ni. Sangat santai. Bahasa yang digunakan tak keterlaluan sesuai dengan gaya percakapan anak muda zaman sekarang.
Saya suka watak Suraya yang sangat sempoi dan cool tu. Bukan semua perempuan boleh jadi macam Suraya. Tabah tapi menarik dengan gayanya yang tersendiri. Suraya digambarkan sebagai gadis yang setia dengan tunangnya, Azim. Suraya nie memang sayang gila lah dekat Azim. Sebab Azim nie full package lelaki idaman dan lelaki budimanlah bagi Suraya. Tapi sayang jodoh tak panjang.
Watak Iman yang penampilannya mula-mulanya digambarkan selekeh, berambut panjang siap pakai gelang hitam penuh tangan macam mami jarum betul-betul macam rockers… hehe. Punyalah dia sayangkan Suraya sampaikan sanggup kena belasah dengan Norman semata-mata nak tengok Suraya sayang ke tidak dengan dia. Waktu Iman menyanyi lagu Bruno Mars yang sememangnya terang tang-tang kita tau dia tuju dekat Suraya buat saya tersenyum. Romantik rupanya Iman nie. =)
Bahagian paling saya kurang minat masa timbul watak Norman. Alahai, tuan pendakwa raya nie suka betul memaksa Suraya. Sangat tak suka dengan Norman mentang-mentang dia hensem macam Fahrin Ahmad boleh suka-suka ja paksa Suraya kahwin dengan dia. Hurmm. Nampak sangat penulisan penulis berkesan sebab boleh buat orang tak suka dengan watak Norman tu… hehe
Dalam kita terhibur membaca Iman Suraya ada pengajaran yang cuba penulis tunjukkan melalui watak-wataknya. Melalui Suraya kita belajar kita kena kuat dan terima takdir Tuhan walaupun orang yang kita sayang dah pergi tapi kita yang hidup kena teruskan hidup. Melalui watak Iman kita boleh belajar yang hubungan kekeluargaan lebih penting dari perempuan. Jangan disebabkan seorang perempuan lelaki bergaduh. Watak Norman. Satu ja kot… jangan suka memaksa orang. =P
Sejujurnya saya lebih sukakan Baju Pengantin Mak Andam. Walaupun banyak peribahasa yang telah diubah suai tapi menarik minat, boleh buat saya tergelak dan tersenyum bila membacanya.
Tapi Iman Suraya pun tak kurang hebatnya.
XX Quotes : Cover novel nie sangat comel! Saya suka Iman Suraya. =)
---
Xana
May 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment