Salam semua,
Kakwan mohon maaf pada adik-adik kakwan yang ternanti-nantikan keputusan 10 ulasan terbaik untuk bulan April. Kakwan terlewat lagi *sedih*. Bukan niat nak mungkir janji tapi kekangan masa yang menghalang kakwan tunaikan janji. Dengan acara pesta buku yang baru selesai, kakwan jadi kesuntukkan masa. Padahal para juri sudah beri awal-awal lagi... huhuhu alasan!?
Alhamdulillah. Kali ini kakwan dapat komen yang positif daripada panel penilai. Positif kerana ada peningkatan dalam ulasan yang adik-adik buat. Alhamdulillah itulah yang kita harap-harapkan agar apa yang kita buat ada peningkatannya. TAPI buat panel penilai, ia membuatkan mereka agak sukar mencari ulasan-ulasan terbaik dan sekaligus menyukarkan lagi mereka membuat pilihan.
Jadi, inilah antara ulasan-ulasan yang terpilih untuk ‘Cabaran 50 Buku – Jom Lomba Baca!’ kali ini.
1- Aimie - Dia & Dia
2- Anita Sang - Menunggu Hujan
3- Arirada - Salju Sakinah
4- Ayu Abu Bakar - Kristal-Kristal
5- Khaulah Khalid - Lagukan Senandung Itu
6- Melihat Buku - Sebongkah Batu Di Kuala Berang
7- Mariah - Cinta Sang Ratu
8- Ummu Hakeem - Lasykar Pelangi
9- Xana - Surat Ungu Untuk Nuha
10- Rinn - Matahariku
Sehingga kita bertemu di bulan hadapan, jangan lupa tanggungjawab kalian untuk terus menghantar ulasan-ulasan terkini ya. Sekian.
---
Oh! ya, kakwan juga nak umumkan bahawa kita menerima dua lagi penyertaan daripada adik-adik kita yang berminat untuk menyertai kita dalam acara 'Lomba Baca' ini.
Mereka adalah:
27- Farah Hana
28- Izyan
Semoga acara 'Lomba Baca' kita ini bertambah meriah dan memberi lebih banyak 'pandangan' untuk pembaca di luar sana mendapat gambaran terhadap buku-buku yang kita baca ini. Moga dengan usaha kita ini memberi manfaat pada pembaca lain.
Membaca Memperkasa Minda.... Jom kita Lomba Baca!
May 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Kak Wan...
tak pe kami semua paham...
alhamdulillah..ada rezeki saya lagi..
terima kasih pada panel penilai & kak wan juga...
tahniah juga pd pemenang yg lain ya...
Selamat join Geng Lomba Baca pada adik Farah & Izyan ya...
Congrats to the winners! :D
Tertarik dengan kata Kak Wan tentang komen positif daripada panel penilai. Maksudnya ada peningkatan! Tahniah pada semua :))
Selamat datang kepada geng baru :D
Aimie...
:( selalu aje ada alasan kakwan ni... rasa macam munafik pula berjanji tapi tak dapat nak tepati... ampunkan kakwan ya adik-adik semua!! ampun sangat-sangat.
Airina...
:) Ya, itulah komen pertama yang panel penilai bagi pada kakwan... hinggakan mereka jadi sukar nak buat pilihan. So?? jangan lupa hantar ulasan ya... mana tahu ada rezeki, boleh menang... hehehe
alhamdulillah..syukur sagat..! hehe... terima kasih sebab memilih review saya sekali lagi. =)
geng yang baru join... selamat ber'review' hehe...
pemenang yang lain... tahniah ya..=) murah rezeki bulan ni...
macam tak percaya pun ada..rezeki utk bln ini.tak tahan nak senyum memanjang jer...terima kasih & tahniah utk semua. Moga akan dpt memberikan ulasan yg lebih baik...
dah lame tak jengah sini.. sibuk sikit sejak bergelar ibu.. alhamdulillah saya salah seorang pemenang untuk bulan April. tahniah kepada pemenang yang lain. Patutlah semalam dapat hadiah buku.. thanks kak wan. belum sempat baca lagi tapi adik ipar dah habis baca buku tu mlm tadi.. die bg komen yg teramat bagus.. nak tahu komennya?? tunggu lepas saya habis baca ya... nanti saya buat review di sini..
Post a Comment