Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Harga: RM19.00 / RM 22.00
ISBN 978-967-5118-59-3
M/S: 430
Cetakan 1 – Mei 2011
Blurb:
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah… harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak Nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya
I
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
II
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh hati; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah.
Kak Chik menukil:
Heheheh... tersengih-sengih aje la bila baca karya solo ketiga dari Syud ni. Memang la asyik rasa muka tiba-tiba saja rasa panas bila menghayati watak Pacai dan Wardah. Sangat suka dengan muka depan novel ini yang sungguh meriah. Warna kegemaran lagi tu…
Pertemuan yang nampak manis yang dihasilkan penulis. Wardah yang biasa-biasa aja tidak pernah pun terfikir terpaksa mencari teman lelaki untuk mengelakkan mama terus ‘menjodohkan’ Wardah dengan Ilham. Ilham itu pekerja yang paling disayangi abah. Selepas mama dapat tahu Ilham sudah putus tunang, terus mama mahu merisik Ilham pada Cik Amnah. Walaupun Wardah pernah ‘tersuka’ dan masih ‘suka’ pada Ilham dan mama juga mengetahuinya tetapi Wardah tidak mahu Ilham menjadi mangsa.
Lalu Wardah dan Nik mengumpul idea untuk menggagalkan rancangan mama iaitu mencari lelaki yang menyamar menjadi teman lelaki Wardah kerana Wardah sudah terlanjur kata pada mama yang dia sudah mempunyai pilihan sendiri.
Pacai yang bernama Muhammad Firas Adam itu, seorang yang setia pada cinta tetapi tidak ramai yang tahu tentang itu! Teman-teman rapat juga tidak pernah tahu malah mereka menggelarnya kasonava pula. Mereka tidak tahu bahawa hatinya pernah ‘hilang’ sekali. Hatinya juga pernah terluka kerana Najlaa tidak yakin dengannya. Pacai lebih memendam sendiri. Mungkin kerana sikapnya yang tidak kisah itu menyebabkan teman-teman rapat tidak pernah terjangka begitu.
Lalu pertemuan yang tidak sengaja kerana Nyanyian Tanjung Sepi, menyebabkan hati Pacai berdetak kembali. Dia tidak tahu mengapa mesti dia belanja Dorothy dan kawannya makan? Kenapa mesti dia meletakkan dua kad namanya dalam novel yang dikembalikan semula ke kedai buku itu?
Terlalu menghayati karya ini sehingga pelbagai rasa yang timbul. Kadang-kadang turut tenggelam dalam situasi yang dihadapi Wardah-Firas.
Memang berbaloi untuk mendapatkan karya ini. Pengakhiran yang manis seperti karya-karya penulis sebelum ini. Bahasa yang ringkas dan segar memang amat menyenangkan.
Ohhhhhhh..selepas ini giliran siapa pula ya? Topek? Amar?...Kita tunggu saja. Tahniah buat Syud.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment