Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISBN978-967-0201-13-9
Harga: RM 17.00
M/S: 263
Cetakan 1 – 2011
Duha, pandanglah mataku yang berbisik…
Blurb:
Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan peramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
Kak Chik menukil:
Aduhai… membaca kisah Duha Hafa membuat Kak Chik tersedu dalam masa yang sama bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah Taala kerana kita tidak pernah tahu sama ada nikmat itu akan selalu kekal bersama atau ia boleh pergi dalam sekelip mata.
Kisah Duha-Umair sudah bermula bertahun dulu ketika mereka masih anak-anak kecil yang mentah. Perkenalan ketika Duha berumur 10 tahun dan Umair menjejak 13 tahun itu begitu tertanam kejap di hati Umair kerana sejak bertahun itu Umair telah ‘menyerahkan’ hatinya kepada Duha. Perhubungan mereka melalui bicara jendela itu terjadi kerana suatu sebab. Walau terpisah dalam jangka masa 10 tahun selepas abah Umair ditukarkan ke Singapura dan ketika itu Duha pulang ke kampung neneknya, hati Umair tetap pada Duha.
Setelah 10 tahun, Duha sudah berubah menjadi anak remaja. Dalam perubahan yang ketara ialah Duha sudah berpurdah, menutup seluruh wajahnya kecuali matanya yang bundar sayu seperti mata unta di padang pasir itu. Duha juga sudah tidak mahu berbicara jendela lagi dengan Umair.
Lalu peluang kerja di kedai buku Ceritalah Lagi telah menjadi titik tolak untuk Duha menyelak kembali langsir biji remia. Mereka kembali ke zaman 10 tahun lalu. Umair tetap mahu ‘mengikat’ Duha sebelum dia berangkat selepas mendapat tawaran kerja di Labuan. Lamaran melalui Kak Hada dan Kak Ain telah member peluang kepada Umair untuk menatap wajah cinta hati selepas 10 tahun.
Namun, kenapa selepas peristiwa makan malam di rumah Dr. Hud itu Umair menjauhkan diri dari Duha? Jijikkah dia dengan Duha Hafa yang sungguh polos itu? Setiakah cintanya yang bertahun-tahun lalu selepas itu?
Aduhai…rasa macam nak cepuk-cepuk saja kepala si Umair yang ‘jahat’ itu. Sungguh kasihan pada Duha yang sentiasa merasa rendah diri itu. Duha masih mengumpul kekuatan selepas 3 tahun peristiwa hitam itu terjadi. Duha dalam perjalanan untuk menguatkan hati untuk reda dengan ujian ini, sedangkan Kak Ain itu sungguh reda dalam menguruskan Nik kecil dan Abang Adam seorang diri.
Lalu, apakah doa babah di Jabal Rahmah untuk anak tunggalnya ini? Babah… mami, Duha jenis sedar diri (sungguh sedih dengan ayat ini).
Sungguh…karya Kak Su yang ini menyentap rasa sendu yang bukan sedikit. Tahniah, Kak Su!
P/S: Kak Su…apa pengakhiran untuk Ain Najwa-Nik Adam? Selepas 2 kemunculan, Kak Su masih meninggalkan tanda soal di hati Kak Chik.
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
May 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment