May 20, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (41) Alahai Jijah

Penulis: Dihsar Ludba Haqifa
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISBN978-967-0201-09-2
Harga: RM 17.00
M/S: 351
Cetakan 1 – 2011

Abang Abu, bagi cendol dua!

Blurb:


“Tengah buat apa tu? Dah siap kemas rumah belum? Tak nampak macam istana pun rumah kita ni.”
“Istana apanya makcik? Kalau rumah dah diperbuat daripada kayu, kayu juga. Tak ada maknanya boleh jadi istana. Ini kira okey apa.”
“Yalah. Yalah. Dah, dah. Kau pergi masuk dapur. Sekejap lagi orang kaya tu nak dating. Nanti kalau mereka nampak muka kau, terus tak jadi nak masuk rumah kita. Maklumlah, orang hodoh memang tempatnya di dapur.”
“Amboi! Sedapnya menghina.”
“Apa kau cakap?”

Apakah benar kesudahan hidup seorang budak sepuluh tahun ini akan sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya? Mungkinkah ada seseorang yang akan muncul dan mengoyak muka surat terakhir dan menulisnya semula supaya kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan?
Jangan harap.
Terlalu klise.

*****

DIHSAR LUDBA HAQIFA graduan universiti tempatan ini hanya gemar membaca hanya novel-novel Inggeris. Keputusan bahasa Melayunya pun atas pagar sahaja. Namun dia Berjaya menyudahkan sebuah novel dalam bahasa ibundanya sendiri dengan jaya dan bergayanya; ‘mustahil’ adalah perkataan hanya untuk ‘orang yang kalah’.

Kak Chik menukil:

Pilihan yang bijak untuk bersama Jijah selepas berambu air mata ketika bersama Aliff-Sofea-Yusuf. Memang tak rugi baca Alahai Jijah ni. Sebuah karya yang sesuai digelar Si Manis 17 kerana pendekatan yang lebih kepada dunia kanak-kanak yang penuh dengan khayalan.

Jijah seorang anak yatim piatu, yang tinggal bersama mak dan kakak tirinya, Puan Gayah dan Mariam. Gaya Puan Gayah dan Mariam ni digarap macam karektor mak dan kakak tiri, Cinderella tapi dalam versi Melayu. Jijah dipaksa tinggal di dalam reban ayam di belakang rumah peninggalan arwah ayahnya, Encik Kulop. Walaupun nenek Jijah tinggal berdekatan dengan rumah peninggalan arwah ayahnya, Jijah tidak sampai hati untuk menyusahkan nenek yang sudah tua.

Selain watak Puan Gayah dan Mariam, watak-watak lain yang tidak kurang penting juga seperti Sodah (kawan baik Jijah yang sama-sama tembam), Mamat (kawan sekampung dan sekelas Jijah yang selalu mengusik Jijah walaupun dalam diam pandai pula Mamat menasihati Jijah), Borhan (anak orang kaya, Encik Hamdan yang menjadi kegilaan gadis-gadis kampung tetapi Borhan selalu cuba untuk mendekati Jijah dan menjadi orang kepercayaan untuk Jijah bercerita kisah sedih hidupnya sepanjang tinggal dengan keluarga tirinya).

Karya pertama dari penulis ini mampu buat Kak chik tergelak sendiri walaupun kadang-kadang imaginasi Jijah tu sungguh la luar alam. Namun begitu, pengakhiran kisah Jijah macam sedikit tergantung kerana pada Kak Chik keinsafan Puan Gayah macam dibuat-buat pula. Walaupun begitu ketulusan dan kepolosan anak kecil berumur sepuluh tahun seperti Jijah memang begitu kisahnya kerana pada Jijah, bahagia itu sudah dalam genggamannya kerana dia sudah mempunyai ‘mak’ baharu.

Tahniah pada penulis kerana sudah mampu keluar dari kepompong 'selesa' untuk menghasilkan karya dalam bahasa ibunda

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

0 comments: