May 10, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (21) Rapuh Tanpa Dia

Tajuk: Rapuh Tanpa Dia
Penulis: Maya Bahrun
Penerbit: Fajar Pakeer (2011)
480 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)

Membaca ringkasan bahagian belakang novel membuat saya tidak dapat meneka apa yang bakal dipersembahkan dalam novel ini. Jarang sekali saya membaca novel yang mana watak utamanya adalah artis atau penyanyi. Namun, selepas menghabiskan bacaan, ternyata novel Rapuh Tanpa Dia tidak mengecewakan walaupun saya tidak katakan sebagai antara yang terbaik. Ini kerana, setiap bahagian dalam cerita penuh dengan pengisian yang bermakna kepada jalan cerita.

Ini kisah Lizelia Kamal digambarkan sebagai seorang artis yang cantik, menjadi pujaan dan buruan lelaki ( walaupun hanya Khalid yang saya nampak memburu Liz tanpa jemu ). Juga kisah Kairi, seorang vokalis kumpulan terkenal yang sedang meningkat naik.

Apa yang saya suka:
a) Saya suka bagaimana watak Liz dan juga Kairi digambarkan oleh penulis. Walaupun artis terkenal, mereka berdua tetap hidup sederhana dan tidak pernah alpa dengan populariti masing-masing.

b) Suka watak Kairi walaupun tidak digambarkan sebagai seorang yang sangat kacak macam hero-hero yang lain tetapi tetap sedap dipandang mata dengan rambut yang sentiasa serabut. Tidak banyak cakap tetapi setia dengan rasa cinta kepada Liz walaupun Liz tidak pernah menjanjikan apa-apa. Apa yang penting, bersama Kairi, Liz rasa selamat.

c) Suka juga watak Khalid, watak jahat yang memang boleh membuat kita sakit hati dan meluat. Anak orang ternama yang tercalar egonya kerana ditolak Liz sedangkan sebelum ini tidak pernah mana-mana gadis menolaknya. Kesudahannya, kerana dendam, Khalid sanggup melakukan apa saja sekalipun perbuatan keji, demi mendapatkan Liz.

Apa yang saya rasa kurang:
a) Bagi saya, sebagai watak utama, watak Kairi masih tidak begitu meninggalkan kesan dijiwa
( menurut rasa saya, kerana seorang teman yang telah membaca novel ini begitu tertarik dan jatuh cinta dengan watak Kairi ). Mungkin watak Kairi boleh dibentuk dengan lebih terperinci lagi agar kekal di hati pembaca.

Sebuah novel yang tidak mengecewakan dan tidak terlalu berat.

---
Anita Sang

0 comments: