May 11, 2011

Aimie: Cabaran 50 Buku: (36) Contengan Jalanan

Penulis: Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN978-967-5118-53-1
Harga: RM 21.00 / RM 24.00
M/S: I-Fend (262), II- K2 (291)
Cetakan 1 – Mei 2011

Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan

Blurb:-

Kak Chik menukil:


Karya Hlovate memang sentiasa dinanti oleh Kak Chik. Akhirnya masa PBAKL 2011, JS telah Berjaya menerbitkan Contengan Jalanan versi cetak. Uniknya novel Hlovate kali ini, terdapat dua buah cerita dalam satu Contengan Jalanan dan novel ini memang tiada blurb. Kalau di blog Hlovate, Contengan Jalanan memang mengisahkan kisah Fend sahaja tapi dalam Contengan Jalanan versi cetak telah dikisahkan 2 kisah yang berbeza walaupun masih berkaitan rapat antara keduanya.

I- Fend
Fend @ Fendy @ Affendy merupakan pelajar jurusan fotografi dari Kolej Lim Kok Wing. Fend yang digelar Fend The Fender kerana Fend memang taksub dengan gitar Fender. Fend juga merupakan vokalis kumpulan Creepy Hues yang dianggotai oleh K2, Pa’an, Azad dan Erdi. Creepy Hues telah bertahun tertubuh semenjak mereka di Tingkatan Satu lagi.

Tiga pertemuan yang tidak sengaja antara Fend dan Lia telah menyebabkan Fend terfikir-fikir. Pada pertemuan yang ketiga ketika mereka sama-sama menunggu bas untuk pulang ke kampong, Lia yang pada Fend stok Siti Nurhaliza itu sungguh berbeza. Dan Lia telah memberikan CD di dalam bekas CD hijau itu kepada Fend sebelum Lia menaiki bas. Fend sentiasa tertanya-tanya apa makna di sebalik The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th?

Dan ajakan Chad yang sedang menuntut di Texas untuk backpacking ke Australia ketika bulan puasa itu telah merubah Fend 360 darjah. Apa sebenarnya yang telah Fend alami sepanjang dia dan Chad berada di bumi kangaroo itu?



II- K2 (baca : K-Square)
K2 @ Ku Kamaruzzaman merupakan kawan baik Fend sejak kecil lagi kerana mereka sama-sama membesar di bumi Tebing Tinggi. Mereka berempat, K2 dan tiga sepupu iaitu Fend, Chad dan Aidid memang terlalu rapat.

Fend terlalu meminati muzik sehingga dia sentiasa mahu mempelajari pelbagai jenis alat muzik. Hanya dengan sedikit ajaran, K2 sudah mampu menguasai peralatan tersebut. Hidup K2 bagaikan semata-mata demi seni dan dia memegagang tiket tak ada benda yang boleh dikatakan salah selagi di bawah lesen seni.

Selepas pemergian Chad selepas Zohor pada 1 Syawal telah membuatkan hubungan K2 dan Fend bagaikan ‘terputus’. K2 bagaikan tidak kenal lagi Fend kerana Fend yang dia kenal setelah Fend kenal Fender, tidak pernah sehari pun Fender terbiar kosong.

Backpacking mengikuti Fend ke Australia juga belum mampu membuka hati K2. Dia masih tidak mengerti apa yang Fend mahu sampaikan kepadanya? Apa sebenarnya yang telah menjadi penyebab Fend berubah sebegitu rupa?

Dan kerana kata-kata Bapak Tono telah menyebabkan K2 wisata ke Jakarta berteman Contengan Jalanan Fend ketika di Australia. Adakah terjumpa K2 dengan apa yang dicarinya?

Nota kaki: Sepanjang membaca karya ini memang kagum dengan ilmu yang ada pada Hlovate kerana bukan calang-calang penulis yang mampu menyampaikan apa yang mahu disampaikan dengan begitu berkesan. Dan Alhamdulillah karya ini telah mampu menyebabkan Kak Chik mencuba berubah kepada yang lebih baik. Tahniah pada Hlovate kerana karya yang sungguh memberi makna.. :)

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)

1 comments:

Ummi Kalsom Mohd Khalid said...

http://jundifillah90.blogspot.com/2011/05/dengan-nama-allah-yang-maha-pemurah.html

lagi shar lagi.. =)