May 6, 2011

FHS : Cabaran 50 Buku : (1) Surat Ungu Untuk Nuha

Tajuk: Surat Ungu Untuk Nuha
Pengarang: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Muka surat: 484 muka

Salam ceria semua. Saya memang tak boleh terlepas dari gamitan karya Noor Suraya. Karya beliu membuat kan saya terbelai dan terbayang-bayang. Baiklah, pada kali ini Farah ingin mengajak anda semua untuk mendekati Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN). SUUN ni dah beberapa kali saya khatam. Walaupun begitu saya tetap akan bermula dari muka surat depan hingga belakang, seperti kali ini juga.

Baiklah, pada pendapat saya SUUN membawa kita menyelami hati seorang Nuha ;gadis Bandar yang kecewa pabila pujaan hatinya berkahwin dengan gadis lain. Dan tawaran Nuha untuk bekerja di Kuala Muda merupakan alasan terbaik untuk Nuha tidak menghadiri majlis perkahwinan Faisal.

Di kampung tempat Nuha tinggal dan bekerja ada seorang jejaka yang pada hemat Nuha wajar di panggil Cik Mamat Sarang Tebuan sebab rambutnya yang macam rambut kumpulan Alleycats tu. Dan kemudian Nuha panggil jejaka tersebut sebagai Alang Rebus Tak Empuk. Pandai kan Kak Su memilih nama-nama gelaran ni kan?

Alang atau Muzammil Muadz Yatim dan Nuha Senator Tajul Ariffin selalu saja bergaduh dan berlawan cakap. Nuha pantang di usik oleh Alang. Alang pula memang suka mengusik Nuha. Bukan apa, kata Alang ;Nuha cantik bila marah. Hanya Alang sahaja tahu cantik Nuha itu bagaimana kerana Nuha ni orangnya bukan la putih melepak tapi hitam manis si tampok manggis. Namun, mereka saling menyimpan rasa dalam tidak sedar.

Melalui Alang, Nuha menetapkan azam untuk khatam Al-Quran.Selain daripada itu,ketika Nuha mahu pulang ke KL menghadiri majlis kakaknya, Alang ada menitip kan pesanan makcik Raja dan juga darinya sendiri. Alang ada titip kan beberapa helai tudung. Ya, Alang pandaikan suruh Nuha pakai tudung dengan menghadiahkan 7 helai tudung yang berlainan warna tu kan. Sayang sungguh Nuha pada tudung tersebut. Bersama itu juga Alang ada titipkan beras baru dan puisi kepada Nuha. Kalau nak tahu anda kena dapat kan SUUN ni tau.

Malang tidak berbau. Kemalangan itu membuatkan Alang berasa rendah diri. Walaupun Nuha ada di sisi untuk membantunya,namun dia merasakan itu hanya simpati. Alang ingin membuang segala rasanya pada Nuha dan berharap Nuha tidak pernah menghidu akan perasaannya itu. Alang membawa diri ke Australia. Kala ini baru la Nuha si hitam manis terasa kehilangan. Lalu pelbagai perasaan menjengah dua hati tersebut. Sungguhla kata orang bila jauh hubungan itu akan menjadi lebih manis. Rindu kian merimbun buat hati semakin gundah gulana. Begitu lah perasaan ALANG-NUHA.

Sungguh romantis sekali cara Alang dan puisinya. Saya yang baca ni pun turut terbuai oleh keindahan kata-kata dalam puisi tersebut. Jadi anda di luar sana kalau nak tahu lebih lanjut akan kesudahannya, SILA DAPATKAN NASKAH INI SEBAGAI KOLEKSI .

‘Alah membeli, menang membaca’.

^_^

Farah Hana

0 comments: