May 19, 2011

R: Cabaran 50 Buku:(41) Bisik-Bisik Gelora


Bisik-Bisik Gelora
Penulis: Fauziah Ashari
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
598 mukasurat
RM25.90
Sabah/Sarawak: RM28.90
978960184487


"Cinta yang berbisik di hati kan kusulam
menjadi bait-bait gelora beralun rindu"


Arumi ni masa zaman2 sekolahnya sangat nakal dan agak liar. Dia suka membuli Wari yang 'nerd' semacam. Kejadian dia ditangkap sedang berpelukan dengan lelaki menjadikan ayahnya marah lalu menghantarnya ke kampung untuk tinggal bersama nenek dan nenek saudaranya dengan harapan suasana kampung akan dapat menjinakkan Arumi.


Jad, jejaka nakal di kampung yang gemar mencuri. Apa yang menarik pada Arumi di mata Jad ketika pertemuan pertama mereka adalah barang kemas yang menyaluti tubuh Arumi. Pada malam dia berhasrat merompak Arumi, Jad dianiaya sahabat sendiri. Sedar-sedar sahaja dia dalam keadaan yang mengaibkan bersama Arumi. Ibu bapa mereka yang merupakan orang terhormat di situ memutuskan untuk menikahkan mereka dengan segera. Di hari pernikahan itu Arumi kehilangan suami yang tak pernah dikenalinya kerana suaminya terus kena tangkap polis dan dipenjarakan dan ibu bapanya meninggal dalam sebuah kemalangan. Arumi membuat keputusan untuk pergi ke luar negara.


Kisah ini benar-benar bermula 7 tahun kemudian. Tuntutan tugas memaksa Arumi kembali ke Malaysia dan takdir menemukan dia semula dengan suaminya. Jad mahu Arumi menjadi haknya kerana dia sangat dendam pada Arumi. Keakraban Arumi dan Fakhri telah memarakkan lagi kemarahan Jad. Arumi diperkosa Fakhri tetapi Jad tidak mahu mendengar langsung penjelasan Arumi sedangkan Arumi sudah pun mengandung ketika itu. Anak yang dikandungnya anak Jad tetapi Jad enggan percaya kerana dia yakin Arumi suka berpeleseran dengan jejaka-jejaka kaya dan kacak. Walaupun dia meragui Arumi, dia tidak mahu melepaskan Arumi. Dia mahu melihat Arumi menangis setiap hari.


Kelahiran Akif tak pernah dipedulikan Jad. Watak Akif yang pelat dan naif sangat menyentuh perasaan. Dialog-dialog pelatnya menyentuh hati dan melucukan. Arumi dibayar untuk menjalankan tugasnya sbg isteri dan pembantu rumah kerana Arumi mahu mencukupkan wang untuk pembedahan jantung Akif.


Penemuan baju Arumi yang koyak rabak menimbulkan tanda tanya di hati Jad. Dia mula mengira semula detik-detik silam. Kerinduan juga membuat Jad berfikir dengan waras dan mula percayakan Arumi yg selama menjadi isterinya, tidak pernah bersikap buruk, malah dia seorang ibu yang bertanggungjawab. Jad mula merungkai persoalan demi persoalan dan pada masa yang sama cintanya mula berbunga. Macam mana nak pikat semula Arumi? Dia mula beli mainan utk Akif dan mencurahkan kasih sayang kepada Akif yang sudah berusia 3 tahun tapi belum pernah memanggilnya ayah. Memang rasa nak menangis mengenangkan nasib Akif dan perubahan sikap Jad membuat kita rasa hiba dan dapat membayangkan betapa bahagianya anak kecil seperti Akif yang akhirnya dapat seseorang yang boleh dipanggil ayah.



Watak Wari menyerlahkan lagi sentuhan 'thriller' dalam kisah ini. Penyiksaan yang melanda Arumi angkara Jad terasa sangat tidak adil buat Arumi dan Akif tetapi cara Fauziah Ashari menamatkan kisah ini dgn sesuatu yang manis mengubat hati yang luka :)


sure fine whatever
Sumber: AlongSide




sinopsis/alongside/blurb


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorg pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yg dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yg baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dlm penjara. Apakah yg terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dgn Jad?


Tidak mengahwinkan Arumi, mungkin anak gadisnya itu kian liar. Kini, sudah dikahwinkan, menantunya pula sudah menjadi 'menantu hantu'. ~ Tuan Akalil


"Oleh kerana kau pun dah berhenti kerja dan org pun tak tahu kau tu ada status isteri orang, apa kata kau tinggal aje kat rumah ni, tapi bukan sebagai isteri aku dan aku pun tak suka bela pelacur. Kau duduk sini jadi orang gaji aku!" ~ Jad Izzuddin


"Kalau setakat kau nak aku masuk bilik kau, layan kau, tak mengapa Jad, aku akur. Tapi aku tak akan benarkan kau lukakan hati anak aku sepanjang hidupnya. Jangan buat sistem barter dgn membabitkan perasaan Kif. Kif langsung tak salah apa-apa." ~Banin Arumi


-------
Saya suka mencari kelainan. Membaca novel dan melihat persekitaran memberi inspirasi untuk menulis rentetan hidup Banin Arumi dan Jad Izzudin. Kisah isteri yang tidak boleh menerima hakikat takdir jodohnya. Kisah seorg suami yg berdendam. Diselitkan juga beberapa hadis dan ayat alQuran sbg panduan. bisik-bisik gelora sememangnya mengasak daya, rasa dan minda! Insya Allah, jiwa yg lompang dapat diisi, diselami dan dijiwai. ~Fauziah Ashari~

0 comments: