May 7, 2011

SAL: Cabaran 50 Buku: (2) After Office Hour

Tajuk novel : After Office hour
Penulis : Dahlian & Gielda Lafita
Terbitan : Gagasmedia


Blurb:

Dan, suatu hari, kita bertemu lagi. Waktu berbeda, situasi yang berbeda juga. Kalau pun ada yang tak berubah hanyalah perasaanku kepadamu. Ak masih tak punya alasan untuk membalas perasaanmu.

Namun, kau terlalu keras keras kepada untuk mengakui ketidakcocokan kita. Kau berjudi dengan perasaan seolah tak khawatir sewaktu-waktu aku bias menyakitimu. Kau menjajikan cinta dan aku malah menertawakanmy,

Akhirnya, kau berhenti – menyerah atau balik membencikan, aku sendiri tak tahu. Aku mencoba menghibur diri, berpikir kalau tanpamu aku pasti baik-baik saja. Tetapi, kenapa dadaku sesak saat melihat punggungmu pelan-pelan menjauh?

Apakah ini artinya aku harus balik mengejarmu?


Ulasan:

Athea, janda anak satu yang kematian suami. Terpaksa bekerja kerana hasil peninggalan suami dan keluarganya sudah semakin berkurangan.

Roy Kerthajaya, presiden untuk sebuah syarikat properti ternama. Playboy, kata mereka. Tampan? Ya, tidak dinafikan. Baik? Ya, dia baik yang bukan suka menonjol-nonjol.

Athea? Roy Kerthajaya? Bagaimana ya mereka boleh bertemu.

Athea pekerja baru di syarikat yang ditadbir oleh Roy. Jawatannya adalah setiausaha kepada presiden, iaitu setiuasaha peribadi kepada Roy.

Apa hubungan mereka? Pernah bercinta ketika di SMA tetapi Athea yang selalu menjaga hatinya telah merana sehari selepas Roy melafazkan kata cinta. Dia dengan matanya sendiri melihat Roy bersama dengan pelajar lain. Ketika itu juga dia kata PUTUS.

Sekarang, kita berjumpa semula. Tipulah kalau perasaan itu tidak ada pada mereka berdua. Pada Roy, Athea perempuan berbeza yang tidak mengejar kemewahan dan ketampanan yang ada padanya, Athea adalah Athea yang akan bersikap bersahaja.

Hari demi hari mereka akhirnya sedar rasa cinta yang masih lagi ada dan kali ini Athea dengan berani bertindak melafazkan kata cinta. Rupa-rupanya Roy adalah lelaki yang takut pada perkahwinan. Dia takut dengan komitmen dan dia juga takut wanita yang dikahwininya itu terluka.

Tetapi cinta tetap memainkan peranan kan…

Nota: saya sentiasa tersenyum ketika membaca novel ini. Bukanlah kerana saya suka genre cerita sebegini tetapi ada sesuatu yang saya belajar di sini. Jangan pernah takut untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Kerana itu jugalah saya dengan muka tak malu telah mengatakan ‘I love you’ pada si dia. PEACE!!! Gurau je…

---
Salmah

4 comments:

aimie_afifah said...

Kak Lia,
wahhhhh..saya suka resensi akak ni...
buat sy teruja la pulak...
ni novel dr Indonesia ke?
mana saya boleh beli ye?

lia said...

aimie, buku ni akak pinjam dari kawan dan dibeli di indonesia. kalau kat sini akak tak tahu lah kat mana nak cari. mungkin ada di kedai gramedia kot

aimie_afifah said...

kak lia,
huhuhu...kedai gramedia tu kat maner?
kawan saya ada cakap ada satu kedai buku kat area KL tp saya dah lupa la nama kedai tu..
nak kena gogel cari ni...
nyway..TQ ya for nice review...:)

lia said...

aimie akak pun tak tau kat mana.. *kena tanya pada kak wan* kat mana kedai gramedia tu dan nanti boleh buat rombongan cik kiah.