May 14, 2011

CR : Cabaran 50 Buku : (2) Andai Kau Jodohku

Penulis : Liza Zahira
Penerbit : Alaf 21


Sinopsis dari kulit buku:

Riana Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!



Ulasanku :

Jarang kita berjumpa dengan orang yang mukanya seiras dengan orang lain kecuali kembar. Danish Haiqal, watak dalam novel ini mempunya wajah seiras dengan Syed Aminul a.k.a Minul. Bagaimana wajah mereka seiras? Bacalah novel ini untuk mendapatkan jawapannya. Riana meminati Minul namun Minul teleh berkahwin dengan Maria kerana suatu peristiwa. Riana telah dipukau oleh Ezani melalui ilmu hitam yang dipelajari kerana wajah Riana seiras dengan wajah arwah isteri pertamanya. Tujuan Ezani adalah untuk menghidupkan kembali arwah isteri pertamanya menggunakan tulang arwah dan ilmu sesat yang dipelajari. Mujur keluarga Riana sempat menyelamatkan Riana dengan bantuan Danish dan bapa angkatnya. Ada satu babak tu, Ezani menculik isteri kedua dan anak-anaknya untuk dijadikan korban untuk mencapai tahap tertinggi dalam kumpulan ajaran sesat. Apabila tiba di babak pertarungan antara Danish dengan Ezani terasa meremang bulu roma membacanya. Riana pula mengalami trauma dan perlu mendapatkan rawatan. Kesudahannya memang menarik. Kalian patut baca novel ini.

Wassalam.
---
Aminah

0 comments: