Nov 1, 2011

AMAL : Cabaran 50 Buku (22) : 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Tajuk Buku : 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang
Penulis : Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria
Terbitan : Telaga Biru Sdn. Bhd
Muka Surat : 100


Ulasan

Buku terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd ini dapat membantu ibubapa menjalankan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Buku ini menyediakan 21 kaedah yang boleh diamalkan oleh para ibubapa dalam membentuk anak-anak mereka ke arah kebaikkan. Setiap anak-anak mempunyai pelbagai kerenah dan ragam serta perangai yang berbeza. Setiap anak perlukan didikan yang sesuai dengan jiwa mereka. Jadi, saya sarankan kepada ibubapa agar segera dapatkan buku ini untuk mempelajari, mengerti dan memahami kaedah yang sesuai untuk mendidik anak-anak mereka. Cara mendidik berbeza mengikut usia anak terutamanya mendidik anak di usia remaja yang sering buat ibubapa rungsing dan sakit kepala. Buku ini sebagai panduan dan tambahan ilmu buat ibubapa disamping memperbaiki cara mendidik anak-anak yang mungkin mempunyai sedikit kesilapan.

Buku karya pakar motivasi yang terkenal ini iaitu Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sangat menarik kerana beliau selitkan dengan gambar-gambar agar lebih menarik dan kertas yang digunakan sangat berkualiti. Saya yakin, pembaca pasti berpuas hari dengan buku ini kerana ilmu yang didapati daripada buku ini sangat berguna.


Petikan Pilihan 1

Kaedah 5 : Nasihat dan Teguran

Beri nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal aqidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan.

Dalam aspek kesihatan: didik anak-ianak agar pandai menjaga kesihatan, baik dari segi pemakanan, penjagaan tubuh badan, pancaindera, pakaian, tempat tinggal, riadah dan lain-lain. Suruhlah mereka sentiasa bersenam kerana tubuh badan yang sihat menjamin akal fikiran yang cerdas.

Didik anak-anak supaya memakan makanan yang halal sahaja kerana makanan akan membentuk darah daging. Tubuh badan yang terbentuk dari makanan yang haram hanya layak untuk dibakar oleh api neraka.


Petikan Pilihan 2

Kaedah 6 : Bermain-main dan Bergurau
Cuba tanya diri anda: “Berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda?”

Seperti yang kita tahu bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dan bermesra dengan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh bergurau mesra dengan anak-anak ketika sedang bermain, berehlah dan bersukan. Matlamat kita bergurau dengan anak-anak ini ialah untuk mengembirakan hati mereka. Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik.

Kulit Belakang Buku

*Panduan untuk ibubapa, guru, pendidik dan pengasuh melahirkan anak yang cemerlang dalam aspek kehidupan.

*Teks dipermudahkan dalam bentuk nota ringkas dan sub-tajuk untuk menyenangkan anda membuat rujukan.

*Gambar foto dan ilustrasi memberi penjelasan secara praktik bahawa kecemerlangan adalah benar dan real serta mudah dicapai.

*Gambar rajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih efisyen dalam mendidik.

---
Nur Amalina

0 comments: