Feeza
ISBN: 9789675118661
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Ogos 2011
Halaman: 527
Harga: RM 21
~ Rasaku… ~
Tak sangka pula dengan sikap geram boleh dijadikan penggerak utama dalam sesebuah cerita. Nothing is impossible right? hehe2 Buah tangan pertama penulis baru ini membawa dimensi yang lain kepada para pembacanya. Sedikit lari daripada cerita cinta yang berlambak di pasaran, jadi pada mereka yang inginkan sesuatu yang santai boleh cuba membaca novel ini.
Sheila [Ila] mungkin gadis biasa. Workaholic, pandai cari duit, hormat pada ibu bapa tetapi ada satu masalah. Dia cepat marah, mudah geram. Tak salah kalau dikatakan yang marah dan geram itu umpama teman akrabnya. Salah sikit pun boleh mendatangkan amarahnya. Bahaya!
Disebabkan rasa marah dan geramnya dia buat keputusan melulu. Misalnya ketika kenaikan gajinya yang kurang 5% daripada kakitangan lain dan dia tidak dipilih untuk mengikuti kursus di Taiwan, dia tak senang duduk. Gagal mengawal rasa geramnya, dia menulis surat berhenti kerja. Datang pula si penyibuk Chan, terus saja Chan berikan suratnya kepada majikan. Malu untuk berpatah balik, Ila meneruskan jua langkahnya walaupun ada rasa terkilan.
Mungkin dengan adanya sedikit pun sikap sabar, Ila pastinya tak perlu bertindak sedemikian. Tetapi apakan daya, dah terlajak perahu. Cerita selanjutnya juga berkisar tentang Ila dan geramnya. Melalui daripada satu temuduga ke satu temuduga, bertemu teman-temannya, menghabiskan masa 'cuti'nya, ada saja episod Ila dengan marah dan geramnya. Nampaknya memang Ila gagal dalam mengawal rasanya yang satu itu.
Nak tahu kesudahan Ila dan geramnya? Kena bacalah. Lagipun pasti nak tahu samada Ila berjaya mendapatkan kerja yang lain atau tidak.
Cerita yang diolah melalui kata ganti 'aku' ini memang mudah saja dihadam. Dan aku tertarik dengan satu bahagian di mana mak Ila yang meminta Ila menuliskan list kesemua ahli keluarga yang pulang menziarahi Pak Longnya. Kemudian maknya meminta Ila mengirimkan pada abang dan kakaknya yang gagal pulang. Cara baik untuk mengingati anak sendiri. Tak perlu marah-marah atau membebel. Baguskan mak Ila tu?
Cerita ini memang ringan dan santai. Tetapi ada juga nasihat yang terselit. Mengajak anda berfikir semula. Marah dan geram, berapa dekatkah anda dengan 'mereka'?
Senyum. Jangan marah-marah ok! :D
Happy reading (^-<)
Airina
Nov 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment