Nov 23, 2011
R: Cabaran 50 Buku (76) Gelora by Ma Lee Chuswan
Gelora
Penulis: Ma Lee Chuswan
Terbitan Kaki Novel
(Terbitan semula)
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama Julai 2011
RM17.00
Sabah/Sarawak RM20.00
338 muka surat
"Dia dilahirkan buta untuk menilai sebuah kejujuran"
Aku belum pernah baca versi asal kisah ini yang pernah diterbitkan Creative Enterprise suatu masa dulu. Bagi aku kisah ni isinya mudah dah ringkas. Tidak dilewakan penceritaan membuatkan kita dapat menghabiskannya dengan cepat. Sekadar kisah cinta yang penuh dengan prasangka dan Adam-Mila adalah watak klasik dalam novel melayu yang popular.
Adam menyangka Mila, anak bapa angkatnya, sudah mula sukar dikawal dan berani menulis surat cinta kepadanya sedangkan dia sepatutnya menumpukan perhatian dalam pelajaran. Demi mengelak Mila dari hanyut dengan perasaannya Adam menyarankan agar Mila dihantar belajar ke luar negara. Mila pergi bersama perasaan geram dan marah. Dia terasa dirinya dibuang dari keluarga sendiri oleh Adam yang hanya menumpang harta bapanya. Dia percaya Adam ada misi untuk merampas syarikat dari tangannya. Malah tuduhan yang dilemparkan Adam mengatakan Maya mengutuskan surat2 cinta kepadanya adalah keterlaluan!
Bilakah mereka akan sedar yang rupa-rupanya ada insan yang cemburukan mereka dan mahu mereka berdua terus berprasangka sesama sendiri. Namun kuasa cinta tak siapa dapat menolaknya. Dalam benci, perasaan cinta menguasai mereka sehingga mereka sendiri gagal mengawalnya. Mata tua Pak Mus tak pernah salah menafsir isi hati kedua-dua anak itu dan dia tidak mahu anaknya jatuh ke tangan orang lain. Adam adalah pilihan terbaik untuk Mila dan juga terbaik untuk meneruskan legasi perniagaannya.
Mila cuba menolak aturan jodoh oleh ayahnya namun akhirnya dia tetap menjadi isteri Adam. Salah faham antara mereka semakin meruncing dan kedua-duanya juga cepat cemburu. Memang geram dengan diorang berdua ni, dah tau dah dua-dua kaki cemburu, nak jugak keluar dengan org lain.
Bagi yang gemarkan kisah-kisah cinta novel karya orang lama, tentu karya ni pengubat rindu, tapi tulah, ada adegan-adegan yang tak sesuai dibaca remaja & anak-anak.
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis
Mila menyesal. Tetapi segalanya telah terlambat. Lelaki itu sedar siapa dirinya... pastinya dia pergi membawa hatinya yang luka. Dan luka itu sudah terlalu parah, sukar disembuhkan lagi. Atau mungkin tidak akan sembuh untuk selamanya.
Kini tahulah Mila siapa sebenarnya lelaki itu. Lelaki yang dibencinya selama ini. Terlalu lama dia mendendami lelaki itu. Dan lelaki itu tidak pernah menunjukkan kebencian... itulah satu-satunya lelaki yang menyintainya di dunia ini, tetapi dia tidak pernah menghargainya. Lelaki itu telah pergi jauh... dia mahu mengejar lelaki itu tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tak mungkin lelaki itu kembali lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment