Nov 14, 2011
R: Cabaran 50 Buku (75) Yes Boss!
Yes Boss!
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
Terbitan Kaki Novel Enterprise
457 mukasurat
9789675067815
"Bos memang macam tu?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "yes boss!"
Edeh kelat mata aku pagi ni. Padan muka sapa suruh stat baca lepas isyak. haha. Mungkin pemilihan hari membaca yang sesuai membuat aku boleh baca novel ni sehingga abis sekali hadap jer. Memang boleh dikelaskan dalam senarai buku yang bila dah stat susah nak berenti. Bagi yang biasa dengan gaya penulisan Areila Sahimi, tentunya maklum dengan cerita romantik komedi yang diselang-seli lawak iklan yang menjadi trademark beliau. Walau bagaimanapun AS sudah bijak mengimbangi lawak iklannya supaya tidak terlalu banyak sampai buleh buat buku panduan iklan pulak :)
Ada rasa yang sangat-sangat puas hati selepas membaca karya ini. Bagi yang meminati kisah ringan dan menghiburkan, karya ini memang pilihan berbaek!!! Jalinan ceritanya kemas walaupun temanya biasa-biasa dan romantik komedi.
Penulisan scene sedihnya amat menjadi kali ni. Menyentuh perasaan. Ada scene yang membuat aku ketawa terbahak-bahak dan ada scene buat aku tangkap leleh. Paling lawak part Ilham buat speech mengenai anjakan paradigma dan azam untuk berubah seperti seekor beluncas yang miang kepada seekor rama-rama yang cantik. Memang tak bleh pakai la cakap mamat lidah bercabang tu. Rasanya masa dia buat speech tu saja dia baik, abis saja speech tu terus jadi ulat bulu balik.
Aryana ni kira jenis yang pandang rupa jugak la. Kalau tak, tak derla dia jatuh hati dengan Ilham. Selalunya kalau perangai k.o, reject! heh heh. tapi Ilham tu bernasib baik, ada gak minah yang baik hati nak kat dia. Tapi tula... kesian Aryana yang rasanya menghimpun dosa tolong menipu untuk Ilham.
Kalau diukur dari cerita-cerita dalam novel ni, kerja Aryana ni memang khas mengurus girlfriends si Ilham saja. Ilham plak, keja mengurus projek syarikat tu adala kot 5%, yang lain2 tu keja mengayat awek jer jadi priority. Ada ka masa terlantar kat hospital pun sempat lagi dia mengorat misi.
Aryana yang penyabar akhirnya meletus juga takat didihnya apabila Melina muncul dengan agenda tersembunyi. Yana-Ilham bertelingkah buat kali pertama sehingga Yana membawa diri ke kampung dan menjadi penjahit kain felt. Kehadiran pengusaha ikan keli berjaya di kampung Yana membuat Ilham tak senang duduk. hmmm macam mana ya Ilham nak tackle Aryana yang dah tau semua trick Ilham dalam nak mengorat perempuan?
hmmm kan bagus citer macam ni, tak citer scene intim lebih-lebih pun ceritanya sudah cukup menarik dan menghiburkan :) Tetiba rasa nak tengok balik citer "Yes Boss!" lakonan Shahrukh Khan dengan Juhi Chawla tu... lagu dia pun best2. hehe. Yaaa jom korek kotak CD di pagi Ahad!
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis belakang buku:
Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi dia yg mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss... kena turut. Setiap rentak boss... kena ikut. Semua kena "Yes, boss!"
Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.
Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa saja, Aryana pasti akan mengatakan, "Yes, boss!"
Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar dia perlukan Aryana lebih daripada seorg boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment