Nov 23, 2011

R: Cabaran 50 Buku (77) Sangkar by Samsiah Mohd Nor


Sangkar
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan Karisma Publications Sdn Bhd
293 muka surat
9830500713
Cetakan Pertama 1995


"Batinnya meronta digelusang sengsara..."


Persahabatan Jazma - Mek Diah mengingatkan aku kepada kisah "Sejernih Lazuardi" karangan Samsiah Mohd Nor juga :)


Jazma terpinggir dalam keluarga sendiri. Kakaknya sendiri membenci dirinya malah berjaya menikahi lelaki yg dikasihi Jazma. Dia terasa seperti ibunya sengaja menghantarnya jauh ke rumah Mak Long sedangkan dia yang banyak membantu membawa sumber kewangan ke dalam keluarga mereka yang miskin.


Catatan rahsia kisah tigasegi Maklong - Pateh - Andak membuka hijab yang diselindung dalam keluarga itu. Barulah jelas mengapa Maklong jadi begitu. Maklong yang berdiam diri dipandang serong manakala Andak pula dipandang tinggi.


Jazma mula menimbang siapa lebih malang? Dia atau Maklong. Dari kisah itu dia menyelami penderitaan Maklong yang tersisih dalam keluarga sendiri. Semasa awal cerita kita akan mengangkat Jazma sebagai isi cerita, tapi rupa-rupanya kisah Jazma hanyalah bingkai cerita dan isi cerita berlegar dalam kisah hidup Maklong yang sangat-sangat menyentuh perasaan. Malah tagline "Batinnya meronta digelusang sengsara" itu lebih kena dengan penderitaan Mak Long selama hayatnya.


Patutlah seserius mana pun Andak memujuk, Mak long buat tak peduli dan sentiasa mendiamkan diri. Rasa sakit hati yang membuat dia menjadi bisu dan memendam perasaan. Andak mengambil alih segala-galanya yang penting dlm hidup Mak Long. Suami dan anaknya semuanya dibolot Andak, adiknya sendiri. Panggilan 'mak' terlucut dari mulut anak kandungnya sendiri dan Andaklah yang dipanggil emak. Aduh sedih nya. Dia hanya dipandang sebagai 'Maklong' yang duduk di suatu bilik kecil dalam rumah itu.


Kehadiran Jazma dalam rumah Mak Long telah meleburkan hati tua yang sudah lama membeku itu. Lembut hatinya sehingga sanggup seikhlasnya memaafkan Andak yang sudah berdosa besar.


Kalau korang terer, cubalah tahan air mata semasa baca kisah ni... *sob sob ;_;


kisah dia sedikit sebanyak cenggini...


Mak Long ni berkahwin dengan Pateh atas aturan keluarga tetapi mereka sangat bahagia malah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Andak adalah adik kandung Mak Long yang tinggal bersama mereka membantunya menjaga anak dan membuat kerja-kerja rumah. Ketika keguguran anak kedua, Mak Long mendapatkan rawatan selama sebulan di hospital. Setelah sekian lama kembali, pecah lah rahsia yang tersimpan antara Pateh dan Andak. Andak mengandung anak luar nikah. Mak Long terpaksa diceraikan demi menutup malu. Sejak itu Mak Long terasing dan membisu. Berbagai spekulasi buruk timbul berkaitan Mak long, Andak dan Pateh. Mak Long membisu manakala Pateh dan Andak buat-buat tak tahu untuk menutup ketelanjuran mereka. Hati Maklong lebih luluh apabila anaknya Herman memanggil andak 'mak'. Semuanya diragut sekelip mata darinya. Sehingga dewasa dan menjadi doktor, malah sudah beristeri dan beranak tiga, Herman percaya ibunya adalah Andak dan Mak Long adalah hanya sekadar Mak Long menumpang tinggal dalam rumah mereka. Mak Long tidak pernah membuka cerita, terus membisu di suatu sudut rumah itu. Andak pula terus berlagak biasa walaupun dosanya yang menggunung memburu rasa bersalahnya terhadap Mak Long. Mak Long tahu andak berjasa membesarkan anaknya dengan baik sekali tetapi luka hatinya terlalu dalam.


Hanya kehadiran Jazma membuat Mak Long (sebelum ini disangka bisu) membuka cerita dan rahsia besar itu terbuka, tetapi hanya untuk pengetahuan Jazma sahaja. Jazma hanya dibenarkan mendedahkan kisah sebenar kepada Herman setelah dia meninggal dunia.


Saat itu tiba akhirnya. Mak Long pergi untuk selama-lamanya dengan hati yang lebih tenang. Mak long bukan sahaja mewasiatkan Jazma menyampaikan buku catatan kisah silam malah Mak Long juga berharap Jazma menggantikan tempat Mastura sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak Herman yang sememangnya sudah rapat benar dengan Jazma. Perkara pertama itu memang tidak susah untuk disampaikan tetapi pesanan kedua tu buat Jazma tak senang duduk. Hmmmmm ok la tu Jazma. Nak harapkan 'boyfriend' di kampung? Sudah dirampas kakak sendiri. Rugilah kalau menolak lelaki sebaik Dr. Herman dan anak-anaknya yang manis :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Lelayang nasibnya luruh ke mahligai kaca dan di situlah terbina sangkar rahsia dari percikan bunga-bunga api.


Saban waktu dia merangkai sukma dengan temali kasih yang terpintal di perdu budi...

0 comments: