Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21 @ Grupbuku Karangkraf Sdn Bhd
ISBN978-983-124-659-7
Harga: RM21.00 / RM24.00
M/S: 530
Cetakan 1 – 2011
Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?
Blurb:
Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.
Ari – Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai dan disayangi.
Sid – Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah… kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah… kebenaran hanya mampu diihat oleh mata hati, dan Ari… yakinlah ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.
Kak Chik menukil:
Owhhhhhhhhhhhh….Kak Chik sudah tersilap anggap pada heroin…Kak Chik ingatkan Ari itu --> lelaki; kerana amat jarang kita mendengar perempuan bernama seperti itu tetapi setelah membaca, baru Kak Chik tahu bahawa Ari itu --> Arisa Nur Adilia. Hehehe
Buku DZ ini dah dua bulan tunggu giliran untuk dibaca, diborong semasa PBAKL hari tu. Walaupun dua bulan masih lagi berbalut plastik, sebab Kak Chik ada satu kepantangan kalau membaca novel iaitu Kak Chik tak boleh duduk belek baca buku tu konon-konon nak tahu best ke tak. Kalau Kak Chik langgar juga kepantangan tu, alamatnya buku tu hanya tinggal riwayat tanpa habis dibaca walaupun ramai yang kata buku tu best!
Alamak…dah terlalut ke laut pulak dah! Kisah misteri yang sungguh mengujakan dengan terselit juga kisah romantik yang digarap dengan begitu teliti oleh DZ. Perjalanan cerita yang merangkumi kisah perjalanan watak utama iaitu Ari. Anak tunggal yang tidak pernah mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya kecuali pembantu rumah. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tersepit dengan jalan hidup yang dipilih papanya, Tan Sri Zain Johari. Ari makin terluka apabila papanya berselingkuh dengan kawan karibnya sendiri, Nisa. Bertahun dia ‘membisu’ kerana kelukaan itu. Pemergian Ari ke London untuk mencari mamanya yang selama ini ‘dimatikan’ oleh papanya makin menambah dalam ke jurang kelukaan. Kejutan lain juga membuat Ari terus rasa terpinggir sendiri di bumi ini.
Sid --> ASP Ziyad Sidqi yang amat ketara berubah sepanjang tiga tahun selepas kepulangan dari bumi London. Apa yang terlalu menghantui hati lelaki yang bernama Sid itu sehingga dia bukan lagi seperti itu. Sid terlalu berahsia tentang rahsia hatinya walaupun terhadap ibu sendiri. Dia cuba menyembunyikan segala rahsia di sebalik wajah yang sentiasa tidak beriak emosi.
Berita pembunuhan bersiri yang melanda negara juga menjadikan hidup Siq sentiasa kalut untuk memburu pembunuh tersebut. Mangsa terbaru yang terselamat telah menghidupkan sinar untuk menjejaki Angel. Siapakah mangsa yang terselamat itu sehingga Sid sanggup bertegas dengan ketuanya untuk terus mengendali kes tersebut walaupun nyawanya menjadi taruhan?
Sudut pandang Kak Chik:
Kak Chik rasa macam tak seronok pula nak ulas secara terperinci kerana sedikit saja maklumat, mampu menyerlah ‘rahsia’ Sid dan Ari yang menjadi nadi kisah ini. Plot yang sangat menarik kerana buat Kak Chik terpaku untuk membaca, membaca dan membaca.
Tahniah pada DZ untuk satu karya yang menarik kerana pada Kak Chik amat jarang penulis wanita di Malaysia yang mampu menulis kisah thriller (walaupun tetap ada unsur romantik) dengan baik.
Tapi apa ya kisah Komando Najmi/Jimmy (Jauh Kau Pergi) yang terselit sedikit dalam kisah ini? Kenapa dia nampak bersedih dan menyendiri ketika di Tanah Suci?
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Jun 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment