Jun 3, 2011
SAL: Cabaran 50 Buku: (4) Dia & Dia
Tajuk novel : Dia & Dia
Penulis : Bunick Firdaus
Terbitan : Jemari Seni
Blurb:
Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?
Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
Nukilan pertama BUNICK FIRDAUS ini cuba menyelami bilau hati seorang wanita pada dia yang mahu berkongsi hati dengannya. Bukankah ‘keliru’ itu maknanya hati sudah tersentuh? Biarlah Dia & Dia menjelaskan semuanya!
Ulasan novel:
Arissa dan Fazril, dari kawan terbit rasa cinta. Eh saya sukalah cara Fazril melamar Arissa. Pada ketinggian 4,101 meter di Gunung Kinabalu, Fazril melamar Arissa. Sweet kan? Dan dalam masa tiga bula mereka akan berkahwin.
Tapi… nak cakap ke tak nak ni ya? Fazril dan Arissa tu tak jadi kahwin pun. Sedih tau tapi mungkin sudah tersurat jodoh mereka tu berlainan arahnya. Fazril tu berpasangan dengan Zhaliya dan Arissa pula jodohnya dengan irfan.
Kenapa ya jadi begitu dan siapa pula dua watak yang tiba-tiba muncul ni? Nak tahu siapa Zhaliya dan Irfan? Untuk cerita ni saya tak mahu ulas panjang-panjang jadi, silalah beli novel ini. Masih belum terlambat untuk anda beli dan sama-sama merasai detik perjalanan Arissa yang penuh suka duka.
Komentar:
Saya suka penamat cerita ini. Kira adillah. Ya kita memang boleh memberi dan menerima cinta. Kita juga boleh belajar menanam benih cinta. Boleh… siapa kata tak boleh. Tetapi sedarkah anda semua, bahawa cinta yang pertama itu adalah cinta yang paling susah untuk kita lupakan.
Ending yang mungkin pada sebahagian orang tidak patut atau tidak adil. Tapi pada saya ia sangat berpatutan. Memang sudah begitu perjalanan kita. Kerana kita tidak semestinya akan memiliki apa yang kita inginkan. Pengorbanan juga kita perlukan untuk kehidupan yang lebih bahagia.
Saya sangat suka ending cerita ni!
Nota: *Dengan muka tak malu* saya suka, suka dan suka pada Fazril!
---
Salmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment