Penulis : Orkid Edyliyne
Terbitan : Fajar Pakeer
Muka Surat : 517
Novel karangan Orkid Edyliyne ini sangat menarik dari segi watak utama dan suasana yang dibawakan. Intan Asha Areen merupakan watak utama sebagai pembantu rumah, manakala Emir Jihan adalah watak utama sebagai tuan rumah. Asha adalah gelarannya sewaktu dia menjadi pembantu rumah kepada keluarga Emir. Dia juga seorang peminat artis korea serta filem dan drama korea. Lantaran minatnya terhadap artis korea, Asha telah menggelarkan Emir dengan gelaran Xiah Celup kerana wajah Emir seakan-akan mirip artis korea Xiah Jun-Su, salah seorang ahli kumpulan DBSK. Asha sebenarnya anak kepada Tan Sri Fadilhuddin dan bekerja sebagai Head Chef di hotel ayahnye, Hotel Intan Purnama. Asha sebenarnya lari dari rumah kerana tidak mahu berkahwin dengan tunangnya, Taufeeq yang curang dengannya. Asha seorang yang ceria dan kehadirannya di villa Emir dapat menceriakan penghuni villa tersebut.
Emir Jihan merupakan seorang doktor. Sejak kehadiran Asha sebagai pembantu rumah di villanya, hobinya ialah menyakat dan mengusik Asha. Pada Emir, Intan Asha Areen mempunyai tarikan tersendiri. Setiap hari dia akan menyakitkan hati Asha dengan pelbagai cara. Emir semakin mengerti perasaan yang hadir dalam dirinya. Sehari Asha tiada, hatinya sudah merindu. Rindu untuk melihat gelagat Asha apabila diusik olehnya.
Komentar
Novel ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Saya sangat seronok sepanjang membacanya. Watak yang dipilih sangat menarik minat saya. Gaya bahasa yang digunakan juga mudah difahami walaupun diselitkan beberapa bahasa korea yang telah disertakan maknannya.
Sinopsis Belakang
"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”
Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.
Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.
Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.
Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.
Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?
---
Nur Amalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
yup...sangat seronok baca buku nie...
Post a Comment