Jun 3, 2011

SAL: Cabaran 50 Buku: (5) Jodoh atau Cinta


Tajuk novel : Jodoh atau Cinta
Penulis : Iman Nizrina
Terbitan : Kaki Novel

Blurb:

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?


Ulasan novel:

Jalan cerita Jodoh atau cinta ni agak menarik dan pada permulaan bab lagi saya dah teruja. Sila baca: saya memang suka cerita paksa-rela macam ni.

Tengku Iman Umairah cucu angkat kepada Tuan Haji Aman dan Ahmad Danish cucu kepada Tuan Haji. Kahwin atas dasar permintaan Tuan Haji (ala kahwin paksa). Tapi kali ini berbeza sedikit sebab diselitkan dengan sekeping kontrak. Jika Iman Umairah hendak belajar ke luar Negara, dia mesti berkahwin jadi begitulah kisah tamatnya status gadisnya pada usia yang sangat muda.

Mereka berkahwin di Malaysia, kemudian terbang ke London. Dari situ Danish menyambung semula pengajiannya di London University dan Iman pula di Liverpool. Mereka tidak berjumpa malah ketika peristiwa hitam dalam keluarga mereka juga Danish langsung tidak muncul.

Bermula dari situlah, dari terbit rasa sedih dan jauh hatinya. Iman Umairah yang sangat merendah diri, Iman yang sering menangis menjadi sangat kuat dan tabah. Dia tidak lagi lemah, malah ketika kematian Tuan Haji Aman dialah yang paling tabah malah menjadi tungak kepada keluarga Tuan Haji Aman. Nak tahu kenapa begitu? Dapatkan edisi cetak novel ini. Apabila membaca anda semua tentu dapat mengetahui setiap bait cerita kehidupan Tengku Iman Umairah.

Malah anda semua juga akan dapat tahu siapa dia Iman Umairah yang tidak suka menggunakan pangkal namanya ‘Tengku’.

Hinggalah pada suatu hari, mereka akhirnya bertemu dan ucap Danish ketika itu. Dia tidak mahu Iman Umairah menjadi badut menangis. Danish mahu isterinaya itu menjadi badut yang ketawa. Ketawa bukan hanya di luaran tetapi melalui kebahagian yang dikecapinya.

Tapi geramlah juga pada Danish yang takut-takut untuk menunjukkan dirinya pada keluarga. Punyalah lama dia balik Malaysia ketika kematian datuknya dan bapanya terlantar di hospital. Punyalah dia berhati-hati mengintai Iman Umairah dari jauh. Kenapalah wahai Danish…

Kau orang semua nak tahu tak? Kerana hendak merawat rajuk di hati isterinya Danish bekerja di syarikat yang sama dengan Iman. Masa ni Iman memang susah sangat nak mengelakkan dirinya dari Danish, nama pun dah satu pejabat. (saya suka bahagian buli-buli di sini)

Beralih pada endingnya, sama seperti yang saya ramalkan. Benci-benci, rindu-rindu, cinta-cinta, sayang-sayang. Begitulah endingnya.


Komentar:

1. Saya pening memikirkan bagaimanakah keadaannya apabila (saya ambil petikan dalam novel tersebut) ‘Danish menghampiri Iman. Dia berdiri di sisi isterinya itu. Ingin melihat lebih dekat wajah anak kecil yang pasti akan menceriakan suasana keluarganya. Comel sangat. Tidak puas melihat sebegitu. Danish beralih ke belakang Iman sambil menunduk sedikit untuk melihat anak kecil itu. Tanpa sedar, wajahnya hampir mengenai wajah Iman. Malah pipi mereka hampir bersentuhan. Mungkin kerana teruja, Danish meletakkan tangan kanannya bergantungan di atas bahu kiri Iman sambil dagunya diletakkan di atas bahu kanan Iman, sangat mesra pada sesiapa yang memandang.

2. Latar masa dalam cerita ni agak melompat-lompat dan sedikit cepat. adakalanya buat saya keliru. Contohnya ke Pulau Indah selepas dua hari berada di London. Cepat sangat saya rasa, tapi tak tahulah mungkin latar masa tu dikira sudah mencukupi.

---
Salmah

1 comments:

iman said...

Thanks review novel JAC Iman... Iman ada terbitkan satu lagi novel DAH JODOH... silakan membaca dan review