Hidup Bukan Rahsia. Anda, Saya dan Kita
Zabrina A. Bakar
ISBN: 9789834353865
Penerbit: Wise Words Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2010
Halaman: ~ 222
Harga: RM 24.50
~ Rasaku… ~
Pernah tak rasa bosan bila membaca buku motivasi? Atau pernah tak rasa diri tidak 'ngam' dengan siri-siri pembangunan jiwa? Pernah kan?
Jadi apa yang membuatkan aku selesa dengan karya penulis ini adalah kisah garapannya yang mudah untuk difahami. Tidak berselindung dengan kata-kata pujangga yang berlebihan, kiranya tiada juga jargon yang buat kita pusing kepala. Ayatnya mudah. Isinya padat. Memang cukup menyenangkan, malah ada masanya tidak terasa kita sedang membaca kisah motivasi.
Seperti tulisannya sebelum ini, 18 kisah inspirasi yang dibingkaskan kali ini masih dan akan terus relevan. Kisahnya juga menyingkap pengalaman penulisnya sendiri. Jadi pastinya ia lebih dekat di hati.
Daripada kisah ‘Si Abang dan Adiknya’ hinggalah kisah ‘Sembilan Pelari Pecut’ akan membawa kita mengembara dalam dunia Sis Zabrina. Prinsipnya mudah - belajar dan terus belajar. Jangan cepat merasa kita sudah bagus kerana di situ timbul riak. Diamlah kita di saat insan lain sedang berbicara, jangan cepat menyampuk atau mencelah walaupun mungkin kita lebih arif tentang topik yang diutarakan [baca selanjutnya Rahsia ke-16; Dengarlah, Ia pasti Berbaloi].
Cerita yang berasaskan kehidupan seharian seorang Muslim ini adalah calon Anugerah ‘King International Prize 2010’. Selayaknya, buku ini ditulis bukan hanya untuk suka-suka.
Tak percaya? Sila dapatkan buku ini. Anda pasti terasa 'kesan'nya! :D
B1G1 - Buy 1 Give 1 Free to others :))
Resipi Kehidupan [page 50]
Kedua tangan ditadah ke langit
dengan secubit kekesalan di dalam hati
pohonlah kemaafan sepanjang malam ke esok hari
dendam dihiris lumat, kasih ditabur mesra
ditangguk dengan senyuman ikhlas dan diadun sebati
Larutkan kebencian di hati diganti kebaikan
hulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan
gaulkan ketawa riang, kasih dan sayang dari hati
tambahkan kemaafan yang ikhlas, dan berikan kepada teman sejati!
Siapa yang mendapatnya, terserah kepada kamu
seluruh dunia boleh menerimanya, jika ini yang anda mahu!
Usahlah memperkecilkan apa jua perbuatan baik, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang tersenyum riang [page 178]
Senyum. Tak perlu kata apa-apa :))
Happy reading (^-<)
---
Airina
Jun 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment