Jun 11, 2011
XX : Cabaran 50 Buku : (10) Jet Jonah
Penulis : Ika Madera
Halaman : 528
Harga : RM21.00
Terbitan : Jemari Seni
Cetakan 1 - 2010
Cetakan 2 - 2011
Secara ringkas :
Mengisahkan tentang dua sahabat yang berkawan baik sejak kecil lagi, Muhammad Izzat dan Nur Jannah atau lebih dikenali Jet dan Jonah. Sewaktu kecil merekalah juara budak nakal Kampung Ayam Berjambul. Membotakkan pokok-pokok rambutan Pak Dollah kemudian disedekah kepada orang ramai. Sembunyikan baju budak-budak nakal dari Kampung sebelah, Kampung Burung Serindit. Panjat pokok kelapa, kononnya air kelapa muda kalau diminum boleh terang hati. Macam-macam lagilah yang dilakukan mereka berdua nie bersama-sama.
Sehinggalah kemucaknya Jet merajuk dengan Jonah gara-gara mereka membotakkan pokok rambutan Pak Dollah. Mereka dihukum oleh Yah, emak Jonah. Hukumannya mereka diikat di batang pokok rambutan yang penuh dengan kerangga tu sehingga waktu zohor. Sejak itu Jet merajuk dengan Jonah sampaikan Jonah hendak berpindah rumah pun Jet tak mahu berjumpa dengannya.
Jonah pula lain ceritanya disebabkan terbongkar rahsia asal usulnya, dia membawa diri ke Kota London. Tapi kalau dah ditakdirkan ada jodoh, bertahun lamanya terpisah pun berjumpa kembali. Rupanya mereka menetap di bumi yang sama. Sesi jejak kasih pun berlaku antara Jet dan Jonah. Tapi Jonah yang merasa rendah diri dengan kekurangan dirinya tu cuba menjauhkan diri dari Jet.
Jet tertanya-tanya apa salahnya dengan Jonah. Idea yang Ikhwan beri tak sia-sia. Jet berjaya berbaik dengan Jonah semula. Kali nie Jet tak akan melepaskan Jonahnya lagi. Perancangan di atur Jonah mesti menjadi miliknya.
Komen saya :
Jet Jonah… tajuk yang ringkas dan mudah diingati. Begitu juga dengan jalan ceritanya yang boleh membuatkan kita tersenyum bila membacanya. Jarang kita baca novel yang watak heroinnya berkulit hitam manis, berwajah iras-iras orang india. Selalunya watak heroin digambarkan berkulit cerah berwajah pan-asian. Selalunya. Tapi bukan semua novel macam tu contohnya Jet Jonah sendiri, watak Jonah yang berdarah kacukan sebelah ibunya india dan bapanya melayu. Tapi saya masih dapat bayangkan Jonah seorang yang cantik melalui gambaran penulis.
Diawal cerita penulis banyak bermain dengan masa. Teknik penggunaan imbas kembali dihuraikan dengan baik sekali. Tak lah terlalu pening kepala membacanya. Kemudian gambaran kota London yang digunakan dalam Jet Jonah membuatkan saya rasa macam berada disana. Tempat-tempat di London yang disebut dalam cerita nie buat saya terasa nak ke sana. =) Sungguhlah saya yang insan biasa nie terbayang-bayang tempat di kota London tu macam mana. Stesen Seven Kings. Pasar di Canary Wharf, Kawasan perumahan di Breamore Road. =)
Bahasa yang digunakan santai tiada puitis-puitis, sesuai dengan remaja sekarang. Bagi saya Jet Jonah bukanlah novel mengenai cinta semata-mata ianya lebih kepada hubungan kekeluargaan.
Watak Jet yang separuh mati angaukan Jonah kadang-kadang boleh buatkan kita tersenyum. Tapi dalam perhubungan Jet Jonah nie, tak ada konflik yang banyak sangat. Tak ada orang ketiga yang nak rosakkan hubungan mereka, cuma sekali Jet cemburu dengan Ikhwan yang dia ingat nak rampas Jonah darinya. Tapi tu pun penulis gambarkan dalam keadaan yang lawak, kita yang baru nak feeling-feeling ni pun boleh tergelak bila baca. Jet Jonah cuma terpisah masa umur 7 tahun sehinggalah umur mereka 22 tahun, mereja berjumpa kembali di Kota London.
Nie adalah kali pertama saya membaca karya Ika Madera, apa yang boleh saya katakan… ianya tak menghampakan. =)
XX Quotes : Tak rugi baca… Jet Jonah satu kisah yang unik. =)
---
Xana
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment