Penulis: Pingu Toha
Penerbit: Jemari Seni Publishing
ISBN978-967-5118-08-1
Harga: RM16.50
M/S: 325
Cetakan 1 – September 2008
Cetakan 2 – September 2009
Blurb:
The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy.
Siapa yang harus dipilih?
Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!
Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame… dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?
Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi…
*****
Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantic-komedi L.U.V.E dari hati seorang PINGU TOHA!
Kak Chik menukil:
Kak Chik terbuka hati untuk membeli buku pertama PT selepas Kak Chik baca karya PT dalam Tiga Ceritera dalam Sebuah TINTA. Sebabnya? Kak Chik rasa PT ada sesuatu yang unik pada ideanya.
Muka kulit buku ini amat kontra sekali. Kulit muka depan dengan warna hitam legam yang terserlah dengan ‘pokok emas’ dan jodol buku yang terang benderang tapi kulit belakang dengan warna merah samar yang terang terus ‘mematah’ warna hitam tersebut. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….Kak Chik kan anti warna merah samar?...ohhhhhhh..Kak Chik, itu pun nak jadi isu ke?
Siapa yang mengisahkan L.U.V.E ini?
Uthman Huzir – jejaka lepasan universiti dalam jurusan sains fizik ini telah memilih untuk bekerja di kedai buku BUKS. Dia yang lebih mesra dipanggil Uth oleh orang terdekat sentiasa keseorangan walaupun dia bukan menyendiri. Kehidupannya hanya berkisar tentang kerja sahaja. Pada umur 23 tahun sudah tentu Uth mahukan sesuatu yang istimewa tetapi dia masih tertanya-tanya apakah cinta? Lalu pertemuan dengan gadis yang berbaju ungu di hentian bas itu menyuntik suatu rasa aneh di hati Uth. Walaupun begitu Uth bukanlah seorang lelaki yang benar-benar ‘jantan’ kerana dia sendiri tidak pernah pasti dengan diri sendiri sehingga dia rela Keri mendahului. Lalu Uth menyembunyi segala rahsia hati.
Lana- gadis yatim piatu yang bekerja sebagai model sambilan. Gadis kacukan yang lemah lembut dan menumpang kasih pada keluarga sepupunya Violet. Lana tetap menanti lelaki yang memberi sapu tangan putih kepadanya bertahun dulu kerana hati Lana telah diberi kepada dia. Tetapi kenapa dia itu tidak pernah mengerti hati Lana? Lana mahu tetap setia pada dia pemberi sapu tangan putih itu. Titik!
Watak –watak lain seperti Keri, Violet dan Elina juga memainkan peranan dalam kisah ini. Apakah kisah cinta yang bersegi-segi antara watak-watak ini mampu ditamatkan dengan : And they live happily ever after!?
Sudut pandang Kak Chik:
Sejujurnya L.U.V.E sedikit merudumkan semangat Kak Chik. Mungkin kerana Kak Chik mengharapkan lebih selepas membaca Evan & Ada tetapi Kak Chik bagaikan terlupa bahawa ini karya pertama dari PT. Pengolahan yang sedikit longgar dengan jalan cerita yang biasa-biasa iatu kisah remaja meningkat dewasa dalam mencari cinta dan perjuangan untuk mendapatkan cinta.
Pendapat Kak Chik, watak utama iaitu Uth bukanlah watak yang ‘besar’ yang mampu mengikat Kak Chik untuk ‘bersamanya’ kerana Kak Chik rasa dia langsung tidak berjuang untuk cintanya. Tapi mungkin juga PT mahu kita memahami dari pandangan lain seorang jejaka yang merasai dia tiada apa-apa.
Sebuah karya yang ringan & santai untuk tidak membuat Kak Chik berkerut-kerut muka ketika membacanya!
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Jun 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment