Penulis: Nashmin
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
ISBN978-967-0201-10-8
Harga: RM17.00
M/S: 340
Cetakan 1 – Mei 2011
bencilah pada mat ni…
Blurb:
Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan sahaja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.
Dia perlu cari duit sendiri!
Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pendalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.
Bibikkkk!!! Siang ikan bersih-bersih ya!!!
Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perl uterus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakana pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!
*****
Ini memang novel pertama NASMIN. Namun karyanya sudah memperihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu ini garap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, ‘ segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah.’
Kak Chik menukil:
Garapan kisah Suhana, anak sulung tiga beradik yang sudah kematian ayah. Hanya ibu tempat bergantung yang bersusah payah mengasuh anak jiran pada siang hari dan malam hari pula menjahit tempahan baju kurung dari penghuni rumah pangsa DBKL tempat mereka menginap. Suhana yang menjadi kebanggaan semua bukan sahaja keluarga tetapi masyarakat sekeliling sehingga anak-anak kecil pun tahu hormatkan dia. Dia cukup dia hormat di sekolah dan juga di rumah pangsa itu. Tetapi apabila pelajar harapan sekolah itu gagal dalam SPMnya kerana mendapat 9G untuk Bahasa Melayunya – apa yang Suhana rasa? Menyesal? Malu? Keliru dengan harapan ibu dan ayah yang sudah pergi?
Namun Suhana tidak pernah mahu berputus asa kerana dia tahu apa yang terjadi kerana kealpaannya yang dilambung dengan segala pujian sepanjang perjalanan hidupnya selama ini. Suhana cuba bangkit untuk mengejar kembali cita-cita yang bagaikan sudah tidak tergapai dek tangan.
Keputusan Suhana untuk bekerja sambil belajar pada mulanya mendapat tentangan dari ibu dan adik lelakinya, Najmi tetapi selepas Suhana tetap berkeras dengan keputusannya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Selama, keluarganya terpaksa rela melepaskannya.
Namun ketenangan Suhana ketika di rumah majikannya, Makcik Hasnah telah terganggu dengan sikap garang dan ‘berangin’ anak lelaki bongsu majikannya itu, Cikgu Zaki. Suhana cukup geram dengan Zaki yang boleh berubah rasa dalam sekelip mata. Kenapa begitu sikap Zaki? Cemburukan Suhana kerana Makcik Hasnah bagaikan melebihkan Suhana sahaja?
Berjayakah Suhana untuk menggapai bintang di langit malam yang tinggi di awan selepas kegagalannya? Terhasilkah segala usaha demi sebuah kejayaan?
Sudut pandang Kak Chik:
Ruginyaaaaaaaa… kerana Kak Chik telah melengah-lengahkan masa untuk membaca sebuah karya yang sungguh menarik dengan bahasa yang ‘indah’. Kenapa Kak Chik kata indah? Sebab karya ini penuh dengan pelbagai rasa yang mengcantikkan lagi karya ini. Penulis telah menggarap sesuatu yang memang tidak terjangka oleh Kak Chik.
Pertama kali buat Kak Chik, apabila membaca novel: ganti diri pertama menggunakan ganti nama - saya! Mula-mula rasa pelik juga tapi rasa lebih sopan untuk pembacaan golongan anak remaja.
Kak Chik amat suka cara penulis mengolah fakta-fakta umum dengan begitu menarik sekali sehingga Kak Chik tak rasa bosan apabila membacanya. Banyak ilmu yang boleh dikutip dalam buku ini.
Namun begitu oleh kerana terdapat beberapa kesalahan/kesilapan typing error, ia sedikit mengganggu emosi yang sedang berkembang.
Kak Chik juga suka kulit depan yang sungguh sinonim dengan jodol karya ini dan buat Kak Chik tersenyu lebih sebab warna hujau!
Antara yang buat Kak Chik tergelak besar apabila bersama Suhana dan Zaki:
“Nuha jadi gemuk sebab makan tahi hidung Along,” beritahunya selamba. (M/S:225). Ini dialog Nuha, adik Suhana yang berumur tiga tahun. Lawak luar alam Si Nuha ni. Eh, tak boleh bagi info lebih-lebih, nanti tak mengujakan pula ya!
Boleh tak kalau Kak Chik cadangkan karya Nasmin ni jadi buku motivasi di sekolah? Sebabnya, memang ada sesuatu yang mampu merubah pemikiran kita.
Tahniah pada penulis!
LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
(^__^)
Jun 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment